Thursday, January 19, 2017

TRIP TO KOREA PART II

Assalamualaikum...

Seperti yang dijanjikan, aku akan sambung cerita tentang percutian kami ke Seoul, Korea Selatan. Kalau belum baca post sebelum ni, boleh baca kat sini Trip To Korea Part I  .

DAY 1 (NAMINARA ISLAND & PETITE FRANCE)

      Tempat pertama kitorang pergi ialah Naminara Island. Kalau korang peminat KPOP, sure korang tau tentang Naminara Island ni. Kawasan pulau ni merupakan tempat penggambaran drama Korea yang pernah meletop suatu ketika dahulu iaitu Winter Sonata. Kalau korang nak feeling-feeling macam drama tu pastikan korang datang masa tengah-tengah musim sejuk sebab masa kitorang datang salji malu-malu lagi nak turun. Maklum la baru mula musim sejuk. Suhu masa tu dalam 3 hingga 0 darjah celcius. Walaupun takde salji, tapi masa tu memang sejuk betul.

Laluan untuk ke Itaewon Station.. Sebelah kanan tu jalan raya

  Kitorang bergerak keluar dari guesthouse jam 7.30 pagi dan berjalan menuju ke Itaewon subway station. Tak jauh pon, dalam 4 minit camtu je jalan kaki. So, dari Itaewon kitorang turun di Yongsan Station (Line 1) dan transit ke Gapyeong Station (ITX Line). Kalau korang nak tau, kat Korea ni korang akan di caj sebanyak  KRW1500 per entry tak kisah la korang turun kat mana-mana station pon kalau naik Metro tu. Korang boleh transit ke Line yang lain tanpa perlu scan keluar. So, pastikan korang tahu station mana yang korang nak pergi jadi boleh transit je. Walau bagaimanapun ada juga station yang korang perlu scan keluar contohnya nak ke Gapyeong tu kena tukar ke Line ITX. Jadi tak sama dengan Metro.

Peta laluan metroline

Sampai di stesen Gapyeong, korang boleh pilih nak naik Teksi atau Bas untuk ke Jetty. Kalau korang naik bas, cuma bayar KRW6000. Korang boleh naik dan turun di mana-mana tempat yang korang nak pergi sebab dia akan tour ke tempat-tempat sekitar tu. Kalau untuk teksi pula korang akan di caj dengan harga yang sama sehala untuk satu kereta. Jadi kitorang ni fefeeling cam pandai sangat, pegi la naik teksi sebab satu teksi kitorang naik 3 orang, jadi kalau kongsi dapat la sorang KRW2000. Murah lagi la kononnya... haha.. (jangan terpedaya, baca bagi habis)..

Kawasan luar Gapyeong Station

 

Masa bergambar ni sempat lagi driver
bas di sebelah tu stop kejap. Ingatkan ada
apa, rupanya nak ucap "pagi.." hehe.. 
dah pandai cakap Melayu ahjusshi tu

  Perjalanan dari Gapyeong Station ke Naminara (Jeti) tu tak jauh mana. Sampai kat situ korang boleh beli tiket untuk entrance/ferry  ke Naminara Island. Kalau ada ferry yang menunggu kat situ boleh terus berbaris dan naik sebab ada pekerja yang akan kira berapa orang yang naik. Cukup kuota untuk satu ferry baru dia akan jalan. Jadi kalau korang pergi beramai-ramai, pastikan tak terpisah la. Kalau dah macam nak penuh je ferry tu, tunggu jela next trip sebab tak lama pon kena tunggu. Dalam 15 minit gitu je. Naik je ferry tu rasa excited giler bila nampak bendera-bendera dari pelbagai negara termasuk Malaysia. Korang boleh enjoy atas ferry tu nak lepak kat dalam dalam atau luar. Kalau taknak sejuk, better dok dalam la. Tapi nak ingatkan korang, ferry tu takde tempat duduk, berdiri je..haha..

Get ready nak masuk Republic Naminara




Gambar sebelah kiri : Feri  yang digunakan untuk menyeberangi pulau Nami      


Gambar sebelah kanan : Nampak tak bendera Malaysia tu? Hehe.. Saja nak bergambar depan cermin feri tu.



 Jejak je kaki kat pulau tu, dia punya excited tu takyah cakap la. Nampak sign board Naminara Island, bersaksikan dedaunan keguguran dahan nan kerapuhan...ehh... haha.. takde la.. Okeh, dalam pulau tu korang boleh pilih nak jalan kaki, sewa basikal atau naik train. Tapi train tu xpusing satu pulau pon jadi harganya tak dapat dipastikan sebab kitorang jalan kaki je. Suhu yang sangat rendah buat korang xrasa penat pon berjalan mengelilingi kepulauan tu. Berjalan dalam keadaan yang santai sambil menghayati dan menikmati keindahan ciptaan Allah buat aku rasa beruntung sangat. Betapa besarnya kuasa Dia hingga dapat menciptakan dunia ini dengan pelbagai keajaiban.

      Sepanjang perjalanan tu korang boleh la fefeeling ala-ala winter sonata sebab keadaan di sana masih sama macam dalam drama tu. Pokok-pokok yang ditanam sangat tersusun. Memang bergambar habis-habisan la sebab nak pergi bukan senang kan. Bila dah penat berjalan, perut rasa lapar, boleh terus ke restoran sebab ada pilihan restoran halal di sana. Selain tu, surau juga turut disediakan untuk pelancong muslim menunaikan ibadah. Kiranya complete set la ni.

















Gambar atas : Peta Kepulauan Nami.

Gambar kanan : Nampak tak yang kaler oren tu? Itu la kertas yang berbentuk daun yang digunakan untuk pelancong menulis sebagai kenangan dan diikat pada pagar tu. 


Gambar kiri : nampak tak daun kering dalam kolam tu? Kalau nak tau itu pokok teratai yang dah melalui musim luruh. Jadi ia kering dan mati. Tapi pokok ni akan kelihatan sangat cantik masa musim bunga. 












Walaupun masa kitorang sampai takde salji, tapi bole lagi feeling macam tengah buat snow man... hihihi














Asal nampak batang pokok je wajib nak bergambar.. haha.. biar la orang cakap kejakunan ke kebaruan ke..





Dua-dua gambar di atas ni sengaja dibesarkan supaya korang boleh nampak jelas. Dalam gambar tu ada macam pecahan kaca kan? Itu sebenarnya kepingan ais. FYI suhu masa tu sangat sejuk sampai permukaan sungai menjadi beku. Tapi ingat, jangan sesekali cuba pijak pula sebab permukaan tu tak cukup kuat untuk menampung berat manusia.




 Kalau dah sampai Nami tak sah kalau tak bergambar dengan arca hero dan heroin winter sonata ni. Wajib!! Sebagai bukti dah sampai Nami..haha 
 Nama pon percutian bajet, jadi makan bawak sendiri je. Maggi dan kek pisang.Heaven dah tu pon. Air panas yang dalam tumbler pon sejuk oii... Makan megi separuh siap.. haha.. Kek pisang tu plak rasanya macam ko baru keluarkan dari peti sejuk terus makan..

Ini satu tempat yang wajib aku singgah. 
Kalau kat Malaysia memang jauh panggang
 dari api la, tapi kat sini tak sabar nak 
dok depan api.. sebab sejukkkkk gilerrrrr....
 suhu masa ni dalam3-0 darjah celcius



       Seterusnya dari Nami kitorang bergerak untuk ke Petite France. Dari jeti tu, tanpa ragu-ragu kitorang naik teksi untuk ke Petite France. Ingatkan dekat je, rupanya jauh giler. Perjalanan lebih 15 minit. Tu belum cerita cara driver teksi tu bawa kereta, laju betul. Dengan jalan ke sana berbukit bukau dan banyak selekoh, mabuk terus aku. Haa..kalau nak tau, awal-awal musim sejuk gini kebiasaannya diorang buka tingkap je, tu pon rasa macam dalam aircond. Kalau dah sejuk sangat tu baru diorang buka pemanas. 
       Ingat tak aku cakap yang naik teksi kena bayar KRW6000 je tu? Sesampainya di Petite France tu, kitorang dikenakan caj sebanyak KRW18000 sehala!!! Tanjat gegel...  Mana taknya, kitorang punya bajet lari jauh kot *nangis*.. Rupanya orang yang jawab soalan kitorang masa di tourism korea tu bagitau tambang dari Gapyeong Station ke Jeti Nami tu je.. Dari jeti ke Petite France tu dia tak bagitau. Patut aku rasa jauh semacam. Hairan juga kalau KRW6000, murah sangat tu...huhu.. Tapi kitorang ambil sebagai pengajaran la..phewww.... 
       Untuk masuk ke Petite France korang perlu membeli tiket yang berharga KRW8000. Sama je harga dengan masuk Nami tu. Kat sini ada pelbagai bangunan yang berwarna warni dan reka bentuk yang menarik. Dari situ boleh nampak tasik dan pemandangan yang cantik. Nak tau serba sedikit boleh klik je mana-mana perkataan Petite France. Aku dah letak link dengan tourism Korea. 
Selebihnya boleh layan gambar ni....hehe




















     Dah siap jelajah di Petite France tu, kitorang bergerak ke Gapyeong Station untuk pulang ke Itaewon. Niatnya nak naik bas je sebab mahal kalau naik teksi, tapi nasib tak menyebelahi bila bas dah takde. Yang tinggal pon under travel agency je. So, nak tak nak naik teksi juga la.. Terbang lagi KRW18000.. Tak kisah la,asal dapat balik je sebelum malam sebab makin lewat makin sejuk... Jadi, ni jela program iolls untuk hari kedua... Hari seterusnya tunggu la yer... haha.. kalau ada masa aku sambung lagi.. TATA.... ^___^

No comments: