Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Sunday, January 22, 2017

Ibu..

Melihat sinar wajah itu..
Mengingatkanku akan sesuatu..
Kesusahan dan keperitan..
Semua pernah ditanggungnya..
Ku tak ingin dia disakiti..
Ku tak rela dia dikhianati..

Melihat susuk tubuh itu..
Membuatku bahagia..
Tanpanya aku berduka..
Kerananya membawa gembira..

Mendengar suara itu..
Menenangkan jiwa..
Mengubat sengsara.. 
Tawanya membawa ceria..

Tuhanku... 
Lindungilah dia...
Tenangkanlah hatinya..
Bahagiakan lah dirinya...
Rahmatilah kehidupannya..
Limpahkanlah rezeki buatnya..
Permudahkanlah setiap urusannya..
Sembuhkanlah segala derita penyakitnya...
Kurniakan kesihatan yang terbaik untuknya..

Kerana dialah Ibuku..
Yang sentiasa ada disampingku...
Yang sentiasa mendengar ceritaku..
Yang sentiasa memujukku..
Yang sentiasa merawatku..
Yang sentiasa memenuhi kehendakku..
Yang sentiasa bersusah untukku..
Yang sentiasa memberikan yang terbaik untukku..
Yang sentiasa membahagiakan diriku..
Yang sentiasa menjadi pelindung buatku..

Terima Kasih Ya Allah..
Atas kurniaanmu yang terbaik untukku... 
Ibuku...

Monday, October 3, 2016

Pelangiku

Bismillahirrahmanirrahim..


Indah..
Saat kita bersama.. 
Saling bertukar rasa..
Berkongsi suka dan duka..
Gelak tawa sedih dan hiba..
Kau ada tepat pada ketika..

Dunia terasa indah..
Pagi sentiasa cerah..
Hujan badai tidak diendah..
Hadirmu menghilangkan resah..

Kusangka kasihmu berpanjangan..
Kau menghilang tanpa kesan..
Ketiadaanmu membuatku rawan..
Meneruskan hari tanpa teman..

Dirimu seakan pelangi..
Muncul tanpa dinanti..
Kau pergi tanpa permisi..
Membuatku patah hati..

Aku bangun..
Menghadapi realiti..
Meninggalkan mimpi..
Membina diri..
Menguatkan hati..

Pesan pada diri..
Simpan memori..
Teruskan mencari..
Kasih abadi..
Percaya pada ilahi..

Sunday, February 24, 2013

Masalah

Assalamualaikum...


MASALAH...

siapa yang tiada masalah??

siapa yang suka masalah??


setiap orang mesti mempunyai masalah sama ada datang dari diri sendiri, orang lain ataupun persekitaran mereka... 

walau bagaimanapun, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya...

semestinya kita perlu


sentiasa berusaha * sentiasa berdoa * sentiasa percaya





p/s: semoga dipermudahkan segalanya

Thursday, January 24, 2013

INSYAALLAH

Assalamualaikum....


 Selamat menyambut Maulidul Rasul kepada seluruh umat Islam di dunia ni...

Minggu ni adalah minggu pertama praktikum kami, pelajar KPLI j-QAF Jan 2012 berjalan. Sepanjang minggu ni tidak banyak yang aku dapat buat kerana hari ini merupakan cuti sekolah sempena maulidul rasul manakala esok pula cuti peristiwa yang diambil oleh pihak sekolah. jadi jurnal aku minggu ni kurang sikit la...

aku sebenarnya buntu...

penyeliaan nanti akan dibuat oleh pensyarah a.k.a mentor kelas sendiri..

takut juga kalo expectation yang diletakkan terlalu tinggi... cuma sekarang ni, berusaha dan bertawakal je la.. semoga semuanya berjalan lancar..

I'm the chosen one!!

semoga kejayaan menjadi milikku... amin....

Saturday, December 8, 2012

kuSut

Assalamualaikum....


terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran...

satu persatu...

semakin lama semakin bertambah....

ujian...

dugaan...

silih berganti....

jauh di sudut hati....

hanya ingin mengikut kata hati....

dan naluri....

namun akhirnya....

sekadar menanti....

apakah kesudahan....

dimanakah pengakhiran....

Kau sahaja yang MAHA MENGETAHUI...

permudahkanlah...

amiinn..

Thursday, March 1, 2012

BUKAN MUDAH

Assalamualaikum...

aku tahu.. 
bukan mudah untuk hidup di tempat asing..

aku tahu..
bukan mudah untuk menerima sesuatu yang baru..

aku tahu..
bukan mudah untuk menyenangkan hati semua orang..

aku tahu..
bukan mudah menerima hakikat...

namun...
itulah realiti kehidupan..
akan aku cuba untuk menyesuaikan diri..
akan aku cuba untuk menerima..
akan aku cuba menggembirakan setiap orang..
akan aku cuba menerima kenyataan ini..

biarpun tidak diendahkan..
biarpun dicemuh..
biarpun aku harus menangis..

tetapi..
harus aku ingat..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
DIA tidak akan menjadikan sesuatu tanpa sebab..
aku bersyukur..
aku masih mampu meneruskan semua ini..

Tuhan...
aku pohon..
kurniakan aku tingkat kesabaran yang tinggi untuk menanggung semua ini..
lapangkan hatiku dalam menerima semua perkara..
permudahkanlah segala urusanku..
berikan kekuatan padaku YA RABB..
hanya engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani...
amin
''=_=''

Thursday, February 23, 2012

Rabbi yassir wala tu'assir..



Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah.. permudahkanlah segala urusanku.. dan jangan kau susahkan...

Aku mohon petunjuk darimu Ya Allah..

Seandainya ini yang terbaik untukku.. aku redha...

Namun.. seandainya tidak...

Kau bantulah hambamu ini  Ya Rabb..

Bantulah kami meleraikan kekusutan ini Ya Allah..

Berilah khabar gembira kepada kami...

Sesungguhnya kau Maha Melihat lagi Maha Mengetahui..

Amin ya rabbal alamin...



p/s : mengharapkan keajaiban kuasa illahi...

Thursday, October 6, 2011

terlalu pantas...

Assalamualaikum...


Semuanya berlaku begitu pantas...

Terlalu penat... 

Namun harus tetap mencuba..

Semoga ini yang terbaik untukku..

Permudahkan urusanku Ya Illahi... 

~Amin~





p/s : sangat sibuk lately nie.. x dapat nak BW~

Tuesday, September 20, 2011

- Innalillahi wa inni ilaihi raji'un -

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"إنا لله وإنا إليه راجعون"
Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan sesungguhnya kepadaNya juga kita dikembalikan..”


Sudah menjadi adat bagi kita menyebut kalimah diatas ketika mendengar berita tentang kematian bukan? Namun, sedarkah kita sesungguhnya ayat ini bukan hanya perlu disebut apabila mendengar tentang kematian sahaja, namun Islam menganjurkan kita menyebut “Innalillahi wa inna ilaihi raji’un” ketika ditimpa sesuatu musibah.. 

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan | Dugaan silih berganti

Assalamualaikum.. 
Salam Ramadhan..
Salam kasih & sayang..

Ramadhan kali ni memang paling bersejarah dalam hidup aku & keluargaku.. Bukan sikit dugaan nih.. Memang tak tercapai dek akal kalo nak fikirkan.. Kadang ade gak terlintas dalam kepala hotak jahat aku nie..~ Dugaankah?? @ Malangkah??

tapi..

bila fikir-fikir balik, anggap je la semua nie sebagai dugaan... Ujian akan diberikan oleh ALLAH S.W.T buat hambanya yang lemah bagi menguji sejauh mana tahap keimanan & kesabaran hamba-hambanya.. Setiap hambanya akan diuji namun bentuk dan tahap ujian tersebut adalah berbeza.. 
Tapi apa yang berlaku pada keluarga aku ni, aku harap akan ada sesuatu yang lebih baik di sebalik ujian-ujianmu ini.. 

05/08/2011 :  Abang aku berhajat untuk balik kampung (rumah aku) untuk berbuka bersama-sama keluarga... namun semasa dalam perjalanan, kereta (Proton Satria) yang dinaiki bersama mak sedara & cousin2 aku rosak kat highway Gurun.. so, kereta terpaksa ditinggalkan kat kawasan tol Gurun tu & mereka dijemput oleh abang aku yang kedua....

06/08/2011 : Abah aku kemalangan dalam perjalanan ke Pulau Pinang di highway Sg Petani... Kereta remuk teruk (Nissan LE), tapi Alhamdulillah, abah aku takde pape cuma terluka di bahagian dahi dan mata ( semakin bengkak )..

07/08/2011 : Abang aku yang kedua nak keluar pergi kerja.. Dah siap pakai elok2, tayar kereta (Honda Accord) dia pulak pancit sedangkan hari ni dia ada urusan penting.. tayar spare pulak takde sebab baru je bulan lepas pecah 2 biji tayar..  tak dapat buat apa2 sampai petang baru beli tayar baru...
Hari yang sama jugak, abang aku yang sulung pergi ke highway Gurun, tempat kereta ditinggalkan bersama mekanik.. tapi bila sampai sesuatu yang tak pernah diduga.. kereta takde kat tempat parkir!! dengan cemas bercampur panik abang, adik aku ngan mekanik tu sekali pergi ke Balai Polis berhampiran nak buat report.. Lepas cerita semua, baru polis tu cakap, kereta tu ade kat Balai.. actually, ada orang tarik, then tinggalkan kat Balai Polis sebab takut tu kereta yang dicuri & ditinggalkan.. Syukur Alhamdulillah.. kitorang yang ada kat umah memang cemas giler sebab kereta tu mak sedara aku pinjam yang kawan dia punya.. takut gak kalo hilang ke, pape ke.. harta orang weiii... sape nak ganti... tapi tak habis kat situ jer.. bila dah check, ternyata pam air kereta tu rosak.. bocor tahap tak hengat dah.. teruk sampai kena tukar yang baru... then, tinggalkan kat mekanik yang jugak kawan abah aku untuk repair... 

08/08/2011 : Kereta yang direpair siap masa dah malam.. sebelum bagi kat abang aku, diorang test dulu.. bawak dalam 3KM je, tayar pulak pecah.. dah la malam, kedai semua tutup (ada ke kedai tayar buka malam?).. tayar spare pulak tahap berkarat & tak tau nak wat camne dah.. last2 pinjam tayar ngan sape tah... tukar.. bila tengok tayar yang pecah tu memang tahap kronik la.. pecah ngan tayar luar sekali.. teruk giler.. tapi Alhamdulillah.. mujur mekanik tu ngan adik aku test dulu sebelum bagi kat abang aku.. buatnye dia bagi terus, abang aku bawak balik, jadi ape2 tak ke haru?? dah la cousin2 aku kecik2 lagi.. ishhh.. nauzubillahimin zalik!!!..

Lepas sahur nanti abang aku akan bertolak balik ke Pulau Pinang.. dah 2 hari dia tak masuk kerja.. takut kalau2 masalah kat tempat kerja pulak.. sepupu2 aku nie dah ponteng sekolah sehari... Aku harap semua ujian ini akan berakhir dan sangat3 berharap dan berdoa agar abang aku dapat pulang dengan selamat.. semoga ALLAH melindungi perjalanan mereka nanti.. "Ya ALLAH, lindungilah seluruh ahli keluargaku dan jauhilah sesuatu musibah dari menimpa keluargaku.. Ku pohon agar di permudahkan segala urusan kami... Hanya engkau yang berhak dalam menentukan segalanya wahai Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
aminnn.. "

p/s : semoga ada rahmat di sebalik semua kejadian ini tambah2 pula sekarang bulan Ramadhan.. Jom amek berkat bulan Ramadhan dengan sama2 berdoa.. ALLAHU AKBAR!! ^_*

Monday, July 25, 2011

# entry tengah malam #


kenapa dengan aku ni????

aku semakin tak faham dengan diri sendiri...

kenapa aku sering mengingati sedangkan seharusnya aku belajar melupakan.. 

aku langsung tak dapat nak lupakan sepenuhnya.. 

walau macam mana kuat aku cuba lupakan.. 

ada je sesuatu yang berkaitan dengannya muncul tiba-tiba..

jika bukan di alam realiti.. pastinya di dalam mimpi

aduh...

Ya Tuhan... Berikanlah petunjukmu padaku............

seandainya dia bukan untukku, bantulah aku mengusir rasa ini.. 
namun.. 
andai dirinya ditakdirkan untukku..
peliharalah hati kami.. 
aminnn....


p/s : tak dapat tido.. jiwa kacau.. =P

Monday, May 9, 2011

Bacaan Doa Sebelum Tidur..

Salam..
Dah nak tidur ke adik2, kakak2, abang2??
dah baca doa tidur belum??
sape yang memang selalu baca doa sebelum tidur sila angkat kening??
hah?? ziana zain?? oh.. itu kes lain..hehe..

ok, nie doa yang paling ringkas sebelum tidur.. 
kalo x engat yang panjang2, baca nie je... insyAllah, tidur kita pon akan jadi salah satu ibadah..

بِاسْمِكَ اللّهُمَّ أَحْيَا وَأَمُوتُ
Maksudnya : Dengan namaMu ya Allah, aku hidup dan aku mati..
  kalo boleh, cuba amalkan mengucap dua kalimah syahadah juga sebelum kita tidur di samping membaca 4 QuL, Alfatihah dan juga ayat kursi..
semua ayat2 suci ini akan menjaga kita semasa kita tidur dan tujuan mengucap dua kalimah syahadah sebelum tidur adalah bagi memastikan seandainya ditakdirkan ajal datang menjemput ketika kita sedang tidur, sekurang-kurangnya kita mati dalam keadaan Islam dan Iman.. InsyaAllah.. 
 Sekadar renungan sebelum tidur.. =)