Thursday, March 1, 2012

BUKAN MUDAH

Assalamualaikum...

aku tahu.. 
bukan mudah untuk hidup di tempat asing..

aku tahu..
bukan mudah untuk menerima sesuatu yang baru..

aku tahu..
bukan mudah untuk menyenangkan hati semua orang..

aku tahu..
bukan mudah menerima hakikat...

namun...
itulah realiti kehidupan..
akan aku cuba untuk menyesuaikan diri..
akan aku cuba untuk menerima..
akan aku cuba menggembirakan setiap orang..
akan aku cuba menerima kenyataan ini..

biarpun tidak diendahkan..
biarpun dicemuh..
biarpun aku harus menangis..

tetapi..
harus aku ingat..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..
DIA tidak akan menjadikan sesuatu tanpa sebab..
aku bersyukur..
aku masih mampu meneruskan semua ini..

Tuhan...
aku pohon..
kurniakan aku tingkat kesabaran yang tinggi untuk menanggung semua ini..
lapangkan hatiku dalam menerima semua perkara..
permudahkanlah segala urusanku..
berikan kekuatan padaku YA RABB..
hanya engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani...
amin
''=_=''

2 comments:

Koding said...

Memang bukan mudah...
Namun mesti ada azam untuk memulakan perubahan...

Jemput ke blog Koding….

darkrose~ said...

segalanya nnt kan jadi mudah untuk adik akk yg baik ni~:)