Showing posts with label Kampungku. Show all posts
Showing posts with label Kampungku. Show all posts

Monday, October 3, 2011

Oh Makcik!! ~

Assalamualaikum..


apa khabar semua?? sihat??

Semalam aku pergi umah nenek sedara aku.. dia nie adik kepada nenek sebelah abah aku.. *faham tak?*
Biasa la orang dah tua.. ade je la sakitnya.. tapi kali nie dia sakit teruk sikit.. dia penat.. dari malam kelmarin lagi tapi masa tu mak & abah aku je yang pegi..

majlis bacaan yaasin diadakan lepas solat isyak...tapi kitorang pergi awal petang tu sebab nak tolong 
masak & buat apa yg patut untuk majlis malamnya..  sepanjang malam tu aku dok kat area dapur jer.. memang x jenguk langsung kat ruang tamu sebab jemaah lelaki ramai sangat..

so,bila dah duduk kat dapur, kena la ringankan tulang yang memang sedia berat nie tolong2 siapkan hidangan.. jadi tukang susun pinggan je la aku.. dapur kecil jer.. orang pompuan yang dok kat situ ramai.. bertambah sempit jadinya.. abis pinggan tu aku susun jadi 3 lapis.. hehe.. kalo boleh aku nak buat lagi tinggi dari tu.. tapi takut lak kalo ada orang usik, tak pasal2 terbalik semua. hah!! sape nak jawab masa tu?? =P

okeh.. bila dah abes jemaah baca yaasin, dah habis makan.. masa untuk berkemas2.. kalo nak ikutkan aku nie bukan spesis peramah dengan orang yang aku tak kenal walaupon sedara sendiri.. tapi malam tu aku memang memecah tradisi la.. abes anak orang aku sakat.. siap gurau2 dengan sedara2 jauh aku..hehe.. cam tak percaya la pulak.. 

masa tetamu & jemaah nak balik, aku masih kat dapur lagi.. dok je sebelah mak aku.. siap ada mak sedara aku cakap yang aku nie ikut jer kemana mak aku pergi.. ye la.. aku nak ikut sape lagi kalo bukan mak aku kan.. dah la orang-orang kampung aku nie bukan aku kenal sangat.. setakat yang tinggal kat sebelah2 rumah nie memang la kenal.. yang jauh sikit? memang tak la~

dah jadi adat bila sampai atau nak balik jer kena bersalaman.. jadi, makcik2 yang datang tu nak balik, memang diorang akan hulurkan tangan nak bersalaman.. bila sampai part sorang makcik nie, dia salam dengan mak aku.. pastu tanya kat mak aku, "anak ke nie??".. then mak aku pon jawab, " ha'ah.."... dia datang pulak salam dengan aku.. time dah hulur tangan jer dia cakap, " senang-senang datang la rumah"... aku pon jawab, " InsyaAllah".. pastu dia cakap lagi dengan bersungguh-sungguh.. " jom la datang rumah".. aku pon terpana kejap! 'isk.. makcik nie.. nama pon aku tak tau sape.. siap ajak g umah.. rumah makcik lagi la aku tak tau katne... camne nak pergi?' *aku cakap dalam ati la*... untuk menjaga hati makcik tu, aku still jawab juga, "hah? ye la.. InsyaAllah.." sambil senyum2 sikit.. nasib baik lepas tu dia terus berlalu.. kalo dia ajak untuk kali ketiga memang aku bajet nak mintak alamat la.. ahaks...

agaknya ada tak dia berkira-kira nak jadikan aku nie menantu dia *winkwink*... hahahaha.. perasan kejap..



p/s : ada unsur-unsur perasan sikit yer dalam entry nie.. sila abaikan apa-apa yang tak patut tu..hik3.. =P

Sunday, September 25, 2011

Jom kenali tumbuhan ^_^

Assalamualaikum...

Anda kenal apa itu tumbuh-tumbuhan?? yeah.. pokok buah ke, sayur ke rumput pon tumbuhan jugak..ekeke~

jom tengok pokok apa yang ada di sekeliling rumah aku ni serta sedikit penggunaannya.. maklum la... dok kampung.. kalo takde pokok tu tak kampung la  namanya~ heheh..

1 - Pokok anggur...

buahnya kecil jer.. belum matang & tukar warna lagi..


yang ni pulak yg dah bertukar warna.. baru sebiji je.. tp still kecik.. tak letak baja kot..heheh

ni lagi segugus.. ada dua gugus je kt pokok ni.. setiap satu gugus tu ade la dalam 8-9 biji..

2 . Pokok limau kasturi..





aku nampak sebiji jer buah limau kasturi ni.. tak sempat intai lak kot2 ada lagi kat celah2 daun..hehe.. buahnya agak harum dan sedap dibuat air @ diperah dalam makanan..


3.  Pokok Labu





buah labu nie ada 3 biji yg dah berbuah.. satu dah petik beberapa ari lepas..bagi kat jiran.. then semalam petik lagi sebiji.. tinggal satu jer lah.. ni pon xde la besar sangat.. macam biasa.. tidak dibaja.. hahaha~
buahnya digunakan dalam masakan @ dibuat manisan..


4. Pokok Nangka Madu


pokok nie xde buah lagi.. nampak pokok kelapa jer lebey..hehe.. sedap dimakan begitu sahaja..


5. Pokok Kari



 Pokok karapule @ daun kari ... digunakan dalam pelbagai masakan antaranya masakan berempah seperti gulai @ kari ayam/ikan/daging.. masak kicap pon boleh..   kuih masalode..dan banyak lagi..


6. Pokok Ceri


pokok ceri~ tak dapat nak amek gambar buahnya.. dah semakin tinggi pulak pokok nie.. fungsinya aku xsure tapi yang aku tau buahnya aku suka makan masa kecik2 dulu... =)


7. Pokok Pisang



banyak kegunaan pokok pisang sebenarnya.. buahnya boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat cekodok,  gulai pisang, kerepek pisang, pengat pisang, kek pisang..  jantung pisang boleh dibuat ulam, dan kerabu.. daunnya digunakan untuk membungkuskan nasi lemak, membalut pengat @ lepat pisang.. batangnya jugak boleh digunakan.. yang bahagian dalam @ umbutnya boleh dimasak gulai.. tapi aku tak penah makan dan belum pernah buat...

9. Pokok Kelapa


Pokok kelapa pon banyak kegunaannya jugak.. air kelapa boleh diminum & isinya dimakan atau dibuat lempeng @ orang sini cakap 'peknga' .. buah kelapa juga menghasilkan santan yang merupakan bahan asas dalam masakan melayu.. selain itu, kelapa juga dijadikan kerisik & minyak.. daun kelapa yang muda digunakan untuk membuat ketupat dan lidinya digunakan untuk membuat penyapu lidi~


10. Pokok Betik

 pokok kat belakang rumah..


pokok kat depan umah..
kegunaan pokok betik ni banyak jugak.. buahnya boleh dimakan, dibuat jus, som tam, kerabu, jeruk dan macam2 lagi.. bunga betik pula boleh dibuat kerabu sementara getahnya juga ada kegunaannya dalam perubatan.. tapi aku tak pasti la camne gunanya & untuk penyakit apa.. 


11. Pokok Ubi kayu


ubi kayu boleh dimakan samaada direbus atau dijadikan kerepek.. pucuknya direbus dibuat ulam @ masak lemak.. 

12. Pokok Pandan


daun pandan juga antara tumbuhan pelbagai guna dalam masyarakat kita.. boleh digunakan dalam masakan dan banyak digunakan sebagai ramuan untuk membuat kuih muih antaranya seri muka dan kuih cara...


13. Pokok Ulam Raja




Nama pon ulam raja, mesti la buat ulam kan... rasanya sedap & ada sedikit bau yang wangi..


14. Pokok Selasih


daun selasih nie dibuat ulam.. bukan biji selasih yang orang letak dalam air sirap tu yer.. rasanya aku tak pasti sebab aku x makan.. haha.. pebret mak aku nih.. *_^

15. Pokok Serai


ada tak sape yang tak kenal pokok serai?? meh aku ketuk kepala ngan remote tv nie.. hihi.. jangan pulak bila jumpa lalang cakap serai.. okeh.. serai ni sangat glamour dalam masakan melayu & thailand.. nak masak tomyam, masak lemak, asam pedas, rendang, buat kuah satay pon guna serai.. 

16. Pokok cili




cili atau istilah yang digunakan di utara lebih-lebih lagi kat kampung aku nie sebagai cabai.. cabai ni pon ada banyak jenis.. cabai hidup, cabai melaka, cabai burung, cabai kampung, cabai kering... yang paling pedas kalau tak silap aku cabai burung & cabai kampung la.. memang pedas piauu la.. digunakan dalam masakan dan merupakan bahan utama dalam membuat sambal belacan.... kat sekitar rumah aku memang pokok cili paling banyak.. mak aku suka tanam sebab family aku memang 'hantu pedas'.. heheh~


17. Pokok Geti



aku tak tau sangat pasal pokok nie.. tapi mak aku cakap pucuknya boleh dibuat masak lemak.. rasanya, ada sedikit pahit...
18. Pokok Buah Naga / Dragon Fruit





Pokok buah naga @ dragon fruit.. Rasanya manis.. tapi aku tak makan..heheh~

19. Pokok Mangga


pokok mangga pon banyak gak kat sekitar kampung aku.. sedap dimakan cicah dengan kuah rojak atau makan mangga masak.. yummy3...


p/s : tak habis lagi pokok2 yang ada kat sekitar umah aku nie.. kalo letak semua mau berjela2 jadinyer... cukup la banyak ni yer.. ^^