Hari ini genap lima bulan aku tiba di Negeri di Bawah
Bayu ini. Teringat kembali saat kali pertama aku menjejakkan kaki di Sabah, pelbagai perasaan pada ketika itu. Gusar, gembira, sedih, takut
dan macam-macam lagi. Gusar apabila memikirkan kehidupan yang bakal aku jalani di
sini, gembira kerana akhirnya aku menjejakkan kaki di Sabah, sedih kerana berjauhan dari keluarga dan takut dengan
penerimaan masyarakat di sini.
Tambahan pula, ini juga merupakan pengalaman pertama aku
menaiki kapal terbang. Sepanjang berada di atas pesawat AirAsia yang aku naiki dari
Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, aku hanya melihat Laut Cina Selatan yang
terbentang luas. Setibanya di terminal dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota
Kinabalu, aku beserta beberapa rakan seperjuangan perlu bergegas ke terminal
satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk menaiki pesawat kedua
yang akan membawa kami ke daerah bertuah, Lahad Datu.
Setelah menunggu di platform, kami agak gelisah kerana waktu penerbangan ditunda
namun begitu apa yang ditunggu tak kunjung tiba apabila kami dikejutkan lagi dengan
pengumuman yang mana penerbangan kami terpaksa dibatalkan berikutan beberapa
masalah teknikal. Pelbagai spekulasi timbul tatkala memikirkan adanya halangan
ketika kali pertama kami perlu ke Lahad Datu. Namun begitu, penerbangan kami
diganti pada keesokkan harinya.
Berlainan pula perasaanku ketika dalam perjalanan ke
Lahad Datu. Melihat hamparan bukit bukau serta sungai-sungai menambahkan
kegelisahan hatiku. Sementelah pula ketika pesawat Maswings hampir mendarat,
aku hanya terlihat kehijauan pohon-pohon sahaja.
pemandangan dari atas flight |
Lahad Datu |
Terdetik perasaan sebak
dihatiku, bagaimana keadaan sekolah yang bakal aku berkhidmat nanti, bagaimana
keadaan rumah yang bakal aku huni, namun alhamdulillah. Aku memanjatkan kesyukuran kerana sekolahku
terletak di kawasan pekan setanding namanya iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan
Lahad Datu.
Hari pertama melapor diri disekolah aku agak terkejut
kerana kebanyakan bangunan sekolah diperbuat daripada kayu. Nampak unik kerana
berbeza dengan bangunan di semenanjung.
Terdapat beberapa buah kelas yang kelengkapan asasnya tidak berfungsi
seperti kipas. Sebak bila mengenangkan murid-murid terpaksa belajar dalam
keadaan yang kurang selesa, namun apakan dayaku. Aku sangat berharap agar suatu
hari nanti prasarana sekolah akan diperbaiki untuk memberi keselesaan pelajar
belajar dengan baik dan bersemangat.
Kini aku dapat
menyesuaikan diri dengan baik di sini. Namun
benar kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik di negeri sendiri.
p/s : cerpen tentang pengalamanku yang perlu dihantar ke IPG >_<
1 comment:
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT. Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
Post a Comment