Thursday, July 21, 2016

Sampai Bila?

Bismilllah....

Mungkin orang fikir aku kuat..
Mungkin orang sangka aku tabah..
Sesungguhnya aku tidak sekuat dan setabah yang disangka..
Seringkali aku menangis..
Seringkali aku menepis..
Air mataku begitu murah..
Mengalir deras tanpa beralah..
Setiap masa..
Aku sentiasa mencuba.. 
Menanam sifat kental dalam diri.. 
Tetapi sebaliknya..
Aku berpura-pura dihadapan semua..
Berpura-pura kuat..
Berpura-pura tabah..
Berpura-pura tidak kisah.. 
Walhal aku lemah.. 
Sebenarnya aku pasrah..
Realitinya aku kisah..
Namun sampai bila? 


Sunday, February 21, 2016

Andai Itu Mahumu

بسم الله الرحمن الرحيم


Terlalu banyak masa yang kuberikan..
Namun itu bagaikan tidak cukup bagimu..
Kau berpura bagai tiada apa..
Sebenarnya kau tahu sesuatu..
Betapa kau mengerti..
Betapa kau memahami..
Jauh disudut hati..
Ku pendam segalanya..
Bagaimana dapat kulupa..
Tiap saat dan ketika,,
Kita bersama.. 
Semudahnya kau lupa..
Saat kau berduka..
Aku begitu setia..
Seolah semua itu..
Kau pandang sebelah mata..
Sampai bila ku perlu ada..
Menjadi persinggahanmu semata..
Kau diam tanpa suara..
Hanya lagu menjadi perantara..
Rupanya kau begitu memujanya..
Segalanya seakan rahsia..
Tanpa kau fikir aku kan mendengarnya..
Semakin jauh ku kau tinggalkan..
Semakin hanyut kau layan perasaan..
Ku harap kau tahu..
Pengunduranku demi bahagiamu..
Duhai temanku..
Aku mengharap indah pengakhirannya..
Kerana dia aku kau lupa..
Kerana dia kau berdusta..
Andai itu mahumu..
Aku berdoa agar kau temu bahagia..

Wednesday, January 27, 2016

SIKAP

Bismillahirrahmanirrahim...


Sukarnya menduga sikap manusia..
Nampak baik sebenarnya tidak..
Lagaknya bertanggungjawab..
Namun sebenarnya tak boleh diharap...

Bagaimana seorang ayah sanggup membiarkan anak-anak.. 
Bagaimana seorang suami sanggup memukul isteri..
Nafkah tidak diberikan secukupnya..
Layanan tidak diberikan selayaknya..

Kasihan anak menjadi mangsa..
Melihat si ibu yang menderita..
Semoga nasib mereka terbela..
Hidup harmoni tanpa masalah..

Saturday, October 31, 2015

R.A.S.A

Bismillahirrahmanirrahim...



Dengan hanya satu rasa..
Hubungan yang kukuh terbina berkecai..
Persahabatan yang tercipta sekian lama terlerai..
Hati yang dijaga selama ini berderai..

Rasa itu..
Tidak salah..
Seandainya seiring dengan cara..
Tiada tingkah..
Namun bertuah..

Dengan rasa itu..
Aku kau jauhkan..
Mereka kau nafikan..
Semua kau tinggalkan..

Tanpa rasa itu..
Kita gembira..
Sama bahagia..
Tiada sengketa..

Pengakhiran rasa itu..
Mungkin bahagia..
Adakalanya kecewa..
Tidak mustahil derita..

Semoga rasa itu dihargai..
Memberimu seribu erti..
Tanpa kesal dihati..
Seandanya kami melangkah pergi...


#CINTA







Saturday, September 5, 2015

T.O.P.E.N.G

Bismillahirrahmanirrahim...



Kau Sahabat..
Kau jugalah Teman..

Sentiasa disisi saat aku jatuh dan bangun..
Selalu menemani diwaktu aku sendiri...
Aku sangat menghormati..
Aku terlalu mengagumi..
Aku juga mempercayai..

Namun sebagai manusia..

Biar bagaimana baik seseorang..
Biar seteguh mana iman seseorang..
Biar sehebat mana seseorang..

Percayalah..
Tiada manusia yang sempurna..

Kau dilihat sebagai manusia yang baik akhlakmu..
Lembut tutur bicaramu..
Tinggi nilai kesopananmu..
Darjatmu terletak tinggi..
Setanding dengan kebaikanmu..

Siapa sangka..
Kau yang ku sanjungi..
Kau yang ku hormati..
Kau yang ku percayai..
Kini..
Hancur..
Pecah..
Berkecai..
Satu demi satu..
Kepercayaanku luntur..
Keyakinanku terhakis..
Oleh tingkahmu yang menghiris..

Kejam..
Sungguh kau kejam ..
Dari apa yang kau lakukan..
Dari apa yang kau katakan..
Segalanya ..

Aku malu...
Aku kecewa..
Kau menyalahgunakan kepercayaan mereka..
Kau menghancurkan hidup mereka..
Dengan kudratmu..
Dengan tangan yang sepatutnya membimbing..
Dengan pengaruh yang sepatutnya mendidik..
Kau berikan mereka..
Satu pengalaman hidup..
Yang begitu mengerikan..

Setelah apa yang berlaku..
Layakkah kau disanjung?
Layakkah kau dijunjung?

Aku kelu..
Terlalu beku..
Apa yang harus ku lakukan..
Apa yang sepatutnya ku katakan..

Inilah Realiti..
Yang aku perlu hadapi..
Mohon diberikan petunjuk Illahi..

Setelah topengmu tersingkap..

Aku perlu kuat..
Aku perlu tabah..
Demi membantu mereka yang lemah..
Demi membetulkan semua yang salah..