Friday, September 30, 2011

Blog aku kena removed??

Perghhh!!!!

terkejut 3 minit tetiba buka dashboard keluar blog aku yg satu lagi jer.. 

try plak buka pakai url biasa.. tup2.. keluar camni..


terkejut makk~

mana taknya.. blog nie aku buka sejak MAY 2009...

sayang kot...

last2 aku klik jer dia soh verify segala tu.. kena pulak masukkan num phone.. adesss.. ni yang paling aku lemah nie.. takde cara lain ke??

tapi disebabkan rasa terkezutt mengatasi segalanya.. aku masukkan je la number phone tu dengan rasa tawakal...

beberapa saat je dia terus antar google verification code... 

nasib baik takde cacat cela.. huhu.. camne dia amek, camtu yang dia pulangkan..*amenda aku cakap ni?*

okeh.. aku nak tanya korang korang dan korang....

ada pape effects tak aku boh phone number aku tu?? 
*risau lar pulak* adesss~

Wednesday, September 28, 2011

Ermmm.. Salahkah??

Assalamualaikum....

salah ke bahasa aku?

salah ke tindakan aku?

hurmm..

aku buat apa yg aku rasa betul jer..

minta maaf kalo ada mengguris ati sesapa pon.. 

sangat tak suka orang yang tak reti nak berterus terang..



mood : confius~

~ wordless wednesday ~ # 5 #

 

Tuesday, September 27, 2011

Jowm Joint Bloglist Eyryn Bercerita !

Assalamualaikum...

dikala hujan turun renyai-renyai sambil menonton perlawanan bolasepak antara Kedah vs Perak..

mood aku tetiba rajin plak nak join segmen setelah ditag oleh adik manis Zareliqa Afiqa .. thanks yer.. hehe..

Segmen nie dianjurkan oleh adik  Eyryn ... 
hmmm.. adik jugak..hehe.. tua sangat kah aku nie?? *wink*


Nak join?? Klik header dibawah yer!!!


apakah ganjaran yang menanti anda???

 haaa.. meh nak story...

Cik Eyryn ni akan pilih 10 blog yang dapat menawan hati beliau untuk direview dan blog2 tersebut akan dipromote selama 5 ari siap dengan entry khas lagi..

ermm..tunggu ape lagi?? jom ar join ramai2.. support sesama blogger ye dak... 


nak tag :-

http://aimieamalinaazman.blogspot.com/
http://belogkayangan.blogspot.com/

Monday, September 26, 2011

Kerana Mulut Badan Binasa...

Assalamualaikum...

Semalam aku dgn family aku pergi satu majlis wedding kat permatang nibong, pulau pinang..

nak dijadikan cerita, abah aku ada hal pagi tu.. then tunggu adik balik skolah dulu baru pegi...


disebabkan jarak agak jauh dari Alor Setar ke Pulau Pinang, petang jugak la kitorang sampai... penat takyah citer ar tambah pulak yg kena drive tu aku.. slalu aku dok belakang, tidow jer.. tau-tau dah sampai.. abah aku dah pencen jadi driver sekarang ni kalau kena g jejauh..

bila dah sampai jer kat umah kenduri, tetamu-tetamu pon dah balik.. so, kitorang jer la dengan sedara mara tuan umah tu.. ekceli, tuan rumah tu kawan abah aku... masa kitorang sampai tuan rumah (si suami) tu suruh masuk dulu.. okey jer.. aku pon masuk jer la dengan mak aku memandangkan kitorang nie perempuan.. abah & adik aku dengan sorang kawan dia dok luar umah.. dekat meja makan.. ramai jugak lelaki kat luar tu.. 


bila dah masuk jer dalam rumah, ada sedara mara tuan rumah tu kat ruang tamu tengah berborak.. disebabkan first time pergi umah orang tu, duduk terus la kat depan tu sementara tunggu tuan rumah (si isteri) datang.. takkan la pertama kali g umah orang nak serbu ke dapur terus cari tuan rumah kan.. beradab la sikit..heheheh~

agak lama jugak la kitorang duduk kat situ.. takde sorang pon datang tegur.. dah aku rasa cam nak bangun dan blah jer... yang sedara-mara tuan rumah tu pulak sekadar pandang jer masa kitorang masuk rumah tu.. takde inisiatif langsung nak pergi bagitau tuan rumah yang ada tetamu datang even yang dok borak2 kat situ anak tuan rumah sendiri.. haishhh... hangin kejap~


bila dah tuan rumah tu datang, tegur-tegur la berbasa-basi.. dah lama ker datang.. dah makan belum...and so on la..

bila jawab belum makan lagi, tau ape yg dia cakap, "p la tengok makanan kat luar tu.. ada apa.. ada lauk lagi ka takda ntah.. dengar budak2 cakap nasi banyak, tapi lauk habis.. p la tengok.. ada la kot kerak-kerak nasi tu.. boleh la.. p la makan apa yang ada.. laksa pon tak tau la ada lagi ka takda.. mai la keluar makan.. mai la.."

erkkk!!! apa perasaan korang bila penat-penat datang dari jauh, dengan laparnyer.. dengar pulak ayat cam yang diatas nih??? huiiii... berdesing jugak telinga aku.. sian mak aku.. datang lapar-lapar dengar pulak camni.. mujur aku dah bedal nasi sikit sebelum keluar.. makan dalam piring jer..haha.. 

time tu jugak aku rasa cam nak ajak mak aku balik.. padahal sebelum datang mak aku dah bising-bising kat abah aku pasal pergi lewat.. aku siap cakap lagi.. takpe la.. kita tunjuk muka jugak.. jauh2 orang datang jemput, takkan tak pergi langsung... lagipun abah aku ada keje..

hurmmm... sangat-sangat hairan masa tu.. tak fikir ker, kalau cakap camtu akan mengguris hati orang.. terasa cam tak diraikan jer kita datang jejauh nie.. kalau nak gurau pon, guna la ayat yang sedap sikit.. tapi ni memang serius.. tak gurau-gurau punya la.. 

teringat pulak mak aku punya perangai... kalau ada orang datang jer umah tak kisah la kenduri ker, raya ker.. mak aku akan keluarkan jugak apa yang ada walaupon dia sendiri belum makan..kalau takde langsung, dia cari jugak apa yang boleh dimasak, dia masak masa tu jugak.. dia tak kisah janji tetamu rasa happy.. besar ganjarannya bila tetamu rasa seronok selepas berkunjung ke rumah kita...

bila dah abis makan, nak balik.. bersalam la dulu dengan tuan rumah... masa tu mak aku hulur la sedikit  duit sumbangan.. lepas je salam dan nak keluar rumah tu, tau ape lak ayat yang keluar?? 

"makan apa la tadi... ada lauk ke tak makan tu.. kenyang ke tak makan"

aikk.. pulak.. tadi kemain lagi.. lepas hulur duit jer ayat sudah tukar ka??


aku dah rasa serik nak g kenduri kat rumah tu dah... kalau jadi camni salah siapa??

Nasihat buat semua.. Fikir Dulu Sebelum Cakap!!!


Sunday, September 25, 2011

Jom kenali tumbuhan ^_^

Assalamualaikum...

Anda kenal apa itu tumbuh-tumbuhan?? yeah.. pokok buah ke, sayur ke rumput pon tumbuhan jugak..ekeke~

jom tengok pokok apa yang ada di sekeliling rumah aku ni serta sedikit penggunaannya.. maklum la... dok kampung.. kalo takde pokok tu tak kampung la  namanya~ heheh..

1 - Pokok anggur...

buahnya kecil jer.. belum matang & tukar warna lagi..


yang ni pulak yg dah bertukar warna.. baru sebiji je.. tp still kecik.. tak letak baja kot..heheh

ni lagi segugus.. ada dua gugus je kt pokok ni.. setiap satu gugus tu ade la dalam 8-9 biji..

2 . Pokok limau kasturi..





aku nampak sebiji jer buah limau kasturi ni.. tak sempat intai lak kot2 ada lagi kat celah2 daun..hehe.. buahnya agak harum dan sedap dibuat air @ diperah dalam makanan..


3.  Pokok Labu





buah labu nie ada 3 biji yg dah berbuah.. satu dah petik beberapa ari lepas..bagi kat jiran.. then semalam petik lagi sebiji.. tinggal satu jer lah.. ni pon xde la besar sangat.. macam biasa.. tidak dibaja.. hahaha~
buahnya digunakan dalam masakan @ dibuat manisan..


4. Pokok Nangka Madu


pokok nie xde buah lagi.. nampak pokok kelapa jer lebey..hehe.. sedap dimakan begitu sahaja..


5. Pokok Kari



 Pokok karapule @ daun kari ... digunakan dalam pelbagai masakan antaranya masakan berempah seperti gulai @ kari ayam/ikan/daging.. masak kicap pon boleh..   kuih masalode..dan banyak lagi..


6. Pokok Ceri


pokok ceri~ tak dapat nak amek gambar buahnya.. dah semakin tinggi pulak pokok nie.. fungsinya aku xsure tapi yang aku tau buahnya aku suka makan masa kecik2 dulu... =)


7. Pokok Pisang



banyak kegunaan pokok pisang sebenarnya.. buahnya boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat cekodok,  gulai pisang, kerepek pisang, pengat pisang, kek pisang..  jantung pisang boleh dibuat ulam, dan kerabu.. daunnya digunakan untuk membungkuskan nasi lemak, membalut pengat @ lepat pisang.. batangnya jugak boleh digunakan.. yang bahagian dalam @ umbutnya boleh dimasak gulai.. tapi aku tak penah makan dan belum pernah buat...

9. Pokok Kelapa


Pokok kelapa pon banyak kegunaannya jugak.. air kelapa boleh diminum & isinya dimakan atau dibuat lempeng @ orang sini cakap 'peknga' .. buah kelapa juga menghasilkan santan yang merupakan bahan asas dalam masakan melayu.. selain itu, kelapa juga dijadikan kerisik & minyak.. daun kelapa yang muda digunakan untuk membuat ketupat dan lidinya digunakan untuk membuat penyapu lidi~


10. Pokok Betik

 pokok kat belakang rumah..


pokok kat depan umah..
kegunaan pokok betik ni banyak jugak.. buahnya boleh dimakan, dibuat jus, som tam, kerabu, jeruk dan macam2 lagi.. bunga betik pula boleh dibuat kerabu sementara getahnya juga ada kegunaannya dalam perubatan.. tapi aku tak pasti la camne gunanya & untuk penyakit apa.. 


11. Pokok Ubi kayu


ubi kayu boleh dimakan samaada direbus atau dijadikan kerepek.. pucuknya direbus dibuat ulam @ masak lemak.. 

12. Pokok Pandan


daun pandan juga antara tumbuhan pelbagai guna dalam masyarakat kita.. boleh digunakan dalam masakan dan banyak digunakan sebagai ramuan untuk membuat kuih muih antaranya seri muka dan kuih cara...


13. Pokok Ulam Raja




Nama pon ulam raja, mesti la buat ulam kan... rasanya sedap & ada sedikit bau yang wangi..


14. Pokok Selasih


daun selasih nie dibuat ulam.. bukan biji selasih yang orang letak dalam air sirap tu yer.. rasanya aku tak pasti sebab aku x makan.. haha.. pebret mak aku nih.. *_^

15. Pokok Serai


ada tak sape yang tak kenal pokok serai?? meh aku ketuk kepala ngan remote tv nie.. hihi.. jangan pulak bila jumpa lalang cakap serai.. okeh.. serai ni sangat glamour dalam masakan melayu & thailand.. nak masak tomyam, masak lemak, asam pedas, rendang, buat kuah satay pon guna serai.. 

16. Pokok cili




cili atau istilah yang digunakan di utara lebih-lebih lagi kat kampung aku nie sebagai cabai.. cabai ni pon ada banyak jenis.. cabai hidup, cabai melaka, cabai burung, cabai kampung, cabai kering... yang paling pedas kalau tak silap aku cabai burung & cabai kampung la.. memang pedas piauu la.. digunakan dalam masakan dan merupakan bahan utama dalam membuat sambal belacan.... kat sekitar rumah aku memang pokok cili paling banyak.. mak aku suka tanam sebab family aku memang 'hantu pedas'.. heheh~


17. Pokok Geti



aku tak tau sangat pasal pokok nie.. tapi mak aku cakap pucuknya boleh dibuat masak lemak.. rasanya, ada sedikit pahit...
18. Pokok Buah Naga / Dragon Fruit





Pokok buah naga @ dragon fruit.. Rasanya manis.. tapi aku tak makan..heheh~

19. Pokok Mangga


pokok mangga pon banyak gak kat sekitar kampung aku.. sedap dimakan cicah dengan kuah rojak atau makan mangga masak.. yummy3...


p/s : tak habis lagi pokok2 yang ada kat sekitar umah aku nie.. kalo letak semua mau berjela2 jadinyer... cukup la banyak ni yer.. ^^

Friday, September 23, 2011

Celcom U.O.X # apa sudah jadi?

Assalamualaikum...

Salam sejahtera semua!!~


apa itu U.O.X?

U.O.X merupakan singkatan bagi University of Xpax yang mana......

  • Program Pek University of X/U.O.X. hanya boleh diaktifkan/digunakan jika pelanggan berumur antara 18 dan 25 tahun.
  • Pelanggan perlu mengemukakan dan menyerahkan salinan Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (KP) atau pasport kepada Celcom atau wakil penjual yang dilantik untuk tujuan pendaftaran dan pengaktifan Program ini.
  • Pelanggan hanya boleh mendaftarkan 1 (satu) Pek U.O.X. dengan menggunakan KP/Pasport di bawah Program ini.
  • Pelanggan adalah tidak dibenarkan untuk bertukar ke Pelan U.O.X. daripada Xpax, Blue, Sukses, Suksesin, MATRADE (“Pelan Prabayar Celcom”). Pelanggan juga adalah tidak dibenarkan untuk bertukar dari Pelan U.O.X. kepada Pelan Prabayar Celcom lain.
nak baca lagi cer kelik kat SINI...

Apa kaitan U.O.X dengan entry aku kali ni?

saboo ler.. aku baru nak brief pasal UOX nie..hehe..

 okeh.. back to da story, sememangnya pack Celcom UOX ni sangat terkenal dalam kalangan student yang menyambung pelajaran di institut pengajian tinggi (sebelum Hotlink kenalkan Youth club).. tak kurang jugak yang bekerja pon ada yg guna..

okeh..seperti yang kita sedia maklum *ayat karangan BM time skola dolu2*... Pelan ni mempunyai banyak kelebihan antaranya :-
  1. sangat menjimatkan sebab kalau call @ sms @ video call pon sangat sangat sangat murah *bila pulak celcom bayar aku utk promot nih??*
  2. tiada tarikh luput... rasanya sampai umur 25 tahun kalo tak salah aku..

aku sangat bersetuju dengan no 1 sebab memang diakui.. aku beli pon pasal charge nyer murah.. so senang aku nak contact parents aku, lecturers & my  friends..  nama pon student.. sape nak kena charge mahal kan..

akan tetapiiiii.............

aku sangatsangatlah TIDAK bersetuju dengan kenyataan no 2..
sebab....
aku tak diberikan kelebihan tersebut... aku dah pernah tanya kat cawangan celcom.. tapi jawapan diorang bagi sangat menghampakan aku.. aku pon tak ingat apa yang diorang cakap tapi yang aku tau tak membantu langsung!! huh!! *protes*..

disebabkan hal ni, aku terpaksa reload selalu (sebenarnya bapak aku..heheh) sebab nak pastikan kredit aku sentiasa ada & tarikh luput sentiasa maju ke depan.. kredit aku pernah mencecah RM80 ke atas gara-gara sentiasa topup nak hidupkan tarikh.. itupon puas aku call mak aku sebab nak habiskan kredit yg hakikatnya memang tak habis2.. dah nama pon murah.. bila nak habis.. ada jugak aku pernah bagi khidmat emergency reload (share) kat kawan2 aku.. walaupon kena charge 50 sen, aku tak kesah.. kredit aku kan banyak.. hahahah..

tapi itu semua dulu.... kenangan yang indah belaka... cissss~


kini.........

dua ari lepas masa aku belek2 phone, tetiba screen yang gelap gulita menyampaikan sepotong kek ayat di atasnya yang berbunyi....

* Sim card registration failed*

so, dengan penuh debaran aku cuba memahami adakah ini merupakan luahan perasaan yang dibuat oleh pihak celcom untukku?? heh~ =P

sememangnya tepat tembakan tekaan aku.. pihak celcom telah menyuarakan rasa hati kepadaku kerana telah lama mengabaikanmu...... sim card aku kena block .. owh.. tidak.. number ni aku sayang gilaks... mengapa ianya dirampas... ouch!

disebabkan lama tak reload sejak aku habis belajar beberapa bulan lalu, kau pergi tinggalkan aku.. *emo jap*

ekceli, aku dah dapat mesej tempoh ihsan 30 hari tu.. tapi tak sangka cepatnye dah 30 hari.. aku ingat lagi 2,3 ari baru nak g reload.. sengal betul.. dah la dekat 2 minggu phone tu tak on sebab problem nak charge bateri.. aiseyy..

petang tadi aku try call no lama tu, tau apa yang aku dengar???

" nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan"

betapa hancur, remuk redam hati aku..
ni je la yang tinggal... huuu~

gambar pon dah blurr.. memang sah2 takmo berkhidmat kat aku lagi~ pheww


nasib baik Maxis aku still okay.. hehe.. yang ni memang dihatiku la.. dari form 4 aku beli.. *_^

sebagai ganti, aku pasang sim card lagi satu kat phone tu..~ Salamfone ~


ni pon tunggu masa je nak kena block.. esok aku reload lah..

p/s: kepada kawan-kawanku.. SILA jangan membuang kredit anda dengan menghantar sms kat num celcom aku lagi yer.. kalo ada pape, leh contact Maxis/ salamfone @ email aku.. PM pon boley~

Tuesday, September 20, 2011

- Innalillahi wa inni ilaihi raji'un -

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

"إنا لله وإنا إليه راجعون"
Sesungguhnya daripada Allah kita datang dan sesungguhnya kepadaNya juga kita dikembalikan..”


Sudah menjadi adat bagi kita menyebut kalimah diatas ketika mendengar berita tentang kematian bukan? Namun, sedarkah kita sesungguhnya ayat ini bukan hanya perlu disebut apabila mendengar tentang kematian sahaja, namun Islam menganjurkan kita menyebut “Innalillahi wa inna ilaihi raji’un” ketika ditimpa sesuatu musibah.. 

Thursday, September 15, 2011

# Nasi Hujan Panas #

Assalamualaikum...

letih pon tak hilang lagi ni.. drive pegi & balik dari alor setar - pulau pinang... lepas tu amek adik kat jetty kuala kedah pulak..macam la jauh sangat kan.. heee~ tapi aku peduli hape..janji aku penat!! huh!! 

tapi yang tak tahannyer.. masa sampai simpang nak masuk kampung aku, ada satu budak nie jatuh motor.. aduhh.. nasib dia memang baik lar.. umur dia panjang... dia jatuh belakang kereta.. betul2 kat simpang.. kalau lah dia terrrrr jatuh kat tengah sket ker.. dia tak sempat break ker... memang aku tak dapat nak bayang la... memang masa dia lalu sebelah aku pon dah perasan lajunyer budak ni bawak!! Alhamdulillah.. mungkin motor dia ada calar / rosak sikit.. tapi dia selamat~


okeh.. berbalik pada tajuk!!

tadi ada singgah kat umah atok sedara aku kat Keladi @ Kulim, Kedah...

pastu ada pulak beras basmati yang anak dia beli kononnyer nak masak masa raya aritu.. tapi tak sempat... jadi... jeng3.. bermulalah agenda.. heheh.. Memandangkan niat asal beli beras tu nak buat Nasi Hujan Panas, so, mak aku la tukang memasaknya tadi.. (bukan aku okey) =P

lauk pulak atok sedara aku beli jer.. tak sempat nak masak macam2 sebab plannyer nak balik tengahari... tapi terlajak pulak.. lepak sampai petang... heheh~ =D
gambar masa air baru kering.. dalam periuk lagi~ =))

ni pulak baru je lepas tambah kaler hijau.. tukang pegi beli lambat balik..=P

okeh.. aku dapat tunjuk gambo nasi yang dalam periuk jer.. sebabnyer... masa hidang, lupe nak amek gamabr...hahaha.. dah lapar sangat memasing agaknyer... hik3... masa rehat2 smbil borak2 lepas makan je baru aku ingat..hehehe~ jangan marah!!! ;)

p/s : ari ni perut meragam jer dari pagi.. dapat nasi ni terus sihat...hahaha.. tp malam buat hal balik.. keh3

Monday, September 12, 2011

Sapa Boleh Translate?

Assalamualaikum...

Aku ada ternampak satu status ni kat wall facebook adik aku.. 

namun setelah memerah keringat otak memikirkan maksud ayat ni malangnya aku still tak faham amenda la yang budak ni nak sampaikan.. 

even aku tanya adik aku pon dia tak paham...

apa la nak jadi dengan penggunaan bahasa kanak-kanak zaman sekarang ni eh??

so,ada sapa yang boleh tolong translatekan untuk aku tak??..kui3..


p/s : bahasa jiwa bangsa...

Sunday, September 11, 2011

AUTOCITY | Shop-in d' park

Assalamualaikum...

Selalu dengar orang citer pasal i-City jer kan???

Meh aku nak story pasal autocity plak yer...^^

Autocity ni terletak di Juru.. so,  sesapa yang tinggal kat area seberang prai, pulau pinang mesti tau tempat nie..

okeh.. apa yang ada kat Autocity nie???

ianya merupakan one stop centre bagi pelbagai aktiviti seperti hiburan, perniagaan, makanan, kereta dan sebagainya.. senang cakap, kat autocity ni, macam2 ada.. ^_^

kat sekitar kawasan autocity ni jugak ada pelbagai restoran makanan antaranya ialah KFC, McDonald's, Nando's , Nasi Kandar Pelita, Pizza Hut's, Secret Recipe, Starbucks , Subway dan banyak lagi la... sapa yang teringin nak makan kat fast food restaurant dan tak tau nak pilih yang mana memang boleh datang sini.. korang boleh pusing2 sampai betul2 lapar, then stop je kat mana yang sempat.. haha.. senang kan~

part yang paling best!!!
kat sini jugak ada shop in the park tau.. so, bagi sesiapa yang teringin nak shopping dengan suasana dalam taman... ha.. sini la tempatnyer... memang banyak kedai.. antara barangan yang dijual termasuklah hand bag, dress (lelaki & wanita termasuk sekecil2 pakaian (",) , shoes, home accessories, aksesori wanita, dan banyak lagi laa..


jom tengok gambar yang sempat di snap! :)


Pintu gerbang

gajah (front view)

side view


zirafah


dinosour (spesies takkan pupus)


sebahagian kedai yang ada~


parking

gerbang (side view)
with my mum (gambo blur~)

view from parking lot

dah puas tengok gambar?? heheh.. pergi sendiri la baru beshh!!

p/s : sory gambar tak clear.. pakai enset cap ayam jer..hik3..=P