Showing posts with label penang. Show all posts
Showing posts with label penang. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Kerana Mulut Badan Binasa...

Assalamualaikum...

Semalam aku dgn family aku pergi satu majlis wedding kat permatang nibong, pulau pinang..

nak dijadikan cerita, abah aku ada hal pagi tu.. then tunggu adik balik skolah dulu baru pegi...


disebabkan jarak agak jauh dari Alor Setar ke Pulau Pinang, petang jugak la kitorang sampai... penat takyah citer ar tambah pulak yg kena drive tu aku.. slalu aku dok belakang, tidow jer.. tau-tau dah sampai.. abah aku dah pencen jadi driver sekarang ni kalau kena g jejauh..

bila dah sampai jer kat umah kenduri, tetamu-tetamu pon dah balik.. so, kitorang jer la dengan sedara mara tuan umah tu.. ekceli, tuan rumah tu kawan abah aku... masa kitorang sampai tuan rumah (si suami) tu suruh masuk dulu.. okey jer.. aku pon masuk jer la dengan mak aku memandangkan kitorang nie perempuan.. abah & adik aku dengan sorang kawan dia dok luar umah.. dekat meja makan.. ramai jugak lelaki kat luar tu.. 


bila dah masuk jer dalam rumah, ada sedara mara tuan rumah tu kat ruang tamu tengah berborak.. disebabkan first time pergi umah orang tu, duduk terus la kat depan tu sementara tunggu tuan rumah (si isteri) datang.. takkan la pertama kali g umah orang nak serbu ke dapur terus cari tuan rumah kan.. beradab la sikit..heheheh~

agak lama jugak la kitorang duduk kat situ.. takde sorang pon datang tegur.. dah aku rasa cam nak bangun dan blah jer... yang sedara-mara tuan rumah tu pulak sekadar pandang jer masa kitorang masuk rumah tu.. takde inisiatif langsung nak pergi bagitau tuan rumah yang ada tetamu datang even yang dok borak2 kat situ anak tuan rumah sendiri.. haishhh... hangin kejap~


bila dah tuan rumah tu datang, tegur-tegur la berbasa-basi.. dah lama ker datang.. dah makan belum...and so on la..

bila jawab belum makan lagi, tau ape yg dia cakap, "p la tengok makanan kat luar tu.. ada apa.. ada lauk lagi ka takda ntah.. dengar budak2 cakap nasi banyak, tapi lauk habis.. p la tengok.. ada la kot kerak-kerak nasi tu.. boleh la.. p la makan apa yang ada.. laksa pon tak tau la ada lagi ka takda.. mai la keluar makan.. mai la.."

erkkk!!! apa perasaan korang bila penat-penat datang dari jauh, dengan laparnyer.. dengar pulak ayat cam yang diatas nih??? huiiii... berdesing jugak telinga aku.. sian mak aku.. datang lapar-lapar dengar pulak camni.. mujur aku dah bedal nasi sikit sebelum keluar.. makan dalam piring jer..haha.. 

time tu jugak aku rasa cam nak ajak mak aku balik.. padahal sebelum datang mak aku dah bising-bising kat abah aku pasal pergi lewat.. aku siap cakap lagi.. takpe la.. kita tunjuk muka jugak.. jauh2 orang datang jemput, takkan tak pergi langsung... lagipun abah aku ada keje..

hurmmm... sangat-sangat hairan masa tu.. tak fikir ker, kalau cakap camtu akan mengguris hati orang.. terasa cam tak diraikan jer kita datang jejauh nie.. kalau nak gurau pon, guna la ayat yang sedap sikit.. tapi ni memang serius.. tak gurau-gurau punya la.. 

teringat pulak mak aku punya perangai... kalau ada orang datang jer umah tak kisah la kenduri ker, raya ker.. mak aku akan keluarkan jugak apa yang ada walaupon dia sendiri belum makan..kalau takde langsung, dia cari jugak apa yang boleh dimasak, dia masak masa tu jugak.. dia tak kisah janji tetamu rasa happy.. besar ganjarannya bila tetamu rasa seronok selepas berkunjung ke rumah kita...

bila dah abis makan, nak balik.. bersalam la dulu dengan tuan rumah... masa tu mak aku hulur la sedikit  duit sumbangan.. lepas je salam dan nak keluar rumah tu, tau ape lak ayat yang keluar?? 

"makan apa la tadi... ada lauk ke tak makan tu.. kenyang ke tak makan"

aikk.. pulak.. tadi kemain lagi.. lepas hulur duit jer ayat sudah tukar ka??


aku dah rasa serik nak g kenduri kat rumah tu dah... kalau jadi camni salah siapa??

Nasihat buat semua.. Fikir Dulu Sebelum Cakap!!!


Thursday, September 15, 2011

# Nasi Hujan Panas #

Assalamualaikum...

letih pon tak hilang lagi ni.. drive pegi & balik dari alor setar - pulau pinang... lepas tu amek adik kat jetty kuala kedah pulak..macam la jauh sangat kan.. heee~ tapi aku peduli hape..janji aku penat!! huh!! 

tapi yang tak tahannyer.. masa sampai simpang nak masuk kampung aku, ada satu budak nie jatuh motor.. aduhh.. nasib dia memang baik lar.. umur dia panjang... dia jatuh belakang kereta.. betul2 kat simpang.. kalau lah dia terrrrr jatuh kat tengah sket ker.. dia tak sempat break ker... memang aku tak dapat nak bayang la... memang masa dia lalu sebelah aku pon dah perasan lajunyer budak ni bawak!! Alhamdulillah.. mungkin motor dia ada calar / rosak sikit.. tapi dia selamat~


okeh.. berbalik pada tajuk!!

tadi ada singgah kat umah atok sedara aku kat Keladi @ Kulim, Kedah...

pastu ada pulak beras basmati yang anak dia beli kononnyer nak masak masa raya aritu.. tapi tak sempat... jadi... jeng3.. bermulalah agenda.. heheh.. Memandangkan niat asal beli beras tu nak buat Nasi Hujan Panas, so, mak aku la tukang memasaknya tadi.. (bukan aku okey) =P

lauk pulak atok sedara aku beli jer.. tak sempat nak masak macam2 sebab plannyer nak balik tengahari... tapi terlajak pulak.. lepak sampai petang... heheh~ =D
gambar masa air baru kering.. dalam periuk lagi~ =))

ni pulak baru je lepas tambah kaler hijau.. tukang pegi beli lambat balik..=P

okeh.. aku dapat tunjuk gambo nasi yang dalam periuk jer.. sebabnyer... masa hidang, lupe nak amek gamabr...hahaha.. dah lapar sangat memasing agaknyer... hik3... masa rehat2 smbil borak2 lepas makan je baru aku ingat..hehehe~ jangan marah!!! ;)

p/s : ari ni perut meragam jer dari pagi.. dapat nasi ni terus sihat...hahaha.. tp malam buat hal balik.. keh3

Sunday, September 11, 2011

AUTOCITY | Shop-in d' park

Assalamualaikum...

Selalu dengar orang citer pasal i-City jer kan???

Meh aku nak story pasal autocity plak yer...^^

Autocity ni terletak di Juru.. so,  sesapa yang tinggal kat area seberang prai, pulau pinang mesti tau tempat nie..

okeh.. apa yang ada kat Autocity nie???

ianya merupakan one stop centre bagi pelbagai aktiviti seperti hiburan, perniagaan, makanan, kereta dan sebagainya.. senang cakap, kat autocity ni, macam2 ada.. ^_^

kat sekitar kawasan autocity ni jugak ada pelbagai restoran makanan antaranya ialah KFC, McDonald's, Nando's , Nasi Kandar Pelita, Pizza Hut's, Secret Recipe, Starbucks , Subway dan banyak lagi la... sapa yang teringin nak makan kat fast food restaurant dan tak tau nak pilih yang mana memang boleh datang sini.. korang boleh pusing2 sampai betul2 lapar, then stop je kat mana yang sempat.. haha.. senang kan~

part yang paling best!!!
kat sini jugak ada shop in the park tau.. so, bagi sesiapa yang teringin nak shopping dengan suasana dalam taman... ha.. sini la tempatnyer... memang banyak kedai.. antara barangan yang dijual termasuklah hand bag, dress (lelaki & wanita termasuk sekecil2 pakaian (",) , shoes, home accessories, aksesori wanita, dan banyak lagi laa..


jom tengok gambar yang sempat di snap! :)


Pintu gerbang

gajah (front view)

side view


zirafah


dinosour (spesies takkan pupus)


sebahagian kedai yang ada~


parking

gerbang (side view)
with my mum (gambo blur~)

view from parking lot

dah puas tengok gambar?? heheh.. pergi sendiri la baru beshh!!

p/s : sory gambar tak clear.. pakai enset cap ayam jer..hik3..=P