Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan | Dugaan silih berganti

Assalamualaikum.. 
Salam Ramadhan..
Salam kasih & sayang..

Ramadhan kali ni memang paling bersejarah dalam hidup aku & keluargaku.. Bukan sikit dugaan nih.. Memang tak tercapai dek akal kalo nak fikirkan.. Kadang ade gak terlintas dalam kepala hotak jahat aku nie..~ Dugaankah?? @ Malangkah??

tapi..

bila fikir-fikir balik, anggap je la semua nie sebagai dugaan... Ujian akan diberikan oleh ALLAH S.W.T buat hambanya yang lemah bagi menguji sejauh mana tahap keimanan & kesabaran hamba-hambanya.. Setiap hambanya akan diuji namun bentuk dan tahap ujian tersebut adalah berbeza.. 
Tapi apa yang berlaku pada keluarga aku ni, aku harap akan ada sesuatu yang lebih baik di sebalik ujian-ujianmu ini.. 

05/08/2011 :  Abang aku berhajat untuk balik kampung (rumah aku) untuk berbuka bersama-sama keluarga... namun semasa dalam perjalanan, kereta (Proton Satria) yang dinaiki bersama mak sedara & cousin2 aku rosak kat highway Gurun.. so, kereta terpaksa ditinggalkan kat kawasan tol Gurun tu & mereka dijemput oleh abang aku yang kedua....

06/08/2011 : Abah aku kemalangan dalam perjalanan ke Pulau Pinang di highway Sg Petani... Kereta remuk teruk (Nissan LE), tapi Alhamdulillah, abah aku takde pape cuma terluka di bahagian dahi dan mata ( semakin bengkak )..

07/08/2011 : Abang aku yang kedua nak keluar pergi kerja.. Dah siap pakai elok2, tayar kereta (Honda Accord) dia pulak pancit sedangkan hari ni dia ada urusan penting.. tayar spare pulak takde sebab baru je bulan lepas pecah 2 biji tayar..  tak dapat buat apa2 sampai petang baru beli tayar baru...
Hari yang sama jugak, abang aku yang sulung pergi ke highway Gurun, tempat kereta ditinggalkan bersama mekanik.. tapi bila sampai sesuatu yang tak pernah diduga.. kereta takde kat tempat parkir!! dengan cemas bercampur panik abang, adik aku ngan mekanik tu sekali pergi ke Balai Polis berhampiran nak buat report.. Lepas cerita semua, baru polis tu cakap, kereta tu ade kat Balai.. actually, ada orang tarik, then tinggalkan kat Balai Polis sebab takut tu kereta yang dicuri & ditinggalkan.. Syukur Alhamdulillah.. kitorang yang ada kat umah memang cemas giler sebab kereta tu mak sedara aku pinjam yang kawan dia punya.. takut gak kalo hilang ke, pape ke.. harta orang weiii... sape nak ganti... tapi tak habis kat situ jer.. bila dah check, ternyata pam air kereta tu rosak.. bocor tahap tak hengat dah.. teruk sampai kena tukar yang baru... then, tinggalkan kat mekanik yang jugak kawan abah aku untuk repair... 

08/08/2011 : Kereta yang direpair siap masa dah malam.. sebelum bagi kat abang aku, diorang test dulu.. bawak dalam 3KM je, tayar pulak pecah.. dah la malam, kedai semua tutup (ada ke kedai tayar buka malam?).. tayar spare pulak tahap berkarat & tak tau nak wat camne dah.. last2 pinjam tayar ngan sape tah... tukar.. bila tengok tayar yang pecah tu memang tahap kronik la.. pecah ngan tayar luar sekali.. teruk giler.. tapi Alhamdulillah.. mujur mekanik tu ngan adik aku test dulu sebelum bagi kat abang aku.. buatnye dia bagi terus, abang aku bawak balik, jadi ape2 tak ke haru?? dah la cousin2 aku kecik2 lagi.. ishhh.. nauzubillahimin zalik!!!..

Lepas sahur nanti abang aku akan bertolak balik ke Pulau Pinang.. dah 2 hari dia tak masuk kerja.. takut kalau2 masalah kat tempat kerja pulak.. sepupu2 aku nie dah ponteng sekolah sehari... Aku harap semua ujian ini akan berakhir dan sangat3 berharap dan berdoa agar abang aku dapat pulang dengan selamat.. semoga ALLAH melindungi perjalanan mereka nanti.. "Ya ALLAH, lindungilah seluruh ahli keluargaku dan jauhilah sesuatu musibah dari menimpa keluargaku.. Ku pohon agar di permudahkan segala urusan kami... Hanya engkau yang berhak dalam menentukan segalanya wahai Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
aminnn.. "

p/s : semoga ada rahmat di sebalik semua kejadian ini tambah2 pula sekarang bulan Ramadhan.. Jom amek berkat bulan Ramadhan dengan sama2 berdoa.. ALLAHU AKBAR!! ^_*

2 comments:

kiEyn kiNah said...

bawak2 la bnyk b'sabo ye...huhu

Niena Pengembara Ilahi said...

:D selamat mnjalani ibadah puasa :)