Showing posts with label luahanku. Show all posts
Showing posts with label luahanku. Show all posts

Sunday, January 22, 2017

Ibu..

Melihat sinar wajah itu..
Mengingatkanku akan sesuatu..
Kesusahan dan keperitan..
Semua pernah ditanggungnya..
Ku tak ingin dia disakiti..
Ku tak rela dia dikhianati..

Melihat susuk tubuh itu..
Membuatku bahagia..
Tanpanya aku berduka..
Kerananya membawa gembira..

Mendengar suara itu..
Menenangkan jiwa..
Mengubat sengsara.. 
Tawanya membawa ceria..

Tuhanku... 
Lindungilah dia...
Tenangkanlah hatinya..
Bahagiakan lah dirinya...
Rahmatilah kehidupannya..
Limpahkanlah rezeki buatnya..
Permudahkanlah setiap urusannya..
Sembuhkanlah segala derita penyakitnya...
Kurniakan kesihatan yang terbaik untuknya..

Kerana dialah Ibuku..
Yang sentiasa ada disampingku...
Yang sentiasa mendengar ceritaku..
Yang sentiasa memujukku..
Yang sentiasa merawatku..
Yang sentiasa memenuhi kehendakku..
Yang sentiasa bersusah untukku..
Yang sentiasa memberikan yang terbaik untukku..
Yang sentiasa membahagiakan diriku..
Yang sentiasa menjadi pelindung buatku..

Terima Kasih Ya Allah..
Atas kurniaanmu yang terbaik untukku... 
Ibuku...

Saturday, October 31, 2015

R.A.S.A

Bismillahirrahmanirrahim...



Dengan hanya satu rasa..
Hubungan yang kukuh terbina berkecai..
Persahabatan yang tercipta sekian lama terlerai..
Hati yang dijaga selama ini berderai..

Rasa itu..
Tidak salah..
Seandainya seiring dengan cara..
Tiada tingkah..
Namun bertuah..

Dengan rasa itu..
Aku kau jauhkan..
Mereka kau nafikan..
Semua kau tinggalkan..

Tanpa rasa itu..
Kita gembira..
Sama bahagia..
Tiada sengketa..

Pengakhiran rasa itu..
Mungkin bahagia..
Adakalanya kecewa..
Tidak mustahil derita..

Semoga rasa itu dihargai..
Memberimu seribu erti..
Tanpa kesal dihati..
Seandanya kami melangkah pergi...


#CINTA







Saturday, September 5, 2015

T.O.P.E.N.G

Bismillahirrahmanirrahim...



Kau Sahabat..
Kau jugalah Teman..

Sentiasa disisi saat aku jatuh dan bangun..
Selalu menemani diwaktu aku sendiri...
Aku sangat menghormati..
Aku terlalu mengagumi..
Aku juga mempercayai..

Namun sebagai manusia..

Biar bagaimana baik seseorang..
Biar seteguh mana iman seseorang..
Biar sehebat mana seseorang..

Percayalah..
Tiada manusia yang sempurna..

Kau dilihat sebagai manusia yang baik akhlakmu..
Lembut tutur bicaramu..
Tinggi nilai kesopananmu..
Darjatmu terletak tinggi..
Setanding dengan kebaikanmu..

Siapa sangka..
Kau yang ku sanjungi..
Kau yang ku hormati..
Kau yang ku percayai..
Kini..
Hancur..
Pecah..
Berkecai..
Satu demi satu..
Kepercayaanku luntur..
Keyakinanku terhakis..
Oleh tingkahmu yang menghiris..

Kejam..
Sungguh kau kejam ..
Dari apa yang kau lakukan..
Dari apa yang kau katakan..
Segalanya ..

Aku malu...
Aku kecewa..
Kau menyalahgunakan kepercayaan mereka..
Kau menghancurkan hidup mereka..
Dengan kudratmu..
Dengan tangan yang sepatutnya membimbing..
Dengan pengaruh yang sepatutnya mendidik..
Kau berikan mereka..
Satu pengalaman hidup..
Yang begitu mengerikan..

Setelah apa yang berlaku..
Layakkah kau disanjung?
Layakkah kau dijunjung?

Aku kelu..
Terlalu beku..
Apa yang harus ku lakukan..
Apa yang sepatutnya ku katakan..

Inilah Realiti..
Yang aku perlu hadapi..
Mohon diberikan petunjuk Illahi..

Setelah topengmu tersingkap..

Aku perlu kuat..
Aku perlu tabah..
Demi membantu mereka yang lemah..
Demi membetulkan semua yang salah..







Monday, August 3, 2015

J.A.N.G.A.N

Bismillahirrahmanirrahim...


Akur pada kuasa..


Namun...


Jangan tunduk sampai terduduk..

Jangan diturut hingga berparut..

Jangan pula agama disenda..

Jangan biar iman digoda..

Jangan sampai minda dijajah..

Jangan menyerah sehingga parah..

Jangan patuh pada yang salah..

Jangan takut akan kalah..





Thursday, April 23, 2015

A.K.U

Bismillah...

Aku bagaikan tersesat di jalanan...
Mencari-cari arah kehidupan...
Terus mara melangkah kehadapan...
Menongkah segala arus penipuan...

Kutatap bintang di sudut langit...
Berteman sang bulan di malam nan gelita...
Memimpin mereka di lautan belantara...
Memberi harapan kepada manusia...

Nafasku bersatu dengan waktu...
 Ungkapan kata terus kaku...
Tabahkan hatimu duhai kasihku..
Destinasiku hanya pada yang satu...

Wednesday, April 1, 2015

Takdir kita

Bismillah...


Aku pernah berkata..
Bahawa sesungguhnya..
Kau tiada duanya..
Namun dalam jaga..
Aku juga terleka..


Ku tolak jauh semua prasangka..
Demi memaksa hati yang duka..
Membawa hasratmu yang membara..
Melangkah terus menjunjung cita..


Jarak memisahkan kita..
Waktu membataskan segala..
Namun kau tetap berusaha..
Hadir disaat hampir ku lupa..


Semakin jauh takdir kita..
Kesibukan dunia membuatmu lupa..
Tanpa khabar mahupun berita..
Rupa-rupanya muncul si dia..


Begitu lama kau simpan..
Buatku letih memikirkan..
Saat itu kau nyatakan..
Tanpa sebarang ucapan..
Hingga kini tiada penjelasan..
Namun itulah kebenaran..



Monday, March 9, 2015

Mencari

Bismillahirrahmanirrahim...




Langkah ku atur kemas..

Agar tidak tersesat..

Dalam mencari syariat..


Namun ada saatnya..

Aku tewas..

Kerana jalan pintas..


Ku turut liku-liku..

Perjalanan ke arah tuju ..

Demi mu tuhanku..


Penghujung jalan itu..

Huluran tangan membantu..

Mencari cinta yang satu..


Tika dalam kerapuhan..

Kau beri semangat..

Bangkitku penuh harapan..


Moga pencarian itu..

Natijahnya..

Seiring janji tuhan..




Sunday, February 15, 2015

Ubah

Assalamualaikum...


Apabila saatnya tiba..

Kau takkan mampu berkata..

Walaupun dikau seorang pendeta..


Tatkala itu..

Semua kan kau rasa..

Pedihnya tidak terkira..


Andai kau punya masa..

Ubahlah semua..

Agar kau gembira..

Sunday, February 8, 2015

JELAS

Assalamualaikum....

Biarpun kamu diuji..
Biarpun kamu dikeji..

Tetaplah bersabar..
Kerana sesungguhnya..

Disebalik ujian itu..
Ada jawapannya..

Disebalik kejian itu..
Ada bahagianya..

Disebalik kesabaran itu..
Ada keindahannya...

Tabahkan hatimu..
Teruskan perjuanganmu..
Rendahkan egomu..
Kurangkan amarahmu..
Kawal nafsumu..

Lihatlah..
Gunakan akalmu..
Tajamkan mata hatimu..
Kumpulkan kekuatanmu..
Jangan pernah jemu..

Aku mencari hanya ikhlas..
Demi menyelamat jiwa yang lemas..
Dihadapanmu aku bebas..
Menatap sebuah kisah yang jelas..