Wednesday, July 11, 2012

Cerpen



Hari ini genap lima bulan aku tiba di Negeri di Bawah Bayu ini. Teringat kembali saat kali pertama aku menjejakkan kaki di Sabah, pelbagai perasaan pada ketika itu. Gusar, gembira, sedih, takut dan macam-macam lagi. Gusar apabila memikirkan kehidupan yang bakal aku jalani di sini, gembira kerana akhirnya aku menjejakkan kaki di Sabah, sedih kerana  berjauhan dari keluarga dan takut dengan penerimaan masyarakat di sini.
Tambahan pula, ini juga merupakan pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang. Sepanjang berada di atas pesawat AirAsia yang aku naiki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, aku hanya melihat Laut Cina Selatan yang terbentang luas. Setibanya di terminal dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, aku beserta beberapa rakan seperjuangan perlu bergegas ke terminal satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk menaiki pesawat kedua yang akan membawa kami ke daerah bertuah, Lahad Datu.
Setelah menunggu di platform, kami agak  gelisah kerana waktu penerbangan ditunda namun begitu apa yang ditunggu tak kunjung tiba apabila kami dikejutkan lagi dengan pengumuman yang mana penerbangan kami terpaksa dibatalkan berikutan beberapa masalah teknikal. Pelbagai spekulasi timbul tatkala memikirkan adanya halangan ketika kali pertama kami perlu ke Lahad Datu. Namun begitu, penerbangan kami diganti pada keesokkan harinya.
Berlainan pula perasaanku ketika dalam perjalanan ke Lahad Datu. Melihat hamparan bukit bukau serta sungai-sungai menambahkan kegelisahan hatiku. Sementelah pula ketika pesawat Maswings hampir mendarat, aku hanya terlihat kehijauan pohon-pohon sahaja.
pemandangan dari atas flight

Lahad Datu

 Terdetik perasaan sebak dihatiku, bagaimana keadaan sekolah yang bakal aku berkhidmat nanti, bagaimana keadaan rumah yang bakal aku huni, namun alhamdulillah.  Aku memanjatkan kesyukuran kerana sekolahku terletak di kawasan pekan setanding namanya iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu.
Hari pertama melapor diri disekolah aku agak terkejut kerana kebanyakan bangunan sekolah diperbuat daripada kayu. Nampak unik kerana berbeza dengan bangunan di semenanjung.  




 Terdapat beberapa buah kelas yang kelengkapan asasnya tidak berfungsi seperti kipas. Sebak bila mengenangkan murid-murid terpaksa belajar dalam keadaan yang kurang selesa, namun apakan dayaku. Aku sangat berharap agar suatu hari nanti prasarana sekolah akan diperbaiki untuk memberi keselesaan pelajar belajar dengan baik dan bersemangat.
            Kini aku dapat menyesuaikan diri dengan baik di sini.  Namun benar kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

p/s : cerpen tentang pengalamanku yang perlu dihantar ke IPG >_<

1 comment:

Outbound di Malang said...

kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT. Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)