Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Saturday, September 5, 2015

T.O.P.E.N.G

Bismillahirrahmanirrahim...



Kau Sahabat..
Kau jugalah Teman..

Sentiasa disisi saat aku jatuh dan bangun..
Selalu menemani diwaktu aku sendiri...
Aku sangat menghormati..
Aku terlalu mengagumi..
Aku juga mempercayai..

Namun sebagai manusia..

Biar bagaimana baik seseorang..
Biar seteguh mana iman seseorang..
Biar sehebat mana seseorang..

Percayalah..
Tiada manusia yang sempurna..

Kau dilihat sebagai manusia yang baik akhlakmu..
Lembut tutur bicaramu..
Tinggi nilai kesopananmu..
Darjatmu terletak tinggi..
Setanding dengan kebaikanmu..

Siapa sangka..
Kau yang ku sanjungi..
Kau yang ku hormati..
Kau yang ku percayai..
Kini..
Hancur..
Pecah..
Berkecai..
Satu demi satu..
Kepercayaanku luntur..
Keyakinanku terhakis..
Oleh tingkahmu yang menghiris..

Kejam..
Sungguh kau kejam ..
Dari apa yang kau lakukan..
Dari apa yang kau katakan..
Segalanya ..

Aku malu...
Aku kecewa..
Kau menyalahgunakan kepercayaan mereka..
Kau menghancurkan hidup mereka..
Dengan kudratmu..
Dengan tangan yang sepatutnya membimbing..
Dengan pengaruh yang sepatutnya mendidik..
Kau berikan mereka..
Satu pengalaman hidup..
Yang begitu mengerikan..

Setelah apa yang berlaku..
Layakkah kau disanjung?
Layakkah kau dijunjung?

Aku kelu..
Terlalu beku..
Apa yang harus ku lakukan..
Apa yang sepatutnya ku katakan..

Inilah Realiti..
Yang aku perlu hadapi..
Mohon diberikan petunjuk Illahi..

Setelah topengmu tersingkap..

Aku perlu kuat..
Aku perlu tabah..
Demi membantu mereka yang lemah..
Demi membetulkan semua yang salah..







Sunday, February 2, 2014

Oh Cikgu

Assalamualaikum....


Okeh,hari ni aku nak story sikit pasal cikgu-cikgi ni... Sejak dua menjak ni, dah macam trend plak kisah cikgu di akhbar-akhbar.... Glamour betul cikgu sekarang sampaikan ada kawan aku sendiri malu nak mengaku diri tu cikgu gara-gara banyak kes yang berlaku kebelakangan ni... Mana taknya, kalo orang dengar je cikgu, mesti pandangan tu akan berubah.... Siap angkat kening... Nak tragis lagi siap juih-juih bibir yang macam Angelina Jolie tuu... Semata-mata nak cakap ''Oohhh....Cikgu.........''

Hmmm.... Aku tak nafikan, kadang-kadang apa yang berlaku memang cikgu tu yang salah.. tapi bukan pada semua hal cikgu tu boleh dipersalahkan... 

Kenapa aku berani kata macam tu?? Sebab aku pernah berhadapan dengan situasi yang membabitkan seorang murid, ibubapa dan seorang guru... Bapa kepada murid ni datang ke sekolah untuk menyerang guru terbabit kerana telah menghukum anaknya.. Tanpa usul periksa, terus bapa si murid ini mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya bercampur ugutan.. Namun, setelah campurtangan dari pihak ketiga iaitu pihak pentadbiran sekolah, ternyata apa yang berlaku adalah sebaliknya... Si anak telah mengarang sebuah cerita dengan menokok tambah daripada apa yang sebenarnya berlaku hanya kerana berdendam dengan guru tersebut...  Setelah beberapa orang saksi dari kalangan murid tersebut dipanggil untuk memberi keterangan, nahh!!! Barulah si bapa itu tahu yang anaknya sengaja mereka-reka cerita.... 

Bukan sekali dua perkara begini berlaku, tetapi saban tahun.. ada sahaja kes.. Namun, tidak pula si guru menyimpan dendam jauh sekali terfikir untuk menyaman waris walaupun pernah diugut, ditampar dan pernah juga diacah dengan pedang samurai... Itulah cikgu.. bagi mereka, murid-murid hanyalah kanak-kanak kecil yang memerlukan bimbingan dan kasih sayang yang secukupnya.. Marah seorang guru kepada murid bukan bererti marah kerana tidak suka, atau membenci.. Namun marah guru kepada murid adalah kerana sayang dan kasih mereka seperti anak sendiri.. Masakan ada ibubapa yang mahukan anak-anak mereka gagal dan rosak akhlaknya??? TIDAK ADA... 

Bebanan tugas guru yang semakin hari semakin banyak. Bukan hanya untuk mengajar dan mendidik pelajar sahaja, namun guru mempunyai tugas sampingan lain yang lebih banyak... Tugas mengurus, merancang dan melaksanakan sesuatu memang tidak dapat lari dari seorang guru. Tambahan pula zaman ini pelbagai kemajuan telah dicapai. Ibubapa dapat melihat pencapaian anak-anak mereka dengan menggunakan hujung jari sahajaa... Tetapi adakah anda terfikir siapa dan bagaimana orang yang bertanggungjawab untuk menghasilkan semua itu??? Guru perlu bersengkang mata untuk melengkapkan semua walaupun guru itu terpaksa tidur pada lewat malam ataupun terpaksa bangun pada dinihari untuk menyelesaikan semua. Ada yang mempertikai kerja cikgu senang.. pergi sekolah mengajar hanya dalam tujuh jam, seminggu cuti dua hari...Setiap kali cuti sekolah, cikgu pon bercuti.. Tetapi telahan anda silap.... Realitinya guru yang komited terhadap tugasnya banyak urusan lain yang perlu dibuat selain daripada berCUTI.. 

Ada yang cakap gaji guru selalu dinaikan???? Kalaulah anda tahu berapa banyak guru mengeluarkan duit sendiri demi anak-anak anda, tentu sekali anda tidak sanggup berkata demikian... 

Hanya orang dari profession tersebut yang tahu bagaimana sukarnya tugas mereka.. Berdampinglah dengan seorang guru untuk mengetahui tugas guru.. Berdampinglah dengan seorang doktor untuk mengetahui peranan doktor dan sebagainya. Kebanyakkan adalah ibubapa dan bukan semua ibubapa seorang guru. Setiap guru sangat berharap untuk memberikan yang terbaik demi kecemerlangan anak-anak didik mereka kerana jika kita  berbakti dan tidak berkira dengan orang lain, maka orang juga tidak akan berkira dengan anak cucu dan keturunan kita...  

What goes around comes around... 

Jadi, sebagai ibubapa yang prihatin terhadap anak-anak, sama-samalah kita membentuk anak-anak dengan baik kerana pendidikan awal kanak-kanak bermula dari rumah.. Jangan sesekali bercakap menggunakan perkataan kurang sopan di hadapan anak-anak kerana mereka mudah terpengaruh dan hilang rasa hormat terhadap orang lain. Anak-anak kita adalah wajah kita.. Luangkan sedikit masa untuk bersama anak-anak kerana perhatian dan kasih sayang anda sangat diperlukan oleh mereka...  


Lihatlah sesuatu dengan mata hati dan nilailah dari sudut yang positif... InsyaAllah, kejayaan milik kita...

Wallahua'lam..


p/s : Terima kasih kepada semua cikgu, ustaz, ustazah yang pernah mengajar saya. Sungguh besar jasa kalian tidak dapat saya balas..

Wednesday, July 11, 2012

Cerpen



Hari ini genap lima bulan aku tiba di Negeri di Bawah Bayu ini. Teringat kembali saat kali pertama aku menjejakkan kaki di Sabah, pelbagai perasaan pada ketika itu. Gusar, gembira, sedih, takut dan macam-macam lagi. Gusar apabila memikirkan kehidupan yang bakal aku jalani di sini, gembira kerana akhirnya aku menjejakkan kaki di Sabah, sedih kerana  berjauhan dari keluarga dan takut dengan penerimaan masyarakat di sini.
Tambahan pula, ini juga merupakan pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang. Sepanjang berada di atas pesawat AirAsia yang aku naiki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, aku hanya melihat Laut Cina Selatan yang terbentang luas. Setibanya di terminal dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, aku beserta beberapa rakan seperjuangan perlu bergegas ke terminal satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk menaiki pesawat kedua yang akan membawa kami ke daerah bertuah, Lahad Datu.
Setelah menunggu di platform, kami agak  gelisah kerana waktu penerbangan ditunda namun begitu apa yang ditunggu tak kunjung tiba apabila kami dikejutkan lagi dengan pengumuman yang mana penerbangan kami terpaksa dibatalkan berikutan beberapa masalah teknikal. Pelbagai spekulasi timbul tatkala memikirkan adanya halangan ketika kali pertama kami perlu ke Lahad Datu. Namun begitu, penerbangan kami diganti pada keesokkan harinya.
Berlainan pula perasaanku ketika dalam perjalanan ke Lahad Datu. Melihat hamparan bukit bukau serta sungai-sungai menambahkan kegelisahan hatiku. Sementelah pula ketika pesawat Maswings hampir mendarat, aku hanya terlihat kehijauan pohon-pohon sahaja.
pemandangan dari atas flight

Lahad Datu

 Terdetik perasaan sebak dihatiku, bagaimana keadaan sekolah yang bakal aku berkhidmat nanti, bagaimana keadaan rumah yang bakal aku huni, namun alhamdulillah.  Aku memanjatkan kesyukuran kerana sekolahku terletak di kawasan pekan setanding namanya iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu.
Hari pertama melapor diri disekolah aku agak terkejut kerana kebanyakan bangunan sekolah diperbuat daripada kayu. Nampak unik kerana berbeza dengan bangunan di semenanjung.  




 Terdapat beberapa buah kelas yang kelengkapan asasnya tidak berfungsi seperti kipas. Sebak bila mengenangkan murid-murid terpaksa belajar dalam keadaan yang kurang selesa, namun apakan dayaku. Aku sangat berharap agar suatu hari nanti prasarana sekolah akan diperbaiki untuk memberi keselesaan pelajar belajar dengan baik dan bersemangat.
            Kini aku dapat menyesuaikan diri dengan baik di sini.  Namun benar kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

p/s : cerpen tentang pengalamanku yang perlu dihantar ke IPG >_<

Tuesday, June 19, 2012

CIKGU

assalamualaikum....

dalam pada aku tengah sibuk mengisi E-LAPORAN untuk dihantar esok, sambil mencuri masa untuk mengisi  markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), tiba-tiba muncul persoalan dalam benak fikiran aku nie..

Siapa sebenarnya Cikgu @ Guru nie???

kat sini aku akan senaraikan beberapa tugasan Guru yang korang perlu tau...

1. Guru sebagai pendidik ... -> Seperti yang kita sedia maklum, guru merupakan medium penyampai ilmu. Mengajar, mendidik dan memastikan agar semua anak didik mendapat ilmu yang diberikan. 
 
2. Guru sebagai pemimpin ... -> tugas guru mengurus & memimpin semua anak muridnya agar mengikut alur yang ditetapkan. Guru mengawal anak didik mereka sepertimana seseorang pemimpin mengawal sesebuah negara.

3. Guru sebagai akauntan ... -> membanci dan menguruskan akaun murid yang layak menerima bantuan..
 
4. Guru sebagai doktor ... -> memastikan keadaan dan kesihatan anak didik berada dalam keadaan yang baik.. merawat pelajar jika berlaku sebarang masalah kesihatan atau kecederaan ringan..
 
5. Guru sebagai juruaudit ... -> melengkapkan data pelajar serta menyediakan laporan..
 
6. Guru sebagai juruteknik ... -> menyediakan  kelengkapan  serta memasang sendiri peralatan untuk sebarang majlis di sekolah..
 
7. Guru sebagai kaunselor ... -> memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada murid yang bermasalah dan yang mempunyai masalah..
 
8. Guru sebagai penglipurlara ... -> membuat jenaka & bercerita kepada pelajar ..


okeh.. ini baru beberapa..kalo korang ada lagi untuk penambahan, dialu- alukan.. nanti aku update.. >_~

jadi, ada sesapa lagi yang takpuashati dengan CIKGU nie?? meh sini aku lesinggg sekali... ekekek :P