Showing posts with label SABAH. Show all posts
Showing posts with label SABAH. Show all posts

Wednesday, January 27, 2016

SIKAP

Bismillahirrahmanirrahim...


Sukarnya menduga sikap manusia..
Nampak baik sebenarnya tidak..
Lagaknya bertanggungjawab..
Namun sebenarnya tak boleh diharap...

Bagaimana seorang ayah sanggup membiarkan anak-anak.. 
Bagaimana seorang suami sanggup memukul isteri..
Nafkah tidak diberikan secukupnya..
Layanan tidak diberikan selayaknya..

Kasihan anak menjadi mangsa..
Melihat si ibu yang menderita..
Semoga nasib mereka terbela..
Hidup harmoni tanpa masalah..

Sunday, September 2, 2012

Trip to Semporna (Mabul & Kapalai Island)

Assalamualaikum..... 

dah lama aku nak buat entry nie, tp ari nie baru terlaksana.. 

salah satu tempat impian yang teringin aku kunjungi ialah Pulau-pulau di Semporna.. 

impian aku untuk ke Pulau Mabul & Kapalai dah tercapai... credit untuk housemates aku :)

jom aku share dengan korang pengalaman aku.. tapi aku malas nak cerita.. jadi.....

biarlah gambar berbicara ^_^


Breakfast dulu~
resort terapung semporna

dalam perjalanan menuju Mabul Island

with housemate

great!!



Snorkelling di Mabul Island


Let's start!

pose dengan feel dalam laut~



welcome to Mabul

bahagian belakang pulau


Arung Hayat

3 different colours of the ocean

resort 

Add caption


snorkelling atas bot

the wonderful ocean

jom snorkelling

Siap terangkat kaki!! heheh

mengelilingi mabul... break jap!

Smiling face

Sipadan dive center

di pulau penyu..hik3



get ready!


Sekolah agama pulau mabul



mabul island


betapa jernihnya air

ready nak balik ke daratan semporna

my housemates


















feeling kat resort...heheh
















banyak kan gambar aku masukkan dalam entry nie.. so tak perlu la aku citer panjang lebar sebab korang feel je sendiri... yang aku boleh cakap... snorkelling kat pulau Mabul & Kapalai memang TERBAIK!!!
kalau ada peluang, pergilah dan cuba sendiri sebab kalo ada rezeki, aku pon nak pergi lagi... berbaloi-baloi....


p/s : sape nak ikut pergi Mataking??? hehehe :P

Wednesday, July 11, 2012

Cerpen



Hari ini genap lima bulan aku tiba di Negeri di Bawah Bayu ini. Teringat kembali saat kali pertama aku menjejakkan kaki di Sabah, pelbagai perasaan pada ketika itu. Gusar, gembira, sedih, takut dan macam-macam lagi. Gusar apabila memikirkan kehidupan yang bakal aku jalani di sini, gembira kerana akhirnya aku menjejakkan kaki di Sabah, sedih kerana  berjauhan dari keluarga dan takut dengan penerimaan masyarakat di sini.
Tambahan pula, ini juga merupakan pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang. Sepanjang berada di atas pesawat AirAsia yang aku naiki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, aku hanya melihat Laut Cina Selatan yang terbentang luas. Setibanya di terminal dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, aku beserta beberapa rakan seperjuangan perlu bergegas ke terminal satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk menaiki pesawat kedua yang akan membawa kami ke daerah bertuah, Lahad Datu.
Setelah menunggu di platform, kami agak  gelisah kerana waktu penerbangan ditunda namun begitu apa yang ditunggu tak kunjung tiba apabila kami dikejutkan lagi dengan pengumuman yang mana penerbangan kami terpaksa dibatalkan berikutan beberapa masalah teknikal. Pelbagai spekulasi timbul tatkala memikirkan adanya halangan ketika kali pertama kami perlu ke Lahad Datu. Namun begitu, penerbangan kami diganti pada keesokkan harinya.
Berlainan pula perasaanku ketika dalam perjalanan ke Lahad Datu. Melihat hamparan bukit bukau serta sungai-sungai menambahkan kegelisahan hatiku. Sementelah pula ketika pesawat Maswings hampir mendarat, aku hanya terlihat kehijauan pohon-pohon sahaja.
pemandangan dari atas flight

Lahad Datu

 Terdetik perasaan sebak dihatiku, bagaimana keadaan sekolah yang bakal aku berkhidmat nanti, bagaimana keadaan rumah yang bakal aku huni, namun alhamdulillah.  Aku memanjatkan kesyukuran kerana sekolahku terletak di kawasan pekan setanding namanya iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu.
Hari pertama melapor diri disekolah aku agak terkejut kerana kebanyakan bangunan sekolah diperbuat daripada kayu. Nampak unik kerana berbeza dengan bangunan di semenanjung.  




 Terdapat beberapa buah kelas yang kelengkapan asasnya tidak berfungsi seperti kipas. Sebak bila mengenangkan murid-murid terpaksa belajar dalam keadaan yang kurang selesa, namun apakan dayaku. Aku sangat berharap agar suatu hari nanti prasarana sekolah akan diperbaiki untuk memberi keselesaan pelajar belajar dengan baik dan bersemangat.
            Kini aku dapat menyesuaikan diri dengan baik di sini.  Namun benar kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

p/s : cerpen tentang pengalamanku yang perlu dihantar ke IPG >_<

Saturday, March 24, 2012

Selesema~

aSsalamualaikum

alhamdulillah.. akhirnya hari nie ringan plak tangan aku nak menaip entry baru..hehehe~

selama nie aku buka jer blog nie.. tapi tengok-tengok jer..

nak blogwalking pon cam malas jer.. bukan ape, mood xdatang..

tambahan pulak jiwa aku xberapa tenteram sket kebelakangan nie..

thanks kat semua yang sudi menjenguk yer ^^

actually aku nak cakap pasal selesema.. dah dua minggu kowt belum sembuh-sembuh lagi...

lama kan???

so, nak dijadikan cerita, semalam di sekolah memang aku dah takleh tahan.. kalo setakat selesema sikit-sikit maybe x heran sangat.. tapi aku nie dah tahap melarat sampai sakit kepala, tulang hidung & gigi.. risau mak aku bila aku bagitau.. ye la.. kalo setakat dipisahkan antara negeri, boleh gak mak aku g jenguk.. tapi aku dah beribu kilometer & dipisahkan oleh laut cina selatan lagi...

jadi semalam aku mintak la izin dengan guru besar (GB) untuk keluar sekolah.. nak pergi klinik masa persekolahan.. harus la mintak izin dulu~

tapi aku malu plak bila teringat balik.. nangis-nangis aku depan GB.. bukan nak minta simpati.. tapi memang time tu sakit betul.. x leh tahan dah.. time tu agaknya GB aku nie fikir aku rindu nak balik semenanjung.. dia siap pesan jangan fikir sangat la pasal umah.. walhal aku nie memang antibody lemah sket.. Siap samakan aku dengan anak dia.. katanya " anak saya yg ketiga pon memang cengeng sikit.. pendiam & cengeng orangnya".. hahah.. mentang-mentang la aku pon anak ketiga jugak.. kui3~

So.. aku pergi klinik, ramai la pulak masa tu... bila sampai je turn aku.. apa lagi, tanya terus semua yang aku nak tau sangat..

doktor tu cakap la kemungkinan kuman yang menyebabkan kepala aku sakit sangat.. punya la banyak ubat dia kasi kat aku.. makan sekali je semalam.. terus tido tak bangun-bangun... hahaha.. sedar-sedar pagi tadi, ringan dah kepala aku.. gigi pon okay dah.. betul-betul kuat ubat dia kasi.. cuma selesema aku jer yang tak baik lagi sebab aku x start makan lagi ubat selesema.. 

masa doktor tu terangkan pasal sakit aku, dia tunjukkan gambar nie... 



terperinci jugak la dia terangkan.. memang puas hati la bila persoalan aku terjawab...
thanks yer doktor.. sakit aku pon dah kurang.. alhamdulillah..

p/s : masih terasa malu berhadapan dengan GB~ ^^

Tuesday, March 6, 2012

alhamdulillah~

assalamualaikum....


alhamdulillah..

Kau telah mendengar doaku Ya Allah..


alhamdulillah..

Kau telah mempermudahkan urusanku Ya Allah..


alhamdulillah..
syukur atas semua ini Ya Allah...



semoga perjalanan kami nanti lancar & tiada kesulitan..


ALHAMDULILLAH..

p/s: mood - happy nak balik semenanjung~ ^_~
"fantasi telah menjadi realiti"

Sunday, February 19, 2012

SYUKUR ITU SATU NIKMAT...

بسم الله الرحمن الرحيم






< يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُون >




Wahai orang yang beriman!  Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah,  jika betul kamu beribadat kepada-Nya. - Al-Baqarah [172].




Assalamualaikum...



Entah kenapa malam nie jiwa aku meronta-ronta menyuruh aku menulis entry pasal syukur nie..


tatkala aku terdengar keluhan demi keluhan.. Sesalan demi sesalan yang keluar dari mulut hamba-hamba Allah yang lain.. baru aku sedar.. 
kenapa tidak aku bersyukur? kenapa tidak mereka bersyukur? 


walhal, 
nasib kita lebih baik daripada nasib mereka2 yang langsung tidak mempunyai tempat berteduh..


ada yang terpaksa mengikat perut menahan kelaparan.. 
juga yang tidak mempunyai pakaian untuk ditukar ganti.. 
anak-anak kecil yang terbiar.. 
tiada peluang untuk menimba ilmu.. tiada hiburan.. 


namun.. mereka ini tidak pernah mengeluh.. 


sesungguhnya jiwa mereka juga sama seperti insan lain.. yang inginkan kemewahan...
yang inginkan kebebasan..


Alhamdulillah.. aku rasa sangat-sangat bersyukur pabila terkenang semua ini.. 


aku ditempatkan di daerah yang sangat asing bagi aku.. 
di tempat yang aku tidak pernah bermimpi untuk berada dalam situasi ini.. 


namun, aku sangat-sangat bersyukur..
dan mereka juga sepatutnya bersyukur.. 


disini masih terdapat prasarana yang serba lengkap walaupun terdapat sedikit kekurangan. 


bekalan elektrik tidak mengalami masalah... 
walaupun bekalan air kekadang ada, kekadang terputus,
namun aku tidak perlu mencari sungai untuk kegunaan harian.. 
di sini aku tidak perlu bersusah payah untuk merentas denai, memanjat bukit bukau ataupun melawan arus sungai untuk ke destinasi.. 


jangan kita anggap ini semua sebagai bebanan, namun jadikan semuanya sebagai kebanggaan serta anggap seperti ujian untuk menilai kekuatan serta keikhlasan kita..


jadi.. muhasabah diri kita.. 
adakah nasib kita adalah yang paling teruk atau ada lagi yang lebih kurang bernasib baik dari kita.. 
renungkan... betapa nikmatnya apabila kita memahami erti syukur.. wallahu a'lam..




P/S: peringatan untuk diri sendiri :)

Thursday, February 16, 2012

perubahan cuaca @ manja?

assalamualaikum....

apa khabar malaysia?? 

khabar aku kurang sihat.. jadi doakan aku cepat sembuh ya...

ok.. hari nie 1st day aku lapor diri kat sekolah.. for your information guy's.. aku sekarang memegang title guru dalam latihan.. 

suprise tak?? hehe...

sekian lama menyepi, tetiba cakap jadi cikgu lak yer.. bukan cikgu tau... ustazah lagi...hak3.. ermm.. layak ke aku jadi ustazah yer??? aku pon xde jawapan.. sebab layak agaknyer aku lulus temuduga kan3... So, jangan takut lak antar anak2 korang belajar dengan aku eh.. ^^

okeh... kenapa aku tetiba jadi ustazah? sebab, aku sekarang menyambung pelajaran untuk KPLI j-QAF... so, kat mana aku sekarang??

sudah semestinya di SABAH..

fuhh!!! jauh tak?? korang jangan tak tau, sampai je kat sini aku terus kena demam selesema... bukan sebab manja atau rindukan tanah air, tapi mungkin sebab perubahan cuaca + kurang rehat + antibody lemah = demam la aku...

so, sesapa yang ada di sabah nie, especially kat lahad datu.. jangan segan2 cari aku ya.. mana tau mau belanja makan lobster ka.. hahah..

okeh..

ILAL LIQA'...

Assalamualaikum... ^_*

Wednesday, February 15, 2012

SABAH.. here i come~

Assalamualaikum...
kaifa haluk ya jami'an...
alhamdulillah... 
sudah berada di bumi sabah.. 
Sekarang berada di kota kinabalu.. 
petang nie aku akan berlepas ke lahad datu.. 
Semoga perjalanan kami dipermudahkan...