Monday, February 3, 2014

Pandanglah Lihatlah

Assalamualaikum.....


Hari ni aku rasa sedikit tak selesa.. bukan hari ni jer tapi dah banyak hari sebenarnya. Mungkin faktor hormon kurang stabil.. mungkin juga ianya kerana eksperimen yang sedang aku jalankan ni... who know? 

Back to da topic today, aku dah banyak sangat melihat dan memandang. Memandangkan aku ni rabun,mungkin ada di antara yang aku pandang tu tidak jelas. Soalannya di sini,pentingkah pandang, memandang dan pandangan itu?? 

Bagi aku, ianya sangat penting dalam kehidupan kita. Bukan apa, kadang-kadang kita suka sangat judge sesuatu berdasarkan pandangan kasar kita. For sure, first impression is important. Aku pon begitu tetapi tidak semua kita boleh nilai dengan pandangan pertama kita. Mungkin apa yang kita lihat tu tidak sama dengan apa yang berlaku. Mungkin juga apa yang ditunjukkan pada kita itu cuma sekadar manipulasi.

Aku ni jenis spesies yang suka menganalisis apa yang berlaku di sekeliling aku. Kenapa ia berlaku, siapa yang melakukan, bila ia terjadi dan apa sahaja yang boleh membantu. Bukan sebagai penyibuk, tetapi untuk mengelakkan perkara yang sama berulang.  

Jangan hanya pandang sesuatu dengan mata kasar, tetapi pandanglah juga dengan mata hati. Action speaks louder than words. Kadang-kadang kita tak sedar apa yang berlaku mungkin adalah berpunca dari kekhilafan kita sendiri. 

Jom sama-sama nilai kembali diri kita. Apa yang kita lakukan? Adakah perkara positif lebih banyak dari yang negatif atau sebaliknya? Wallahua'lam..



p/s : I prefer to keep myself silence than talking too much to avoid making other people hurt.. 

No comments: