Showing posts with label Realitikan Fantasi. Show all posts
Showing posts with label Realitikan Fantasi. Show all posts

Sunday, January 22, 2017

Ibu..

Melihat sinar wajah itu..
Mengingatkanku akan sesuatu..
Kesusahan dan keperitan..
Semua pernah ditanggungnya..
Ku tak ingin dia disakiti..
Ku tak rela dia dikhianati..

Melihat susuk tubuh itu..
Membuatku bahagia..
Tanpanya aku berduka..
Kerananya membawa gembira..

Mendengar suara itu..
Menenangkan jiwa..
Mengubat sengsara.. 
Tawanya membawa ceria..

Tuhanku... 
Lindungilah dia...
Tenangkanlah hatinya..
Bahagiakan lah dirinya...
Rahmatilah kehidupannya..
Limpahkanlah rezeki buatnya..
Permudahkanlah setiap urusannya..
Sembuhkanlah segala derita penyakitnya...
Kurniakan kesihatan yang terbaik untuknya..

Kerana dialah Ibuku..
Yang sentiasa ada disampingku...
Yang sentiasa mendengar ceritaku..
Yang sentiasa memujukku..
Yang sentiasa merawatku..
Yang sentiasa memenuhi kehendakku..
Yang sentiasa bersusah untukku..
Yang sentiasa memberikan yang terbaik untukku..
Yang sentiasa membahagiakan diriku..
Yang sentiasa menjadi pelindung buatku..

Terima Kasih Ya Allah..
Atas kurniaanmu yang terbaik untukku... 
Ibuku...

Thursday, January 19, 2017

TRIP TO KOREA PART II

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, aku akan sambung cerita tentang percutian kami ke Seoul, Korea Selatan. Kalau belum baca post sebelum ni, boleh baca kat sini Trip To Korea Part I  .

DAY 1 (NAMINARA ISLAND & PETITE FRANCE)

      Tempat pertama kitorang pergi ialah Naminara Island. Kalau korang peminat KPOP, sure korang tau tentang Naminara Island ni. Kawasan pulau ni merupakan tempat penggambaran drama Korea yang pernah meletop suatu ketika dahulu iaitu Winter Sonata. Kalau korang nak feeling-feeling macam drama tu pastikan korang datang masa tengah-tengah musim sejuk sebab masa kitorang datang salji malu-malu lagi nak turun. Maklum la baru mula musim sejuk. Suhu masa tu dalam 3 hingga 0 darjah celcius. Walaupun takde salji, tapi masa tu memang sejuk betul.

Laluan untuk ke Itaewon Station.. Sebelah kanan tu jalan raya

  Kitorang bergerak keluar dari guesthouse jam 7.30 pagi dan berjalan menuju ke Itaewon subway station. Tak jauh pon, dalam 4 minit camtu je jalan kaki. So, dari Itaewon kitorang turun di Yongsan Station (Line 1) dan transit ke Gapyeong Station (ITX Line). Kalau korang nak tau, kat Korea ni korang akan di caj sebanyak  KRW1500 per entry tak kisah la korang turun kat mana-mana station pon kalau naik Metro tu. Korang boleh transit ke Line yang lain tanpa perlu scan keluar. So, pastikan korang tahu station mana yang korang nak pergi jadi boleh transit je. Walau bagaimanapun ada juga station yang korang perlu scan keluar contohnya nak ke Gapyeong tu kena tukar ke Line ITX. Jadi tak sama dengan Metro.

Peta laluan metroline

Sampai di stesen Gapyeong, korang boleh pilih nak naik Teksi atau Bas untuk ke Jetty. Kalau korang naik bas, cuma bayar KRW6000. Korang boleh naik dan turun di mana-mana tempat yang korang nak pergi sebab dia akan tour ke tempat-tempat sekitar tu. Kalau untuk teksi pula korang akan di caj dengan harga yang sama sehala untuk satu kereta. Jadi kitorang ni fefeeling cam pandai sangat, pegi la naik teksi sebab satu teksi kitorang naik 3 orang, jadi kalau kongsi dapat la sorang KRW2000. Murah lagi la kononnya... haha.. (jangan terpedaya, baca bagi habis)..

Kawasan luar Gapyeong Station

 

Masa bergambar ni sempat lagi driver
bas di sebelah tu stop kejap. Ingatkan ada
apa, rupanya nak ucap "pagi.." hehe.. 
dah pandai cakap Melayu ahjusshi tu

  Perjalanan dari Gapyeong Station ke Naminara (Jeti) tu tak jauh mana. Sampai kat situ korang boleh beli tiket untuk entrance/ferry  ke Naminara Island. Kalau ada ferry yang menunggu kat situ boleh terus berbaris dan naik sebab ada pekerja yang akan kira berapa orang yang naik. Cukup kuota untuk satu ferry baru dia akan jalan. Jadi kalau korang pergi beramai-ramai, pastikan tak terpisah la. Kalau dah macam nak penuh je ferry tu, tunggu jela next trip sebab tak lama pon kena tunggu. Dalam 15 minit gitu je. Naik je ferry tu rasa excited giler bila nampak bendera-bendera dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Korang boleh enjoy atas ferry tu nak lepak kat dalam dalam atau luar. Kalau taknak sejuk, better dok dalam la. Tapi nak ingatkan korang, ferry tu takde tempat duduk, berdiri je..haha..

Get ready nak masuk Republic Naminara




Gambar sebelah kiri : Feri  yang digunakan untuk menyeberangi pulau Nami      


Gambar sebelah kanan : Nampak tak bendera Malaysia tu? Hehe.. Saja nak bergambar depan cermin feri tu.



 Jejak je kaki kat pulau tu, dia punya excited tu takyah cakap la. Nampak sign board Naminara Island, bersaksikan dedaunan keguguran dahan nan kerapuhan...ehh... haha.. takde la.. Okeh, dalam pulau tu korang boleh pilih nak jalan kaki, sewa basikal atau naik train. Tapi train tu xpusing satu pulau pon jadi harganya tak dapat dipastikan sebab kitorang jalan kaki je. Suhu yang sangat rendah buat korang xrasa penat pon berjalan mengelilingi kepulauan tu. Berjalan dalam keadaan yang santai sambil menghayati dan menikmati keindahan ciptaan Allah buat aku rasa beruntung sangat. Betapa besarnya kuasa Dia hingga dapat menciptakan dunia ini dengan pelbagai keajaiban.

      Sepanjang perjalanan tu korang boleh la fefeeling ala-ala winter sonata sebab keadaan di sana masih sama macam dalam drama tu. Pokok-pokok yang ditanam sangat tersusun. Memang bergambar habis-habisan la sebab nak pergi bukan senang kan. Bila dah penat berjalan, perut rasa lapar, boleh terus ke restoran sebab ada pilihan restoran halal di sana. Selain tu, surau juga turut disediakan untuk pelancong muslim menunaikan ibadah. Kiranya complete set la ni.

















Gambar atas : Peta Kepulauan Nami.

Gambar kanan : Nampak tak yang kaler oren tu? Itu la kertas yang berbentuk daun yang digunakan untuk pelancong menulis sebagai kenangan dan diikat pada pagar tu. 


Gambar kiri : nampak tak daun kering dalam kolam tu? Kalau nak tau itu pokok teratai yang dah melalui musim luruh. Jadi ia kering dan mati. Tapi pokok ni akan kelihatan sangat cantik masa musim bunga. 












Walaupun masa kitorang sampai takde salji, tapi bole lagi feeling macam tengah buat snow man... hihihi














Asal nampak batang pokok je wajib nak bergambar.. haha.. biar la orang cakap kejakunan ke kebaruan ke..





Dua-dua gambar di atas ni sengaja dibesarkan supaya korang boleh nampak jelas. Dalam gambar tu ada macam pecahan kaca kan? Itu sebenarnya kepingan ais. FYI suhu masa tu sangat sejuk sampai permukaan sungai menjadi beku. Tapi ingat, jangan sesekali cuba pijak pula sebab permukaan tu tak cukup kuat untuk menampung berat manusia.




 Kalau dah sampai Nami tak sah kalau tak bergambar dengan arca hero dan heroin winter sonata ni. Wajib!! Sebagai bukti dah sampai Nami..haha 
 Nama pon percutian bajet, jadi makan bawak sendiri je. Maggi dan kek pisang.Heaven dah tu pon. Air panas yang dalam tumbler pon sejuk oii... Makan megi separuh siap.. haha.. Kek pisang tu plak rasanya macam ko baru keluarkan dari peti sejuk terus makan..

Ini satu tempat yang wajib aku singgah. 
Kalau kat Malaysia memang jauh panggang
 dari api la, tapi kat sini tak sabar nak 
dok depan api.. sebab sejukkkkk gilerrrrr....
 suhu masa ni dalam3-0 darjah celcius



       Seterusnya dari Nami kitorang bergerak untuk ke Petite France. Dari jeti tu, tanpa ragu-ragu kitorang naik teksi untuk ke Petite France. Ingatkan dekat je, rupanya jauh giler. Perjalanan lebih 15 minit. Tu belum cerita cara driver teksi tu bawa kereta, laju betul. Dengan jalan ke sana berbukit bukau dan banyak selekoh, mabuk terus aku. Haa..kalau nak tau, awal-awal musim sejuk gini kebiasaannya diorang buka tingkap je, tu pon rasa macam dalam aircond. Kalau dah sejuk sangat tu baru diorang buka pemanas. 
       Ingat tak aku cakap yang naik teksi kena bayar KRW6000 je tu? Sesampainya di Petite France tu, kitorang dikenakan caj sebanyak KRW18000 sehala!!! Tanjat gegel...  Mana taknya, kitorang punya bajet lari jauh kot *nangis*.. Rupanya orang yang jawab soalan kitorang masa di tourism korea tu bagitau tambang dari Gapyeong Station ke Jeti Nami tu je.. Dari jeti ke Petite France tu dia tak bagitau. Patut aku rasa jauh semacam. Hairan juga kalau KRW6000, murah sangat tu...huhu.. Tapi kitorang ambil sebagai pengajaran la..phewww.... 
       Untuk masuk ke Petite France korang perlu membeli tiket yang berharga KRW8000. Sama je harga dengan masuk Nami tu. Kat sini ada pelbagai bangunan yang berwarna warni dan reka bentuk yang menarik. Dari situ boleh nampak tasik dan pemandangan yang cantik. Nak tau serba sedikit boleh klik je mana-mana perkataan Petite France. Aku dah letak link dengan tourism Korea. 
Selebihnya boleh layan gambar ni....hehe




















     Dah siap jelajah di Petite France tu, kitorang bergerak ke Gapyeong Station untuk pulang ke Itaewon. Niatnya nak naik bas je sebab mahal kalau naik teksi, tapi nasib tak menyebelahi bila bas dah takde. Yang tinggal pon under travel agency je. So, nak tak nak naik teksi juga la.. Terbang lagi KRW18000.. Tak kisah la,asal dapat balik je sebelum malam sebab makin lewat makin sejuk... Jadi, ni jela program iolls untuk hari kedua... Hari seterusnya tunggu la yer... haha.. kalau ada masa aku sambung lagi.. TATA.... ^___^

Wednesday, January 4, 2017

TRIP TO KOREA PART I

Assalamualaikum w.b.t..

       Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali ke Sekolah untuk adik-adik serta cikgu-cikgi sekalian alam!! 
Okeh, memandangkan lama betul tak buat entry, so hari ni aku cuba untuk luangkan masa aku.. Faham-faham jela bila buka sekolah ni setiap minit amat berharga.. Jadi sebelum aku menjadi lebih sibuk, baik aku curi masa yang ada ni. 
Orait, berbalik kepada topik asal, aku nak kongsikan pengalaman aku bercuti ke Seoul, Korea Selatan baru-baru ni. So, aku decide nak mengabadikan kenangan tu kat sini... 
Let's check it out!!!

Sebenarnya aku boleh kategorikan percutian aku ni sebagai unplanned vacation sebab aku takde terfikir langsung nak bercuti ke luar negara dalam masa terdekat ni. Semua bermula masa aku lepak makan malam dengan kawan-kawan kerja aku. Tengah berborak, tetiba sorang kawan aku ni bagitau dia akan ke Korea masa cuti hujung tahun. Aku macam biasa, dengar je, takde rasa nak join pon masa tu. Tapi lepas sorang lagi kawan aku ni excited sangat kalau dapat join sekali, aku pon acah-acah nak ikut jer.. Haha.. 

Nak jadikan cerita, aku tanya housemate aku Ecah, nak pergi Korea tak? So dia tanya family dia semua cakap ok, kitorang on! Terus malam tu jugak cari tiket (bulan 9 masa tu) kat website https://www.cheapflights.com.my/
korang boleh check kat situ kalau nak ke mana-mana sebab ia akan senaraikan harga tiket bermula dengan yang paling murah hinggalah yang paling mahal serta pilihan syarikat penerbangan yang pelbagai.. so boleh pilih sendiri  mana yang sesuai dengan bajet korang... 
Memandangkan plan asal nak join kawan aku ni, so aku dan Ecah kena booking tiket yang sama syarikat dan timing dengan kawan kitorang tu..  Kitorang booking Vietnam Airlines dan harga tiket masa tu RM1313.00  return dari KLIA ke Incheon International Airport

Nama pon Vietnam Airlines, jadi kitorang kena transit di Ho Chi Minh dulu.. Disebabkan harga tiket tu agak murah, kitorang transit agak lama dan perlu bermalam di Vietnam.. Jangan risau, kat airport tu ada Sleep Zone untuk korang tidur kalau taknak check in hotel.. Kitorang tak tidur kat situ pon sebab kitorang dapat port paling best kat ruangan menunggu tu je... Haha.. 
Apsal aku cakap best? Sebab kat situ ada water dispenser dan tandas!!! Dua benda tu yang paling penting buat aku.. Bab makan, kitorang ada bawak maggi cup, minuman 3 in 1, biskut dan coklat.. So, settle! Haa... Kalau korang nak tau, airport kat Ho Chi Minh  ni sangat la bersih sebab cleaner dia akan selalu bersihkan dan mop lantai.. Sampaikan kitorang gelar makcik stalker kat cleaner tu sebab kalau ada orang keluar dari tandas, dia akan pegi buat spotcheck balik kat tandas tu.. So kalau masuk tandas pon payah nak jumpa walaupun setitis air kat lantai dia.. Bersih yang amat! Tapi jangan korang sengal pulak pegi siram air kat lantai tu kalau taknak kena bebel.. Hahaha.. 

Jadi ringkasan perjalanan kitorang kira camni la;

4/12/2016 (Kuala Lumpur - Ho Chi Minh)
5/12/2016 (Ho Chi Minh - Incheon) 

Return

12/12/2016 (Incheon - Ho Chi Minh)
13/12/2016 (Ho Chi Minh - Kuala Lumpur)

Boarding Pass

Breakfast di Ho Chi Minh


View dari Ho Chi Minh Airport


Sampai di Incheon

Orang korea sangat berdisiplin... Berbaris tunggu train nak ke Arrival Hall
Sampai Incheon roda hilang satu.. Boleh claim ganti rugi tapi sebab aku malas nak berurusan jadi aku blah je..huhu




Dari Incheon, naik subway ke stesen gongdeok kemudian tukar line dan teruskan perjalanan ke Itaewon (masa ni dah ready dengan winter coat sebab sejuk sangat)
So untuk hari pertama kitorang kat sana takde buat apa sebab sampai Itaewon dah malam.. Pergi simpan barang dekat guest house , kemudian pergi makan malam dan balik tidur.. FYI kat Itaewon ni banyak tempat makanan halal.. cuma siapkan duit sahaja..hehe..

 Untuk guest house pulak kitorang cari di website
kat sini korang cuma perlu masukkan maklumat berkenaan seperti tempat, tarikh / jumlah hari korang nak stay dan search .. lepas tu korang pilih la yang mana sesuai dan booking.. Jangan lupa untuk contact host untuk tanya apa yang perlu dan paling penting baca review dulu!! Selamat mencuba!


Baca...



Saturday, October 8, 2016

Sudahlah

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah..
Sudah lah..
Cukup bagiku..
Apa yang berlaku..
Bukan mahuku..

Pergi kau pergi..
Jangan kembali..
Pergi kau lari..
Jangan disini..
 Ku tak menanti..
Bukan ku benci..
Tapi ku sangsi..
Diri kan tersakiti..

Ku tetap utuh..
Ku masih teguh..
Mungkin ku rapuh..
Namun ku rempuh..
Aku menjauh..
Bukan ku patuh..
Agar tak jatuh..
Kelak ku lumpuh..




Monday, October 3, 2016

Pelangiku

Bismillahirrahmanirrahim..


Indah..
Saat kita bersama.. 
Saling bertukar rasa..
Berkongsi suka dan duka..
Gelak tawa sedih dan hiba..
Kau ada tepat pada ketika..

Dunia terasa indah..
Pagi sentiasa cerah..
Hujan badai tidak diendah..
Hadirmu menghilangkan resah..

Kusangka kasihmu berpanjangan..
Kau menghilang tanpa kesan..
Ketiadaanmu membuatku rawan..
Meneruskan hari tanpa teman..

Dirimu seakan pelangi..
Muncul tanpa dinanti..
Kau pergi tanpa permisi..
Membuatku patah hati..

Aku bangun..
Menghadapi realiti..
Meninggalkan mimpi..
Membina diri..
Menguatkan hati..

Pesan pada diri..
Simpan memori..
Teruskan mencari..
Kasih abadi..
Percaya pada ilahi..

Thursday, July 21, 2016

Sampai Bila?

Bismilllah....

Mungkin orang fikir aku kuat..
Mungkin orang sangka aku tabah..
Sesungguhnya aku tidak sekuat dan setabah yang disangka..
Seringkali aku menangis..
Seringkali aku menepis..
Air mataku begitu murah..
Mengalir deras tanpa beralah..
Setiap masa..
Aku sentiasa mencuba.. 
Menanam sifat kental dalam diri.. 
Tetapi sebaliknya..
Aku berpura-pura dihadapan semua..
Berpura-pura kuat..
Berpura-pura tabah..
Berpura-pura tidak kisah.. 
Walhal aku lemah.. 
Sebenarnya aku pasrah..
Realitinya aku kisah..
Namun sampai bila? 


Sunday, February 21, 2016

Andai Itu Mahumu

بسم الله الرحمن الرحيم


Terlalu banyak masa yang kuberi..
Namun seakan tidak cukup bagimu..
Kau berpura bagai tiada apa..
Sebenarnya kau tahu sesuatu..
Betapa kau mengerti..
Betapa kau memahami..
Jauh disudut hati..
Ku pendam segalanya..
Bagaimana dapat kulupa..
Tiap saat dan ketika,,
Kita bersama.. 
Semudahnya kau lupa..
Saat kau berduka..
Aku begitu setia..
Seolah semua itu..
Kau pandang sebelah mata..
Sampai bila ku perlu ada..
Menjadi persinggahanmu semata..
Kau diam tanpa suara..
Hanya mereka menjadi perantara..
Betapa kau memuja..
Segalanya seakan rahsia..
Namun tembus ditelinga..
Semakin jauh kau tinggalkan..
Semakin hanyut melayan perasaan..
Ku harap kau tahu..
Akurku..
 Demi bahagiamu..
Semoga indah pengakhirannya..
Kerana dia aku kau lupa..
Kerana dia kau berdusta..
Andai itu mahumu..
Aku berdoa agar kau temu bahagia..

Saturday, October 31, 2015

R.A.S.A

Bismillahirrahmanirrahim...



Dengan hanya satu rasa..
Hubungan yang kukuh terbina berkecai..
Persahabatan yang tercipta sekian lama terlerai..
Hati yang dijaga selama ini berderai..

Rasa itu..
Tidak salah..
Seandainya seiring dengan cara..
Tiada tingkah..
Namun bertuah..

Dengan rasa itu..
Aku kau jauhkan..
Mereka kau nafikan..
Semua kau tinggalkan..

Tanpa rasa itu..
Kita gembira..
Sama bahagia..
Tiada sengketa..

Pengakhiran rasa itu..
Mungkin bahagia..
Adakalanya kecewa..
Tidak mustahil derita..

Semoga rasa itu dihargai..
Memberimu seribu erti..
Tanpa kesal dihati..
Seandanya kami melangkah pergi...


#CINTA







Saturday, September 5, 2015

T.O.P.E.N.G

Bismillahirrahmanirrahim...



Kau Sahabat..
Kau jugalah Teman..

Sentiasa disisi saat aku jatuh dan bangun..
Selalu menemani diwaktu aku sendiri...
Aku sangat menghormati..
Aku terlalu mengagumi..
Aku juga mempercayai..

Namun sebagai manusia..

Biar bagaimana baik seseorang..
Biar seteguh mana iman seseorang..
Biar sehebat mana seseorang..

Percayalah..
Tiada manusia yang sempurna..

Kau dilihat sebagai manusia yang baik akhlakmu..
Lembut tutur bicaramu..
Tinggi nilai kesopananmu..
Darjatmu terletak tinggi..
Setanding dengan kebaikanmu..

Siapa sangka..
Kau yang ku sanjungi..
Kau yang ku hormati..
Kau yang ku percayai..
Kini..
Hancur..
Pecah..
Berkecai..
Satu demi satu..
Kepercayaanku luntur..
Keyakinanku terhakis..
Oleh tingkahmu yang menghiris..

Kejam..
Sungguh kau kejam ..
Dari apa yang kau lakukan..
Dari apa yang kau katakan..
Segalanya ..

Aku malu...
Aku kecewa..
Kau menyalahgunakan kepercayaan mereka..
Kau menghancurkan hidup mereka..
Dengan kudratmu..
Dengan tangan yang sepatutnya membimbing..
Dengan pengaruh yang sepatutnya mendidik..
Kau berikan mereka..
Satu pengalaman hidup..
Yang begitu mengerikan..

Setelah apa yang berlaku..
Layakkah kau disanjung?
Layakkah kau dijunjung?

Aku kelu..
Terlalu beku..
Apa yang harus ku lakukan..
Apa yang sepatutnya ku katakan..

Inilah Realiti..
Yang aku perlu hadapi..
Mohon diberikan petunjuk Illahi..

Setelah topengmu tersingkap..

Aku perlu kuat..
Aku perlu tabah..
Demi membantu mereka yang lemah..
Demi membetulkan semua yang salah..







Monday, August 3, 2015

J.A.N.G.A.N

Bismillahirrahmanirrahim...


Akur pada kuasa..


Namun...


Jangan tunduk sampai terduduk..

Jangan diturut hingga berparut..

Jangan pula agama disenda..

Jangan biar iman digoda..

Jangan sampai minda dijajah..

Jangan menyerah sehingga parah..

Jangan patuh pada yang salah..

Jangan takut akan kalah..





Wednesday, May 6, 2015

KEJORA

Bismillah...


Melihat pada kejora..

Indah tercipta..

Menatapnya membahagia..

Menawan atma..

Pancarannya mempesona..

Menggetarkan sukma..

Hadirnya bersama cahaya..

Kilauannya menenangkan rasa..

Bersamanya menerbitkan cinta..

Membuat hati berbunga..


Thursday, April 23, 2015

A.K.U

Bismillah...

Aku bagaikan tersesat di jalanan...
Mencari-cari arah kehidupan...
Terus mara melangkah kehadapan...
Menongkah segala arus penipuan...

Kutatap bintang di sudut langit...
Berteman sang bulan di malam nan gelita...
Memimpin mereka di lautan belantara...
Memberi harapan kepada manusia...

Nafasku bersatu dengan waktu...
 Ungkapan kata terus kaku...
Tabahkan hatimu duhai kasihku..
Destinasiku hanya pada yang satu...

Wednesday, April 1, 2015

Takdir kita

Bismillah...


Aku pernah berkata..
Bahawa sesungguhnya..
Kau tiada duanya..
Namun dalam jaga..
Aku juga terleka..


Ku tolak jauh semua prasangka..
Demi memaksa hati yang duka..
Membawa hasratmu yang membara..
Melangkah terus menjunjung cita..


Jarak memisahkan kita..
Waktu membataskan segala..
Namun kau tetap berusaha..
Hadir disaat hampir ku lupa..


Semakin jauh takdir kita..
Kesibukan dunia membuatmu lupa..
Tanpa khabar mahupun berita..
Rupa-rupanya muncul si dia..


Begitu lama kau simpan..
Buatku letih memikirkan..
Saat itu kau nyatakan..
Tanpa sebarang ucapan..
Hingga kini tiada penjelasan..
Namun itulah kebenaran..



Monday, March 9, 2015

Mencari

Bismillahirrahmanirrahim...




Langkah ku atur kemas..

Agar tidak tersesat..

Dalam mencari syariat..


Namun ada saatnya..

Aku tewas..

Kerana jalan pintas..


Ku turut liku-liku..

Perjalanan ke arah tuju ..

Demi mu tuhanku..


Penghujung jalan itu..

Huluran tangan membantu..

Mencari cinta yang satu..


Tika dalam kerapuhan..

Kau beri semangat..

Bangkitku penuh harapan..


Moga pencarian itu..

Natijahnya..

Seiring janji tuhan..




Sunday, February 15, 2015

Ubah

Assalamualaikum...


Apabila saatnya tiba..

Kau takkan mampu berkata..

Walaupun dikau seorang pendeta..


Tatkala itu..

Semua kan kau rasa..

Pedihnya tidak terkira..


Andai kau punya masa..

Ubahlah semua..

Agar kau gembira..

Monday, February 9, 2015

Iman

Bismillahirrahmanirrahim....


Saat ku sendiri...
Melangkah dalam sepi...
Mencari arah tak pasti...
Mendengar suara hati...

Jauh ku tinggalkan...
Peristiwa yang menyakitkan...
Mengubah pandangan insan...
Menurut takdir tuhan...

Tersedar aku...
Dalam kelalaian...
Menghadapi dugaan...
Namun ku...
Teruskan percaya...
Adanya kebenaran...
Di sebalik kekhilafan...

Jiwaku kekosongan...
Mengharap ketenangan...
Menatap kebahagiaan...
Dalam kehidupan...
Penuh iman..






Sunday, February 8, 2015

JELAS

Assalamualaikum....

Biarpun kamu diuji..
Biarpun kamu dikeji..

Tetaplah bersabar..
Kerana sesungguhnya..

Disebalik ujian itu..
Ada jawapannya..

Disebalik kejian itu..
Ada bahagianya..

Disebalik kesabaran itu..
Ada keindahannya...

Tabahkan hatimu..
Teruskan perjuanganmu..
Rendahkan egomu..
Kurangkan amarahmu..
Kawal nafsumu..

Lihatlah..
Gunakan akalmu..
Tajamkan mata hatimu..
Kumpulkan kekuatanmu..
Jangan pernah jemu..

Aku mencari hanya ikhlas..
Demi menyelamat jiwa yang lemas..
Dihadapanmu aku bebas..
Menatap sebuah kisah yang jelas..

Sunday, February 1, 2015

Tika Itu

Assalamualaikum...


Tika itu..
Kau hulurkan tanganmu..
Memimpinku dengan teguh..
Mmaksaku terus utuh..

Tika itu..
Kau membawa hasratku..
Membina satu memori..
Mencipta suatu tragedi..

Tika itu..
Kau lepaskan peganganmu..
Memecah tembok hatiku..
Terus melangkah membisu...

Friday, January 23, 2015

Benar Aku Rindu

Assalamualaikum....


Ternyata walaupun waktu jauh meninggalkan..
Kenangan itu tidak pernah terpadam..

Terlalu banyak memori yang tersimpan..
Sukar untukku membuang perasaan..

Tabah.. Pasrah.. Rela..
Jika itu yang kau putuskan..

Yang indah itu kenangan..
Yang pahit itu keputusan..

Terus memandang kehadapan..
Ku pendam dan ku simpan..

Terlalu lama..
Sudah terbiasa..

Begitu mudah kau melupakan..
Terlalu payah untuk kau lafazkan..

Harusku meneruskan kehidupan..
Akanku pandang kehadapan..




Sunday, October 26, 2014

Trip to Semporna : MATAKING,TIMBA-TIMBA, POM POM

Biar gambar berbicara..


di jeti pelancongan semporna

dalam perjalanan ke pulau Mataking

Pulau Mataking Kecil

Happy Hours


snorkelling












Pulau Mataking Besar


Corals

Indahnya Ciptaan Illahi



Terima kasih buat sahabat-sahabat yang merealisasikan impianku untuk bercuti kali ini... InsyaAllah kalau ada rezeki nak ke pulau yang lain pula nanti.. ^__^