Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Sunday, January 22, 2017

Ibu..

Melihat sinar wajah itu..
Mengingatkanku akan sesuatu..
Kesusahan dan keperitan..
Semua pernah ditanggungnya..
Ku tak ingin dia disakiti..
Ku tak rela dia dikhianati..

Melihat susuk tubuh itu..
Membuatku bahagia..
Tanpanya aku berduka..
Kerananya membawa gembira..

Mendengar suara itu..
Menenangkan jiwa..
Mengubat sengsara.. 
Tawanya membawa ceria..

Tuhanku... 
Lindungilah dia...
Tenangkanlah hatinya..
Bahagiakan lah dirinya...
Rahmatilah kehidupannya..
Limpahkanlah rezeki buatnya..
Permudahkanlah setiap urusannya..
Sembuhkanlah segala derita penyakitnya...
Kurniakan kesihatan yang terbaik untuknya..

Kerana dialah Ibuku..
Yang sentiasa ada disampingku...
Yang sentiasa mendengar ceritaku..
Yang sentiasa memujukku..
Yang sentiasa merawatku..
Yang sentiasa memenuhi kehendakku..
Yang sentiasa bersusah untukku..
Yang sentiasa memberikan yang terbaik untukku..
Yang sentiasa membahagiakan diriku..
Yang sentiasa menjadi pelindung buatku..

Terima Kasih Ya Allah..
Atas kurniaanmu yang terbaik untukku... 
Ibuku...

Friday, May 11, 2012

Semakin murah nilai air mata ini~

Assalamualaikum...

kaifa halukum jami'an?

alhamdulillah...


terasa begitu lama aku tak menulis sebarang entry..

entah kenapa semuanya sekarang bergantung kepada emosi & mood aku..

aku ingin seperti dulu..

namun.. terdapat kekangan yang menyekat segala tindakan aku selama ini...


dahulunya aku... 

menerima setiap cabaran..

menangkis sebarang kesulitan..

menanggung segala bebanan..


sekarang...

semakin mudah hatiku terusik..

semakin mudah air mata ini ingin mengalir..

semakin sukar pula akal ini menafsir..


seandainya...

aku bisa melenyapkan rasa ini..

aku mampu mengatasi segala kesukaran ini..

aku kuat untuk melalui semua ini..


ku berharap...

kegembiraan akan bersamaku..

kesukaran akan meninggalkanku..

kelemahan akan menjauh dariku..

dan..

kejayaan menjadi milikku....


tuhan... jadikan fantasi ini satu realiti~
aminn..


mood : terlalu rindukan mereka <3

Monday, September 26, 2011

Kerana Mulut Badan Binasa...

Assalamualaikum...

Semalam aku dgn family aku pergi satu majlis wedding kat permatang nibong, pulau pinang..

nak dijadikan cerita, abah aku ada hal pagi tu.. then tunggu adik balik skolah dulu baru pegi...


disebabkan jarak agak jauh dari Alor Setar ke Pulau Pinang, petang jugak la kitorang sampai... penat takyah citer ar tambah pulak yg kena drive tu aku.. slalu aku dok belakang, tidow jer.. tau-tau dah sampai.. abah aku dah pencen jadi driver sekarang ni kalau kena g jejauh..

bila dah sampai jer kat umah kenduri, tetamu-tetamu pon dah balik.. so, kitorang jer la dengan sedara mara tuan umah tu.. ekceli, tuan rumah tu kawan abah aku... masa kitorang sampai tuan rumah (si suami) tu suruh masuk dulu.. okey jer.. aku pon masuk jer la dengan mak aku memandangkan kitorang nie perempuan.. abah & adik aku dengan sorang kawan dia dok luar umah.. dekat meja makan.. ramai jugak lelaki kat luar tu.. 


bila dah masuk jer dalam rumah, ada sedara mara tuan rumah tu kat ruang tamu tengah berborak.. disebabkan first time pergi umah orang tu, duduk terus la kat depan tu sementara tunggu tuan rumah (si isteri) datang.. takkan la pertama kali g umah orang nak serbu ke dapur terus cari tuan rumah kan.. beradab la sikit..heheheh~

agak lama jugak la kitorang duduk kat situ.. takde sorang pon datang tegur.. dah aku rasa cam nak bangun dan blah jer... yang sedara-mara tuan rumah tu pulak sekadar pandang jer masa kitorang masuk rumah tu.. takde inisiatif langsung nak pergi bagitau tuan rumah yang ada tetamu datang even yang dok borak2 kat situ anak tuan rumah sendiri.. haishhh... hangin kejap~


bila dah tuan rumah tu datang, tegur-tegur la berbasa-basi.. dah lama ker datang.. dah makan belum...and so on la..

bila jawab belum makan lagi, tau ape yg dia cakap, "p la tengok makanan kat luar tu.. ada apa.. ada lauk lagi ka takda ntah.. dengar budak2 cakap nasi banyak, tapi lauk habis.. p la tengok.. ada la kot kerak-kerak nasi tu.. boleh la.. p la makan apa yang ada.. laksa pon tak tau la ada lagi ka takda.. mai la keluar makan.. mai la.."

erkkk!!! apa perasaan korang bila penat-penat datang dari jauh, dengan laparnyer.. dengar pulak ayat cam yang diatas nih??? huiiii... berdesing jugak telinga aku.. sian mak aku.. datang lapar-lapar dengar pulak camni.. mujur aku dah bedal nasi sikit sebelum keluar.. makan dalam piring jer..haha.. 

time tu jugak aku rasa cam nak ajak mak aku balik.. padahal sebelum datang mak aku dah bising-bising kat abah aku pasal pergi lewat.. aku siap cakap lagi.. takpe la.. kita tunjuk muka jugak.. jauh2 orang datang jemput, takkan tak pergi langsung... lagipun abah aku ada keje..

hurmmm... sangat-sangat hairan masa tu.. tak fikir ker, kalau cakap camtu akan mengguris hati orang.. terasa cam tak diraikan jer kita datang jejauh nie.. kalau nak gurau pon, guna la ayat yang sedap sikit.. tapi ni memang serius.. tak gurau-gurau punya la.. 

teringat pulak mak aku punya perangai... kalau ada orang datang jer umah tak kisah la kenduri ker, raya ker.. mak aku akan keluarkan jugak apa yang ada walaupon dia sendiri belum makan..kalau takde langsung, dia cari jugak apa yang boleh dimasak, dia masak masa tu jugak.. dia tak kisah janji tetamu rasa happy.. besar ganjarannya bila tetamu rasa seronok selepas berkunjung ke rumah kita...

bila dah abis makan, nak balik.. bersalam la dulu dengan tuan rumah... masa tu mak aku hulur la sedikit  duit sumbangan.. lepas je salam dan nak keluar rumah tu, tau ape lak ayat yang keluar?? 

"makan apa la tadi... ada lauk ke tak makan tu.. kenyang ke tak makan"

aikk.. pulak.. tadi kemain lagi.. lepas hulur duit jer ayat sudah tukar ka??


aku dah rasa serik nak g kenduri kat rumah tu dah... kalau jadi camni salah siapa??

Nasihat buat semua.. Fikir Dulu Sebelum Cakap!!!


Thursday, September 15, 2011

# Nasi Hujan Panas #

Assalamualaikum...

letih pon tak hilang lagi ni.. drive pegi & balik dari alor setar - pulau pinang... lepas tu amek adik kat jetty kuala kedah pulak..macam la jauh sangat kan.. heee~ tapi aku peduli hape..janji aku penat!! huh!! 

tapi yang tak tahannyer.. masa sampai simpang nak masuk kampung aku, ada satu budak nie jatuh motor.. aduhh.. nasib dia memang baik lar.. umur dia panjang... dia jatuh belakang kereta.. betul2 kat simpang.. kalau lah dia terrrrr jatuh kat tengah sket ker.. dia tak sempat break ker... memang aku tak dapat nak bayang la... memang masa dia lalu sebelah aku pon dah perasan lajunyer budak ni bawak!! Alhamdulillah.. mungkin motor dia ada calar / rosak sikit.. tapi dia selamat~


okeh.. berbalik pada tajuk!!

tadi ada singgah kat umah atok sedara aku kat Keladi @ Kulim, Kedah...

pastu ada pulak beras basmati yang anak dia beli kononnyer nak masak masa raya aritu.. tapi tak sempat... jadi... jeng3.. bermulalah agenda.. heheh.. Memandangkan niat asal beli beras tu nak buat Nasi Hujan Panas, so, mak aku la tukang memasaknya tadi.. (bukan aku okey) =P

lauk pulak atok sedara aku beli jer.. tak sempat nak masak macam2 sebab plannyer nak balik tengahari... tapi terlajak pulak.. lepak sampai petang... heheh~ =D
gambar masa air baru kering.. dalam periuk lagi~ =))

ni pulak baru je lepas tambah kaler hijau.. tukang pegi beli lambat balik..=P

okeh.. aku dapat tunjuk gambo nasi yang dalam periuk jer.. sebabnyer... masa hidang, lupe nak amek gamabr...hahaha.. dah lapar sangat memasing agaknyer... hik3... masa rehat2 smbil borak2 lepas makan je baru aku ingat..hehehe~ jangan marah!!! ;)

p/s : ari ni perut meragam jer dari pagi.. dapat nasi ni terus sihat...hahaha.. tp malam buat hal balik.. keh3

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan | Dugaan silih berganti

Assalamualaikum.. 
Salam Ramadhan..
Salam kasih & sayang..

Ramadhan kali ni memang paling bersejarah dalam hidup aku & keluargaku.. Bukan sikit dugaan nih.. Memang tak tercapai dek akal kalo nak fikirkan.. Kadang ade gak terlintas dalam kepala hotak jahat aku nie..~ Dugaankah?? @ Malangkah??

tapi..

bila fikir-fikir balik, anggap je la semua nie sebagai dugaan... Ujian akan diberikan oleh ALLAH S.W.T buat hambanya yang lemah bagi menguji sejauh mana tahap keimanan & kesabaran hamba-hambanya.. Setiap hambanya akan diuji namun bentuk dan tahap ujian tersebut adalah berbeza.. 
Tapi apa yang berlaku pada keluarga aku ni, aku harap akan ada sesuatu yang lebih baik di sebalik ujian-ujianmu ini.. 

05/08/2011 :  Abang aku berhajat untuk balik kampung (rumah aku) untuk berbuka bersama-sama keluarga... namun semasa dalam perjalanan, kereta (Proton Satria) yang dinaiki bersama mak sedara & cousin2 aku rosak kat highway Gurun.. so, kereta terpaksa ditinggalkan kat kawasan tol Gurun tu & mereka dijemput oleh abang aku yang kedua....

06/08/2011 : Abah aku kemalangan dalam perjalanan ke Pulau Pinang di highway Sg Petani... Kereta remuk teruk (Nissan LE), tapi Alhamdulillah, abah aku takde pape cuma terluka di bahagian dahi dan mata ( semakin bengkak )..

07/08/2011 : Abang aku yang kedua nak keluar pergi kerja.. Dah siap pakai elok2, tayar kereta (Honda Accord) dia pulak pancit sedangkan hari ni dia ada urusan penting.. tayar spare pulak takde sebab baru je bulan lepas pecah 2 biji tayar..  tak dapat buat apa2 sampai petang baru beli tayar baru...
Hari yang sama jugak, abang aku yang sulung pergi ke highway Gurun, tempat kereta ditinggalkan bersama mekanik.. tapi bila sampai sesuatu yang tak pernah diduga.. kereta takde kat tempat parkir!! dengan cemas bercampur panik abang, adik aku ngan mekanik tu sekali pergi ke Balai Polis berhampiran nak buat report.. Lepas cerita semua, baru polis tu cakap, kereta tu ade kat Balai.. actually, ada orang tarik, then tinggalkan kat Balai Polis sebab takut tu kereta yang dicuri & ditinggalkan.. Syukur Alhamdulillah.. kitorang yang ada kat umah memang cemas giler sebab kereta tu mak sedara aku pinjam yang kawan dia punya.. takut gak kalo hilang ke, pape ke.. harta orang weiii... sape nak ganti... tapi tak habis kat situ jer.. bila dah check, ternyata pam air kereta tu rosak.. bocor tahap tak hengat dah.. teruk sampai kena tukar yang baru... then, tinggalkan kat mekanik yang jugak kawan abah aku untuk repair... 

08/08/2011 : Kereta yang direpair siap masa dah malam.. sebelum bagi kat abang aku, diorang test dulu.. bawak dalam 3KM je, tayar pulak pecah.. dah la malam, kedai semua tutup (ada ke kedai tayar buka malam?).. tayar spare pulak tahap berkarat & tak tau nak wat camne dah.. last2 pinjam tayar ngan sape tah... tukar.. bila tengok tayar yang pecah tu memang tahap kronik la.. pecah ngan tayar luar sekali.. teruk giler.. tapi Alhamdulillah.. mujur mekanik tu ngan adik aku test dulu sebelum bagi kat abang aku.. buatnye dia bagi terus, abang aku bawak balik, jadi ape2 tak ke haru?? dah la cousin2 aku kecik2 lagi.. ishhh.. nauzubillahimin zalik!!!..

Lepas sahur nanti abang aku akan bertolak balik ke Pulau Pinang.. dah 2 hari dia tak masuk kerja.. takut kalau2 masalah kat tempat kerja pulak.. sepupu2 aku nie dah ponteng sekolah sehari... Aku harap semua ujian ini akan berakhir dan sangat3 berharap dan berdoa agar abang aku dapat pulang dengan selamat.. semoga ALLAH melindungi perjalanan mereka nanti.. "Ya ALLAH, lindungilah seluruh ahli keluargaku dan jauhilah sesuatu musibah dari menimpa keluargaku.. Ku pohon agar di permudahkan segala urusan kami... Hanya engkau yang berhak dalam menentukan segalanya wahai Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
aminnn.. "

p/s : semoga ada rahmat di sebalik semua kejadian ini tambah2 pula sekarang bulan Ramadhan.. Jom amek berkat bulan Ramadhan dengan sama2 berdoa.. ALLAHU AKBAR!! ^_*

Tuesday, August 2, 2011

02 Ramadhan 1432 H

Assalamualaikum & Salam Ramadhan..

Macam mana pengalaman puasa korang2?? okey ??

sedar tak sedar dah 2 hari kita umat islam nie menjalani ibadah puasa kan...

Alhamdulillah... walaupon cuaca agak panas, namun semuanya masih mampu menjalankan ibadah dengan baik... sila tepuk tangan untuk diri sendiri yer..tahniah untuk semua~

so, hari nie aku pegi bazar jer beli juadah untuk berbuka.. memang budget beli ala kadar jer la.. pegi pulak ngan my little brothers (x dapat snap pic bazaar kat sini coz sesak youuu!!!).. tau-tau masa nak berbuka, air 3 jenis.. aku dah beli soya.. beli pulak air tebu.. (air wajib nih).. pstu bancuh pulak air sirap.. hahah.. terkejut abang aku.. bape jenis air daa kita nak minum.. hehe.. tapi aku tak kisah.. aku sukaaa minum air... tak makan pon takper... janji ada air... =P

then kuih muih pulak.. semalam aku buat kuih cara.. mak aku lak goreng cempedak.. tapi ari nie.. dah alang2 ke bazaar.. beli karipap.. seri muka.. murtabak..  sekali... masa balik jer mak aku buat pisang goreng pulak... hamek kauuu... dah macam pesta makanan dah rasa... hahaha....

tapi sepanjang puasa ni.. yang x ley blaa nie adik aku yang bongsu ar.. nak kata kecik lagi... umur dah 15 tahun.. tapi... macam budak umo 5 tahun baru nak belajar puasa... 

semalam dia tanya aku.. " kak yan.. hang tak lapaq ka??"
aku jawab.." tak pon.. tu la.. masa orang ajak puasa sunat, tak nak.. hahaha"...

hari nie lain pulak.. bau petrol jer dia boleh cakap.. "bau petrol nie buat aku lapaq la".. 
hadoiiii.... 
teruk betoii dah... sabaq ja la.. hehe..

adik aku nie bukan apa.. dalam ramai-ramai adik beradik aku.. dia manja dengan aku & adik aku yg 2nd last jer... sebelum nie aku selalu puasa kat kolej.. asrama.. tapi tahun nie dari awal Ramadhan aku puasa kat umah.. sebelum nie takde orang dia nak mengadu.. 
kali nie.. bukan main lagi la nak tunjuk manja dia... hehe


p/s:  hope hari-hari yang akan mendatang nie akan lebih baik.. ^_~