Tuesday, September 20, 2011

- Innalillahi wa inni ilaihi raji'un -

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"إنا لله وإنا إليه راجعون"
Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan sesungguhnya kepadaNya juga kita dikembalikan..”


Sudah menjadi adat bagi kita menyebut kalimah diatas ketika mendengar berita tentang kematian bukan? Namun, sedarkah kita sesungguhnya ayat ini bukan hanya perlu disebut apabila mendengar tentang kematian sahaja, namun Islam menganjurkan kita menyebut “Innalillahi wa inna ilaihi raji’un” ketika ditimpa sesuatu musibah.. 

Perkara ini telah disebut didalam surah Al-Baqarah ayat 155 & 156 iaitu

 

Maksudnya : “Dan sesungguhnya akan Kami beri kamu percubaan dengan sesuatu dari ketakutan dan kelaparan dan kekurangan dari harta­ benda dan jiwa-jiwa dan buah buahan; dan berilah khabar yang menyukakan kepada orang yang sabar. (155)

"(Iaitu) mereka yang apabila ditimpa musibah lalu berkata sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada-Nya (Allah) jugalah (tempat) kami kembali.". (156)


Cuba biasakan lidah kita menyebutnya apabila ditimpa sesuatu musibah atau ketika mendengar khabar buruk.. 

Kadang-kadang situasi sebegini sering berlaku…


Situasi 1 :-

A : Eh, tadi aku nampak satu kemalangan la…
B : Innalillahi wa inna ilaihi raji’un…
A : Ishhh kau ni… aku cakap kemalangan jer.. bukan aku cakap orang yang kemalangan tu meninggal pon.. elok jer aku tengok orang papah dia tadi..  Dia cedera ringan jer la…

Situasi 2 :-


Y : Bro, handphone aku kena kebas la….
Z : Innalillahi wa inna ilaihi raji’unnnn… Macam mana boleh kena kebas pulak?
Y : Aik.. sape meninggal pulak? Aku tengah citer pasal handphone aku hilang ni..
Z : Mana pulak orang meninggal… aku tau la kau cakap pasal phone kau tu.. that’s why aku tanya macam mana boleh kena…
Y : Dah tu, kenapa kau sebut innalillah pulak???

Ermmm… pernah kan situasi begini berlaku…. (Ni cuma cerita rekaan yer.. takde kena mengena dengan sesiapa pon).. ^^

Sebenarnya, kita boleh mengucapkan ayat ni, tak kiralah situasi apa sekalipon walaupun hanya ketika kita sedang santai tiba-tiba jer elektrik takde, jatuh tangga, kehilangan barang bahkan apabila dengar tentang gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, ribut, peperangan dan seumpama nya… confirm la memang ada orang meninggal kan kalau bencana alam…

Jadi.. bak kata professor Izi.. renung-renungkan dan selamat beramal… ^_^


P/S : Sedih sebab sim card UOX dah kena block sebab lama tak topup.. Innalillah... ~

6 comments:

Sayidah Nafisah Ruslan said...

sama juga dengan al-fatihah. ramai orang sangka untuk guna bila ada masalah. padahal kalau kita gembira pun kita kena baca al-fatihah juga..

aamalinaazman said...

betooolll
tapi x sume faham kan
huuuu
penah gak kene situai cm tu dulu
x pela
yg pntg niat kite tukan
mengucapkan atas ssesuatu musibah

Ujie Othman said...

betul3x..cuma blm biasakan guna lagi.

Rudy said...

Nak tanya..kalau kembali pd ALLAH napa masukan dlm tanah yer?

HAILMI said...

KEPADA RUDY RUDY,INGAT RUDY YG KEMBALI KEPADA ALLAH ADALAH ROH,JASAD HANCUR DIMAMAH ULAT DAN TANAH OK

jamaluddin bin ismail said...

"إنا لله وإنا إليه راجعون"
“Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan sesungguhnya kepadaNya juga kita dikembalikan..”