Sunday, September 25, 2011

Jom kenali tumbuhan ^_^

Assalamualaikum...

Anda kenal apa itu tumbuh-tumbuhan?? yeah.. pokok buah ke, sayur ke rumput pon tumbuhan jugak..ekeke~

jom tengok pokok apa yang ada di sekeliling rumah aku ni serta sedikit penggunaannya.. maklum la... dok kampung.. kalo takde pokok tu tak kampung la  namanya~ heheh..

1 - Pokok anggur...

buahnya kecil jer.. belum matang & tukar warna lagi..


yang ni pulak yg dah bertukar warna.. baru sebiji je.. tp still kecik.. tak letak baja kot..heheh

ni lagi segugus.. ada dua gugus je kt pokok ni.. setiap satu gugus tu ade la dalam 8-9 biji..

2 . Pokok limau kasturi..





aku nampak sebiji jer buah limau kasturi ni.. tak sempat intai lak kot2 ada lagi kat celah2 daun..hehe.. buahnya agak harum dan sedap dibuat air @ diperah dalam makanan..


3.  Pokok Labu





buah labu nie ada 3 biji yg dah berbuah.. satu dah petik beberapa ari lepas..bagi kat jiran.. then semalam petik lagi sebiji.. tinggal satu jer lah.. ni pon xde la besar sangat.. macam biasa.. tidak dibaja.. hahaha~
buahnya digunakan dalam masakan @ dibuat manisan..


4. Pokok Nangka Madu


pokok nie xde buah lagi.. nampak pokok kelapa jer lebey..hehe.. sedap dimakan begitu sahaja..


5. Pokok Kari



 Pokok karapule @ daun kari ... digunakan dalam pelbagai masakan antaranya masakan berempah seperti gulai @ kari ayam/ikan/daging.. masak kicap pon boleh..   kuih masalode..dan banyak lagi..


6. Pokok Ceri


pokok ceri~ tak dapat nak amek gambar buahnya.. dah semakin tinggi pulak pokok nie.. fungsinya aku xsure tapi yang aku tau buahnya aku suka makan masa kecik2 dulu... =)


7. Pokok Pisang



banyak kegunaan pokok pisang sebenarnya.. buahnya boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat cekodok,  gulai pisang, kerepek pisang, pengat pisang, kek pisang..  jantung pisang boleh dibuat ulam, dan kerabu.. daunnya digunakan untuk membungkuskan nasi lemak, membalut pengat @ lepat pisang.. batangnya jugak boleh digunakan.. yang bahagian dalam @ umbutnya boleh dimasak gulai.. tapi aku tak penah makan dan belum pernah buat...

9. Pokok Kelapa


Pokok kelapa pon banyak kegunaannya jugak.. air kelapa boleh diminum & isinya dimakan atau dibuat lempeng @ orang sini cakap 'peknga' .. buah kelapa juga menghasilkan santan yang merupakan bahan asas dalam masakan melayu.. selain itu, kelapa juga dijadikan kerisik & minyak.. daun kelapa yang muda digunakan untuk membuat ketupat dan lidinya digunakan untuk membuat penyapu lidi~


10. Pokok Betik

 pokok kat belakang rumah..


pokok kat depan umah..
kegunaan pokok betik ni banyak jugak.. buahnya boleh dimakan, dibuat jus, som tam, kerabu, jeruk dan macam2 lagi.. bunga betik pula boleh dibuat kerabu sementara getahnya juga ada kegunaannya dalam perubatan.. tapi aku tak pasti la camne gunanya & untuk penyakit apa.. 


11. Pokok Ubi kayu


ubi kayu boleh dimakan samaada direbus atau dijadikan kerepek.. pucuknya direbus dibuat ulam @ masak lemak.. 

12. Pokok Pandan


daun pandan juga antara tumbuhan pelbagai guna dalam masyarakat kita.. boleh digunakan dalam masakan dan banyak digunakan sebagai ramuan untuk membuat kuih muih antaranya seri muka dan kuih cara...


13. Pokok Ulam Raja




Nama pon ulam raja, mesti la buat ulam kan... rasanya sedap & ada sedikit bau yang wangi..


14. Pokok Selasih


daun selasih nie dibuat ulam.. bukan biji selasih yang orang letak dalam air sirap tu yer.. rasanya aku tak pasti sebab aku x makan.. haha.. pebret mak aku nih.. *_^

15. Pokok Serai


ada tak sape yang tak kenal pokok serai?? meh aku ketuk kepala ngan remote tv nie.. hihi.. jangan pulak bila jumpa lalang cakap serai.. okeh.. serai ni sangat glamour dalam masakan melayu & thailand.. nak masak tomyam, masak lemak, asam pedas, rendang, buat kuah satay pon guna serai.. 

16. Pokok cili




cili atau istilah yang digunakan di utara lebih-lebih lagi kat kampung aku nie sebagai cabai.. cabai ni pon ada banyak jenis.. cabai hidup, cabai melaka, cabai burung, cabai kampung, cabai kering... yang paling pedas kalau tak silap aku cabai burung & cabai kampung la.. memang pedas piauu la.. digunakan dalam masakan dan merupakan bahan utama dalam membuat sambal belacan.... kat sekitar rumah aku memang pokok cili paling banyak.. mak aku suka tanam sebab family aku memang 'hantu pedas'.. heheh~


17. Pokok Geti



aku tak tau sangat pasal pokok nie.. tapi mak aku cakap pucuknya boleh dibuat masak lemak.. rasanya, ada sedikit pahit...
18. Pokok Buah Naga / Dragon Fruit





Pokok buah naga @ dragon fruit.. Rasanya manis.. tapi aku tak makan..heheh~

19. Pokok Mangga


pokok mangga pon banyak gak kat sekitar kampung aku.. sedap dimakan cicah dengan kuah rojak atau makan mangga masak.. yummy3...


p/s : tak habis lagi pokok2 yang ada kat sekitar umah aku nie.. kalo letak semua mau berjela2 jadinyer... cukup la banyak ni yer.. ^^

9 comments:

Sha said...

dragon fruit besttt tau:)

nih yg isinye merah o putih?

kiEyn kiNah said...

bnyak pokok kat umah ang ni.....bak mai cikit buah nya......

jehanfrhin said...

@ Sha : best eh?? hehe.. isinya warna merah..

@ kinah : mai ar sini...hahahah

Niena Muhammad said...

sonoknye dok ktumah.. :)
mcm2 pokok ada yeee :)

erk.. buah anggur tu tanam kt tepi rumah ke?snang hidup x?

jehanfrhin said...

@ niena : yup.. tepi umah.. beli anak pokok ni masa ada ekspo.. pastu alihkan ke tanah jer.. maybe tanah sini keras & tak letak baja, buahnya kecil la pulak..hehe

Unknown said...

tak payah susah2 pi pasar beli sayur..
untung sapa dok kampung...

Unknown said...

huhu..tanam sendiri lagi bagus

jehanfrhin said...

@ diana : memang untung kalo dok kampung.. lagi untung orang yg berbudi pada tanah =)

@ apik : tau takpe.. kalo terdesak sangat boleh g amek je ape yang ada..hihi..

hamiyazz said...

wau bestnya rmh kau jihan...nnt nk p la...