Sunday, January 22, 2017

Ibu..

Melihat sinar wajah itu..
Mengingatkanku akan sesuatu..
Kesusahan dan keperitan..
Semua pernah ditanggungnya..
Ku tak ingin dia disakiti..
Ku tak rela dia dikhianati..

Melihat susuk tubuh itu..
Membuatku bahagia..
Tanpanya aku berduka..
Kerananya membawa gembira..

Mendengar suara itu..
Menenangkan jiwa..
Mengubat sengsara.. 
Tawanya membawa ceria..

Tuhanku... 
Lindungilah dia...
Tenangkanlah hatinya..
Bahagiakan lah dirinya...
Rahmatilah kehidupannya..
Limpahkanlah rezeki buatnya..
Permudahkanlah setiap urusannya..
Sembuhkanlah segala derita penyakitnya...
Kurniakan kesihatan yang terbaik untuknya..

Kerana dialah Ibuku..
Yang sentiasa ada disampingku...
Yang sentiasa mendengar ceritaku..
Yang sentiasa memujukku..
Yang sentiasa merawatku..
Yang sentiasa memenuhi kehendakku..
Yang sentiasa bersusah untukku..
Yang sentiasa memberikan yang terbaik untukku..
Yang sentiasa membahagiakan diriku..
Yang sentiasa menjadi pelindung buatku..

Terima Kasih Ya Allah..
Atas kurniaanmu yang terbaik untukku... 
Ibuku...

No comments: