Assalamualaikum w.b.t..
Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru dan Selamat Kembali ke Sekolah untuk adik-adik serta cikgu-cikgi sekalian alam!!
Okeh, memandangkan lama betul tak buat entry, so hari ni aku cuba untuk luangkan masa aku.. Faham-faham jela bila buka sekolah ni setiap minit amat berharga.. Jadi sebelum aku menjadi lebih sibuk, baik aku curi masa yang ada ni.
Orait, berbalik kepada topik asal, aku nak kongsikan pengalaman aku bercuti ke Seoul, Korea Selatan baru-baru ni. So, aku decide nak mengabadikan kenangan tu kat sini...
Let's check it out!!!
Sebenarnya aku boleh kategorikan percutian aku ni sebagai unplanned vacation sebab aku takde terfikir langsung nak bercuti ke luar negara dalam masa terdekat ni. Semua bermula masa aku lepak makan malam dengan kawan-kawan kerja aku. Tengah berborak, tetiba sorang kawan aku ni bagitau dia akan ke Korea masa cuti hujung tahun. Aku macam biasa, dengar je, takde rasa nak join pon masa tu. Tapi lepas sorang lagi kawan aku ni excited sangat kalau dapat join sekali, aku pon acah-acah nak ikut jer.. Haha..
Nak jadikan cerita, aku tanya housemate aku Ecah, nak pergi Korea tak? So dia tanya family dia semua cakap ok, kitorang on! Terus malam tu jugak cari tiket (bulan 9 masa tu) kat website
https://www.cheapflights.com.my/
korang boleh check kat situ kalau nak ke mana-mana sebab ia akan senaraikan harga tiket bermula dengan yang paling murah hinggalah yang paling mahal serta pilihan syarikat penerbangan yang pelbagai.. so boleh pilih sendiri mana yang sesuai dengan bajet korang...
Memandangkan plan asal nak join kawan aku ni, so aku dan Ecah kena booking tiket yang sama syarikat dan timing dengan kawan kitorang tu.. Kitorang booking Vietnam Airlines dan harga tiket masa tu RM1313.00 return dari KLIA ke Incheon International Airport.
Nama pon Vietnam Airlines, jadi kitorang kena transit di Ho Chi Minh dulu.. Disebabkan harga tiket tu agak murah, kitorang transit agak lama dan perlu bermalam di Vietnam.. Jangan risau, kat airport tu ada Sleep Zone untuk korang tidur kalau taknak check in hotel.. Kitorang tak tidur kat situ pon sebab kitorang dapat port paling best kat ruangan menunggu tu je... Haha..
Apsal aku cakap best? Sebab kat situ ada water dispenser dan tandas!!! Dua benda tu yang paling penting buat aku.. Bab makan, kitorang ada bawak maggi cup, minuman 3 in 1, biskut dan coklat.. So, settle! Haa... Kalau korang nak tau, airport kat Ho Chi Minh ni sangat la bersih sebab cleaner dia akan selalu bersihkan dan mop lantai.. Sampaikan kitorang gelar makcik stalker kat cleaner tu sebab kalau ada orang keluar dari tandas, dia akan pegi buat spotcheck balik kat tandas tu.. So kalau masuk tandas pon payah nak jumpa walaupun setitis air kat lantai dia.. Bersih yang amat! Tapi jangan korang sengal pulak pegi siram air kat lantai tu kalau taknak kena bebel.. Hahaha..
Jadi ringkasan perjalanan kitorang kira camni la;
4/12/2016 (Kuala Lumpur - Ho Chi Minh)
5/12/2016 (Ho Chi Minh - Incheon)
Return
12/12/2016 (Incheon - Ho Chi Minh)
13/12/2016 (Ho Chi Minh - Kuala Lumpur)
 |
Boarding Pass |
 |
Breakfast di Ho Chi Minh |
 |
View dari Ho Chi Minh Airport |
 |
Sampai di Incheon |
 |
Orang korea sangat berdisiplin... Berbaris tunggu train nak ke Arrival Hall |
 |
Sampai Incheon roda hilang satu.. Boleh claim ganti rugi tapi sebab aku malas nak berurusan jadi aku blah je..huhu
|
|
Dari Incheon, naik subway ke stesen gongdeok kemudian tukar line dan teruskan perjalanan ke Itaewon (masa ni dah ready dengan winter coat sebab sejuk sangat) |
So untuk hari pertama kitorang kat sana takde buat apa sebab sampai Itaewon dah malam.. Pergi simpan barang dekat guest house , kemudian pergi makan malam dan balik tidur.. FYI kat Itaewon ni banyak tempat makanan halal.. cuma siapkan duit sahaja..hehe..
Untuk guest house pulak kitorang cari di website
kat sini korang cuma perlu masukkan maklumat berkenaan seperti tempat, tarikh / jumlah hari korang nak stay dan search .. lepas tu korang pilih la yang mana sesuai dan booking.. Jangan lupa untuk contact host untuk tanya apa yang perlu dan paling penting baca review dulu!! Selamat mencuba!
Baca...