Thursday, August 4, 2011

Ramadhan | harga barang meningkat?

Assalamualaikum & Salam Ramadhan..

Diam tak diam dah 4 hari umat islam menjalani ibadah puasa kan..

By da way, pagi tadi aku bawa mak aku pegi pasar untuk beli barang-barang serta lauk untuk dimasak sebagai juadah berbuka dan sahur nanti.. Kalau orang-orang tempatan sini tak panggil pasar sebab kat sini lebih glamour dengan panggilan 'nat'..

So, masa nak beli barang-barang ni, macam biasa la survey dulu apa yang patut beli & apa yang tak patut serta harga-harga barang.. Apa yang aku tengok sebahagian barang-barang masih dijual dengan harga yang sama namun ada juga beberapa barang yang dijual dengan harga yang agak tinggi antaranya ikan.. Ada yang biasanya berharga RM3/4 dah jadi RM7.. ada pulak yang sampai RM10.. 

Kalau harga nie dijual di kawasan bandar, aku tak kisah sangat.. tapi ni kampung yang memang sah2 dekat sangat dengan laut.. kalau kat kampung pon jual dengan harga yang tinggi, susah la.. Bukan semua orang bernasib baik.. last2 apa yang aku dengar, kebanyakan orang yang tinggal di kawasan kampung yang berhampiran sungai mengambil keputusan memancing sendiri jer.. dah nak beli ikan laut mahal, pancing je la ikan sungai... keluarkan duit beli umpan jer.. hurmm... kali nie aku anggap maybe ikan mahal sebab dah mula musim tengkujuh.. susah nelayan nak pegi tangkap ikan.. ye ker??... =P

Lagi satu, dekat simpang masuk kampung aku, ada la dua tiga buah kedai kat situ, tadi aku singgah nak beli minyak masak, tapi tokey kedai tu cakap, minyak habis.. kedai sebelah-sebelah tu pon same gak.. tak pasal-pasal aku kena patah balik lebih kurang 2KM semata-mata nak beli minyak masak.. adehh... kalau memang minyak habis takpe la.. tapi mak aku cakap, memang selalu kalau bulan puasa diorang buat macam nie.. simpan stock minyak masak.. then sampai masa diorang jual dengan harga yang telah dinaikkan.. tambah2 pulak tadi mak aku dengar isteri tokey kedai tu cakap " kalau harga gula boleh naik kenapa minyak tak boleh??" ermm.. apa la nak jadi macam nie.. asal nak puasa, nak raya, harga barang dah dok elok2 dinaikkan.. kalau macam ni la.. orang yang miskin akan lebih miskin dan tokey2 kedai semakin kaya..

apa-apa pon aku nak ucapkan selamat berpuasa ^_~


p/s : kedai-kedai runcit kat kawasan kampung aku dimonopolikan oleh orang-orang cina except satu jer kedai Melayu dekat jalan masuk kampung aku ni.. o_O

5 comments:

Adam Idris said...

standard la tu musim perayaan, dorang pikir nak untung je, kita ni pengguna lak kena bayar lebih, x best betul, haha

kiEyn kiNah said...

beli je la kat kedai melayu tu...klu nek harga x tau la nak kata pa...huhu

jehanfrhin said...

Adam Idris : ha'ah.. mmg pon.. kalo camtu nak niaga jugak la.. dpt untung byk2 bley beli bju raya sedozen... =)

Kieyn kinah : kedai melayu tu tak naik harga.. tp harga yg dia jual pon mmg dh brganda dr harga biasa.. camne tu??

apik pehe said...

pergi kedai 1 malaysia ek..ehehhe

jehanfrhin said...

apik pehe : kat sini xder kedai 1 Malaysia nie.. kalo ade, confirm tetiap ari g borong..hehe