Showing posts with label memoir. Show all posts
Showing posts with label memoir. Show all posts

Wednesday, April 1, 2015

Takdir kita

Bismillah...


Aku pernah berkata..
Bahawa sesungguhnya..
Kau tiada duanya..
Namun dalam jaga..
Aku juga terleka..


Ku tolak jauh semua prasangka..
Demi memaksa hati yang duka..
Membawa hasratmu yang membara..
Melangkah terus menjunjung cita..


Jarak memisahkan kita..
Waktu membataskan segala..
Namun kau tetap berusaha..
Hadir disaat hampir ku lupa..


Semakin jauh takdir kita..
Kesibukan dunia membuatmu lupa..
Tanpa khabar mahupun berita..
Rupa-rupanya muncul si dia..


Begitu lama kau simpan..
Buatku letih memikirkan..
Saat itu kau nyatakan..
Tanpa sebarang ucapan..
Hingga kini tiada penjelasan..
Namun itulah kebenaran..



Friday, January 23, 2015

Benar Aku Rindu

Assalamualaikum....


Ternyata walaupun waktu jauh meninggalkan..
Kenangan itu tidak pernah terpadam..

Terlalu banyak memori yang tersimpan..
Sukar untukku membuang perasaan..

Tabah.. Pasrah.. Rela..
Jika itu yang kau putuskan..

Yang indah itu kenangan..
Yang pahit itu keputusan..

Terus memandang kehadapan..
Ku pendam dan ku simpan..

Terlalu lama..
Sudah terbiasa..

Begitu mudah kau melupakan..
Terlalu payah untuk kau lafazkan..

Harusku meneruskan kehidupan..
Akanku pandang kehadapan..




Wednesday, July 11, 2012

Cerpen



Hari ini genap lima bulan aku tiba di Negeri di Bawah Bayu ini. Teringat kembali saat kali pertama aku menjejakkan kaki di Sabah, pelbagai perasaan pada ketika itu. Gusar, gembira, sedih, takut dan macam-macam lagi. Gusar apabila memikirkan kehidupan yang bakal aku jalani di sini, gembira kerana akhirnya aku menjejakkan kaki di Sabah, sedih kerana  berjauhan dari keluarga dan takut dengan penerimaan masyarakat di sini.
Tambahan pula, ini juga merupakan pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang. Sepanjang berada di atas pesawat AirAsia yang aku naiki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, aku hanya melihat Laut Cina Selatan yang terbentang luas. Setibanya di terminal dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, aku beserta beberapa rakan seperjuangan perlu bergegas ke terminal satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk menaiki pesawat kedua yang akan membawa kami ke daerah bertuah, Lahad Datu.
Setelah menunggu di platform, kami agak  gelisah kerana waktu penerbangan ditunda namun begitu apa yang ditunggu tak kunjung tiba apabila kami dikejutkan lagi dengan pengumuman yang mana penerbangan kami terpaksa dibatalkan berikutan beberapa masalah teknikal. Pelbagai spekulasi timbul tatkala memikirkan adanya halangan ketika kali pertama kami perlu ke Lahad Datu. Namun begitu, penerbangan kami diganti pada keesokkan harinya.
Berlainan pula perasaanku ketika dalam perjalanan ke Lahad Datu. Melihat hamparan bukit bukau serta sungai-sungai menambahkan kegelisahan hatiku. Sementelah pula ketika pesawat Maswings hampir mendarat, aku hanya terlihat kehijauan pohon-pohon sahaja.
pemandangan dari atas flight

Lahad Datu

 Terdetik perasaan sebak dihatiku, bagaimana keadaan sekolah yang bakal aku berkhidmat nanti, bagaimana keadaan rumah yang bakal aku huni, namun alhamdulillah.  Aku memanjatkan kesyukuran kerana sekolahku terletak di kawasan pekan setanding namanya iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu.
Hari pertama melapor diri disekolah aku agak terkejut kerana kebanyakan bangunan sekolah diperbuat daripada kayu. Nampak unik kerana berbeza dengan bangunan di semenanjung.  




 Terdapat beberapa buah kelas yang kelengkapan asasnya tidak berfungsi seperti kipas. Sebak bila mengenangkan murid-murid terpaksa belajar dalam keadaan yang kurang selesa, namun apakan dayaku. Aku sangat berharap agar suatu hari nanti prasarana sekolah akan diperbaiki untuk memberi keselesaan pelajar belajar dengan baik dan bersemangat.
            Kini aku dapat menyesuaikan diri dengan baik di sini.  Namun benar kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

p/s : cerpen tentang pengalamanku yang perlu dihantar ke IPG >_<

Thursday, June 23, 2011

ice skating @ sunway piramid

 

Assalamualaikum.. semua sihat ke ari nie??

oK.. entry nie aku nak story pasal aku bersama kawan2 aku iaitu, diba, k.sad n kinah ke sunway piramid untuk main ice skating.. sebenarnya main ice skating nie bukan plan sebenar pon.. cadangnyer nak g ari rabu, tp dah isnin baru2 nie kitorang keluar nak settlekan report praktikal kitorang, so, alang2 dah keluar lajak terus ke bandar sunway tu… hehehe..

actually aku nie bukan spesies senang hafal jalan nie.. aku main redah jer.. kononnyer nak g  jemput c kinah kat LRT universiti… last2 cari jalan tak jumpa.. wakaka.. sesat sampai LRT paramount… keh3.. ape lagi, tak pasal2 suruh dia naik LRT ke paramount plak.. =P

so, dah semua ada, teruskan agenda ke Bandar Sunway.. malas nak citer lebih2, korang tengok je la gambar nie.. =D

DSC_0020

nie masa on da way.. lepas amek c sakinah…Hot smile

 

DSC_0035

kat parking sunway piramid..kat kete sape tah kitorang pose  Smile

 

DSC_0039

dalam lif pon jd koje.. adehh!! Smile with tongue out

 

DSC_0042

pantang nampak kerusi kosong..hahaha

 

DSC_0054

perkara wajib kalau keluar.. singgah ATM..

 

DSC_0056

dah tak sabar2 nak main.. tunggu… g solat dulu Smile

 

DSC_0058

siap da yg tengah wat latihan ag..

 

DSC_0061

snap gambar aku cepat3!!!~ Red heart

 

DSC_0074

lorong masuk surau… weee~

DSC_0112

singgah makan kat popeyes.. laporrr!!

 

DSC_0103

itu lif yer… huahua…

 

DSC_0116

masa yang ditunggu-tunggu.. cepat beli tiket woiii!!!

 

DSC_0126

tengah beli tiket… for your information guy’s, tiket masuk berharga RM15.00.. Glove RM8.00 manakala Sock RM5.00…

tapi masa kitorang pegi ada promotion.. Tiket+Glove = Rm15.50… Sock =RM5.00… So, total RM20.50… tapi aku tak pasti sampai bila dorang buat promosi… kalau nak jimat, sila bawak Glove & Sock sendiri yer..

 

DSC_0132

i pon ade….Winking smile

 

DSC_0135

pakai kasut @ skate ..

 

DSC_0144

ye yeahh!!!

 

DSC_0151

jom2.. tak sabar-sabar dah nie Smile

 

DSC_0155

aku engat senang jer main mende nie… sekali aku naik je atas ice tu, macam nak tergolek jer..haha.. licin betul.. kalau tak pandai imbang, memang guling2 atas ice tu la..

 

DSC_0169

aku main area2 tepi jer… tak berani g tengah2.. ni pon dah jatuh sekali.. sakit woooo~

 

DSC_0181

peace!!!

 

DSC_0187

kinah & dibah.. time nie aku jd camerawoman.. hehe.. tapi ralat ar.. xde gambar aku atas ice nie.. Sad smile

 

DSC_0238

dah letih la…

 

DSC_0242

nak balik dah….

 

sebenarnya kitorang main tak lama pon.. dah petang baru sampai, so masuk pukul 4 lebih.. tetib pukul 5 tak leh masuk sebab da orang training sampai pukul 5.30.. start pukul 5.30 kitorang main sampai pukul 7 malam.. kat sini takde limit.. masuk jer berapa lama pon sampai pukul 8 malam..

nanti bila2 ada masa aku nak pegi lagi.. tak puas kot.. tak pandai2 nak skate sendiri lagi…

ok.. bubye… Smile

 

Wednesday, June 8, 2011

tOur de LanGkaWi~ part 1

hallooo..
ari nie aku nak luangkan sedikit masa aku yang sepatutnya sibuk nie dengan menulis entry pasal hari2 terakhir kami di langkawi..
macam yg korang tau (macam la semua tau..heheh) aku bersama 4 orang kawan aku yang lain baru selesai menjalani latihan industri di pulau lagenda.. Langkawi..
Selama 3 bulan kat sana.. macam2 yang kami lalui.. ada suka, duka.. sedih.. tawa.. macam2 la.. serba serbi ada.. heheh... so, sebelum kitorang pulang ke kampung halaman masing2, kitorang pulak yg round tour pusing2 langkawi..

hari pertama kitorang pergi mangrove.. untuk sesape yg xtau, mangrove ni merupakan satu aktiviti riadah dengan menaiki bot laju dan menyusuri hutan paya bakau serta pulau yang terdapat di langkawi.. tempat2 yg wajib dikunjungi kalo pergi mangrove nie, gua kelawar, gua buaya, eagle feeding, fish farm, pulau dangli (memberi makan kpd ikan2).. selain itu, kita jugak boleh menyaksikan sempadan di antara langkawi dan thailand... cakap banyak x guna.. ni aku tunjuk sedikit gambar2 masa kitorang mangrove hari tu..

mAsa kat jetty tanjung rhu!!

dlm boat @ eagle feeding:)
gua buaya
bersama belangkas kt fish farm =)
fish farm



jd kapten boat jap..hehe =))

 tgh beramah mesra ngn ikan2 kt pulau dangli ..


bot tgh menarik pukat ikan bilis

ni la yg dinamakan nyawa2 ikan =p

mengintai ikan bilis melompat2..

dpt ikan bilis free.. =p


ni baru sebahagian dari gambar2 kitorang.. ada banyak lagi, tp xkan nak letak sumer kan.. hehehe.. 
kitorang pegi mangrove 3 jam... yg pentingnya... kitorang pergi FREE.. heheh.. xkena bayar.. tokey boat sponsor.. heheh..
then, lepas balik kitorang pergi makan... kat mane??
Bamboo Chenang Restaurant...
masa tunggu waiter amek order =))


order..order...


makan-makan..hehe...


selesai sesi makan..hehe.. licin ~

dah kenyang, pakat2 balik umah ler.. seharian berjalan2.. best....untuk  hari kedua nanti aku wat entry baru yer.. =))