Assalamualaikum....
Biarpun kamu diuji..
Biarpun kamu dikeji..
Tetaplah bersabar..
Kerana sesungguhnya..
Disebalik ujian itu..
Ada jawapannya..
Disebalik kejian itu..
Ada bahagianya..
Disebalik kesabaran itu..
Ada keindahannya...
Tabahkan hatimu..
Teruskan perjuanganmu..
Rendahkan egomu..
Kurangkan amarahmu..
Kawal nafsumu..
Lihatlah..
Gunakan akalmu..
Tajamkan mata hatimu..
Kumpulkan kekuatanmu..
Jangan pernah jemu..
Aku mencari hanya ikhlas..
Demi menyelamat jiwa yang lemas..
Dihadapanmu aku bebas..
Menatap sebuah kisah yang jelas..
Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts
Sunday, February 8, 2015
Friday, January 23, 2015
Benar Aku Rindu
Assalamualaikum....
Ternyata walaupun waktu jauh meninggalkan..
Kenangan itu tidak pernah terpadam..
Terlalu banyak memori yang tersimpan..
Sukar untukku membuang perasaan..
Tabah.. Pasrah.. Rela..
Jika itu yang kau putuskan..
Yang indah itu kenangan..
Yang pahit itu keputusan..
Terus memandang kehadapan..
Ku pendam dan ku simpan..
Terlalu lama..
Sudah terbiasa..
Begitu mudah kau melupakan..
Terlalu payah untuk kau lafazkan..
Harusku meneruskan kehidupan..
Akanku pandang kehadapan..
Ternyata walaupun waktu jauh meninggalkan..
Kenangan itu tidak pernah terpadam..
Terlalu banyak memori yang tersimpan..
Sukar untukku membuang perasaan..
Tabah.. Pasrah.. Rela..
Jika itu yang kau putuskan..
Yang indah itu kenangan..
Yang pahit itu keputusan..
Terus memandang kehadapan..
Ku pendam dan ku simpan..
Terlalu lama..
Sudah terbiasa..
Begitu mudah kau melupakan..
Terlalu payah untuk kau lafazkan..
Harusku meneruskan kehidupan..
Akanku pandang kehadapan..
Labels:
confuse,
coretan kehidupan,
dilema,
emosi,
impian,
jayhunt,
memoir,
Pengalamanku,
Puisi,
Realitikan Fantasi,
ujian
Thursday, September 5, 2013
Sakit Gigi... aduhhh...
Assalamualaikum....
Rindu terlerai tatkala dah lama x taip entry kat blog ni.. Sebelum ni tersangatlah bizi dengan gunungan kerja yang tak pandai habis..
Actually aku x berapa sihat.. tak tau la apa masalahnya.. Start 20hb aritu selesema+batook.. then demam... lepas dua tiga hari dah elok tapi 30hb baru2 ni datang balik penyakit tu..
Misteri betul.. kali ni lama sangat selesema sampai terasa nak terkeluar biji mata coz sakit sangat.. tak cukup dengan tu, sakit gigi pulak datang dalam pakej... ha... kan misteri tu.... sesekali terasa nak tumbuk je pipi bagi hilang sakit gigi nih... azabnya....
So.... ada tak yang nak selesaikan misteri ni....sakit kepala dah oiiii....
P/S: aku dah g klinik yer.. doc juz bg ubt selesema+kahak+batuk... ok.. tQ..
Rindu terlerai tatkala dah lama x taip entry kat blog ni.. Sebelum ni tersangatlah bizi dengan gunungan kerja yang tak pandai habis..
Actually aku x berapa sihat.. tak tau la apa masalahnya.. Start 20hb aritu selesema+batook.. then demam... lepas dua tiga hari dah elok tapi 30hb baru2 ni datang balik penyakit tu..
Misteri betul.. kali ni lama sangat selesema sampai terasa nak terkeluar biji mata coz sakit sangat.. tak cukup dengan tu, sakit gigi pulak datang dalam pakej... ha... kan misteri tu.... sesekali terasa nak tumbuk je pipi bagi hilang sakit gigi nih... azabnya....
So.... ada tak yang nak selesaikan misteri ni....sakit kepala dah oiiii....
P/S: aku dah g klinik yer.. doc juz bg ubt selesema+kahak+batuk... ok.. tQ..
Saturday, March 24, 2012
Selesema~
aSsalamualaikum
alhamdulillah.. akhirnya hari nie ringan plak tangan aku nak menaip entry baru..hehehe~
selama nie aku buka jer blog nie.. tapi tengok-tengok jer..
nak blogwalking pon cam malas jer.. bukan ape, mood xdatang..
tambahan pulak jiwa aku xberapa tenteram sket kebelakangan nie..
thanks kat semua yang sudi menjenguk yer ^^
actually aku nak cakap pasal selesema.. dah dua minggu kowt belum sembuh-sembuh lagi...
lama kan???
so, nak dijadikan cerita, semalam di sekolah memang aku dah takleh tahan.. kalo setakat selesema sikit-sikit maybe x heran sangat.. tapi aku nie dah tahap melarat sampai sakit kepala, tulang hidung & gigi.. risau mak aku bila aku bagitau.. ye la.. kalo setakat dipisahkan antara negeri, boleh gak mak aku g jenguk.. tapi aku dah beribu kilometer & dipisahkan oleh laut cina selatan lagi...
jadi semalam aku mintak la izin dengan guru besar (GB) untuk keluar sekolah.. nak pergi klinik masa persekolahan.. harus la mintak izin dulu~
tapi aku malu plak bila teringat balik.. nangis-nangis aku depan GB.. bukan nak minta simpati.. tapi memang time tu sakit betul.. x leh tahan dah.. time tu agaknya GB aku nie fikir aku rindu nak balik semenanjung.. dia siap pesan jangan fikir sangat la pasal umah.. walhal aku nie memang antibody lemah sket.. Siap samakan aku dengan anak dia.. katanya " anak saya yg ketiga pon memang cengeng sikit.. pendiam & cengeng orangnya".. hahah.. mentang-mentang la aku pon anak ketiga jugak.. kui3~
So.. aku pergi klinik, ramai la pulak masa tu... bila sampai je turn aku.. apa lagi, tanya terus semua yang aku nak tau sangat..
doktor tu cakap la kemungkinan kuman yang menyebabkan kepala aku sakit sangat.. punya la banyak ubat dia kasi kat aku.. makan sekali je semalam.. terus tido tak bangun-bangun... hahaha.. sedar-sedar pagi tadi, ringan dah kepala aku.. gigi pon okay dah.. betul-betul kuat ubat dia kasi.. cuma selesema aku jer yang tak baik lagi sebab aku x start makan lagi ubat selesema..
masa doktor tu terangkan pasal sakit aku, dia tunjukkan gambar nie...
terperinci jugak la dia terangkan.. memang puas hati la bila persoalan aku terjawab...
thanks yer doktor.. sakit aku pon dah kurang.. alhamdulillah..
p/s : masih terasa malu berhadapan dengan GB~ ^^
Labels:
jayhunt,
Lahad datu,
Pengalamanku,
SABAH,
ujian
Tuesday, August 9, 2011
Ramadhan | Dugaan silih berganti
Assalamualaikum..
Salam Ramadhan..
Salam kasih & sayang..
Ramadhan kali ni memang paling bersejarah dalam hidup aku & keluargaku.. Bukan sikit dugaan nih.. Memang tak tercapai dek akal kalo nak fikirkan.. Kadang ade gak terlintas dalam kepala hotak jahat aku nie..~ Dugaankah?? @ Malangkah??
tapi..
bila fikir-fikir balik, anggap je la semua nie sebagai dugaan... Ujian akan diberikan oleh ALLAH S.W.T buat hambanya yang lemah bagi menguji sejauh mana tahap keimanan & kesabaran hamba-hambanya.. Setiap hambanya akan diuji namun bentuk dan tahap ujian tersebut adalah berbeza..
Tapi apa yang berlaku pada keluarga aku ni, aku harap akan ada sesuatu yang lebih baik di sebalik ujian-ujianmu ini..
05/08/2011 : Abang aku berhajat untuk balik kampung (rumah aku) untuk berbuka bersama-sama keluarga... namun semasa dalam perjalanan, kereta (Proton Satria) yang dinaiki bersama mak sedara & cousin2 aku rosak kat highway Gurun.. so, kereta terpaksa ditinggalkan kat kawasan tol Gurun tu & mereka dijemput oleh abang aku yang kedua....
06/08/2011 : Abah aku kemalangan dalam perjalanan ke Pulau Pinang di highway Sg Petani... Kereta remuk teruk (Nissan LE), tapi Alhamdulillah, abah aku takde pape cuma terluka di bahagian dahi dan mata ( semakin bengkak )..
07/08/2011 : Abang aku yang kedua nak keluar pergi kerja.. Dah siap pakai elok2, tayar kereta (Honda Accord) dia pulak pancit sedangkan hari ni dia ada urusan penting.. tayar spare pulak takde sebab baru je bulan lepas pecah 2 biji tayar.. tak dapat buat apa2 sampai petang baru beli tayar baru...
Hari yang sama jugak, abang aku yang sulung pergi ke highway Gurun, tempat kereta ditinggalkan bersama mekanik.. tapi bila sampai sesuatu yang tak pernah diduga.. kereta takde kat tempat parkir!! dengan cemas bercampur panik abang, adik aku ngan mekanik tu sekali pergi ke Balai Polis berhampiran nak buat report.. Lepas cerita semua, baru polis tu cakap, kereta tu ade kat Balai.. actually, ada orang tarik, then tinggalkan kat Balai Polis sebab takut tu kereta yang dicuri & ditinggalkan.. Syukur Alhamdulillah.. kitorang yang ada kat umah memang cemas giler sebab kereta tu mak sedara aku pinjam yang kawan dia punya.. takut gak kalo hilang ke, pape ke.. harta orang weiii... sape nak ganti... tapi tak habis kat situ jer.. bila dah check, ternyata pam air kereta tu rosak.. bocor tahap tak hengat dah.. teruk sampai kena tukar yang baru... then, tinggalkan kat mekanik yang jugak kawan abah aku untuk repair...
08/08/2011 : Kereta yang direpair siap masa dah malam.. sebelum bagi kat abang aku, diorang test dulu.. bawak dalam 3KM je, tayar pulak pecah.. dah la malam, kedai semua tutup (ada ke kedai tayar buka malam?).. tayar spare pulak tahap berkarat & tak tau nak wat camne dah.. last2 pinjam tayar ngan sape tah... tukar.. bila tengok tayar yang pecah tu memang tahap kronik la.. pecah ngan tayar luar sekali.. teruk giler.. tapi Alhamdulillah.. mujur mekanik tu ngan adik aku test dulu sebelum bagi kat abang aku.. buatnye dia bagi terus, abang aku bawak balik, jadi ape2 tak ke haru?? dah la cousin2 aku kecik2 lagi.. ishhh.. nauzubillahimin zalik!!!..
Lepas sahur nanti abang aku akan bertolak balik ke Pulau Pinang.. dah 2 hari dia tak masuk kerja.. takut kalau2 masalah kat tempat kerja pulak.. sepupu2 aku nie dah ponteng sekolah sehari... Aku harap semua ujian ini akan berakhir dan sangat3 berharap dan berdoa agar abang aku dapat pulang dengan selamat.. semoga ALLAH melindungi perjalanan mereka nanti.. "Ya ALLAH, lindungilah seluruh ahli keluargaku dan jauhilah sesuatu musibah dari menimpa keluargaku.. Ku pohon agar di permudahkan segala urusan kami... Hanya engkau yang berhak dalam menentukan segalanya wahai Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
aminnn.. "
p/s : semoga ada rahmat di sebalik semua kejadian ini tambah2 pula sekarang bulan Ramadhan.. Jom amek berkat bulan Ramadhan dengan sama2 berdoa.. ALLAHU AKBAR!! ^_*
Subscribe to:
Posts (Atom)
