Sunday, February 21, 2016

Andai Itu Mahumu

بسم الله الرحمن الرحيم


Terlalu banyak masa yang kuberi..
Namun seakan tidak cukup bagimu..
Kau berpura bagai tiada apa..
Sebenarnya kau tahu sesuatu..
Betapa kau mengerti..
Betapa kau memahami..
Jauh disudut hati..
Ku pendam segalanya..
Bagaimana dapat kulupa..
Tiap saat dan ketika,,
Kita bersama.. 
Semudahnya kau lupa..
Saat kau berduka..
Aku begitu setia..
Seolah semua itu..
Kau pandang sebelah mata..
Sampai bila ku perlu ada..
Menjadi persinggahanmu semata..
Kau diam tanpa suara..
Hanya mereka menjadi perantara..
Betapa kau memuja..
Segalanya seakan rahsia..
Namun tembus ditelinga..
Semakin jauh kau tinggalkan..
Semakin hanyut melayan perasaan..
Ku harap kau tahu..
Akurku..
 Demi bahagiamu..
Semoga indah pengakhirannya..
Kerana dia aku kau lupa..
Kerana dia kau berdusta..
Andai itu mahumu..
Aku berdoa agar kau temu bahagia..