Tuesday, August 23, 2011

5 tempat yang aku teringin sangat-sangat nak pergi

Assalamualaikum..
selamat pagi malaysia..

apa khabar korang3?? sihat??
alhamdulillah...

okeh.. kat sini aku nak senaraikan tempat.tempat yang menjadi impian dan idaman aku untuk melancong..
aku tak tau tahun bila aku akan dapat pergi semua tempat-tempat ni.. mungkin kalau aku dapat pergi salah satu dari tempat-tempat nie, aku akan buat entry khas kot.. heheh.. so, korang3 doakan la aku murah rezeki.. nanti dapat la aku pergi..

btw kenapa 5 tempat je aku nak pergi??

jawapannya.........

kalau ikutkan banyak sangat tempat yang aku teringin nak pergi.. tapi aku listkan 5 jer sebab yang 5 ni pon belum tentu aku dapat pergi.. hik3..

 jom tengok.. tempat mana yang menjadi sasaran aku!!! 

jeng3...


tempat ke-5


 tempat yg ke-5 jatuh kepada!!! 

PULAU SIPADAN

sapa yang tak tau pulau ni terletak kat mana sila angkat kaki!!

" Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia."

perghh!! dapat snorkelling @ diving kat sini memang terrrrbaikkkkkk ar..


tempat ke-4


yeahh!! mesti semua orang dah tau kan3...
tempat yang seterusnya.. naik satu anak tangga.. 
PARIS

" Paris merupakan ibu negara Perancis. Terletak di sungai Seine, iaitu di utara Perancis,  menjadikan Paris sebuah pusat budaya dan perniagaan yang paling maju. Paris juga merupakan sebuah bandar yang paling popular di kalangan pelancong dan menerima sehingga 30 juta pelancong asing setahun.. "

ni kalo dapat baring kat atas hamparan rumput sambil menghadap Eiffel Tower.. memang kebaboom lar!!


tempat ke-3


tempat yang ke-3 dimiliki oleh.....

TAJ MAHAL

" Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'."

aku memang teringin benor nak pergi tengok.. ape la yang ada kat dalam tu.. senibina yang sangat menakjubkan.. memang superbb!! agak-agak future husband aku nanti sanggup tak nak bina sebuah mahligai indah macam ni untuk aku?? keh3..

tempat ke-2


naib juara dimenangi oleh......

MALDIVES

"Maldives, nama rasminya Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia."

tengok air lautnya.. fuhh... sejuk badan rasa... macam nak baring jer dalam laut nih.. boleh pulak layan diving, usha-usha coral.. memang maveles betoii... pulau ni memang sangat3 aku teringin nak pergi okeh!! ada bantahan?? =P

tempat pertama


takhta yang pertama atau juara telah disandang oleh.....

MAKKAH AL MUKARRAMAH

tahniah diucapkan kerana berjaya memenangi hati aku... ^^

"Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.

Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah."

ni la tempat yang sangat sangat sangat aku nak pergi.. kalau dapat tunaikan umrah @ haji memang beruntung la...  agaknya bila yer aku dapat jejakkan kaki ke Tanah Haram ni?? ada sape2 yang kenal ahli nujum tukang tilik tak?? haha.. jgn.. tahyul tu.. 
---------

sekian sudah 5 tempat yang aku senaraikan.. so, ada sapa-sapa yang rasa gatai tangan nak sponsor aku tak?? sila tempahkan tiket atas nama aku okeh.. ^_~ dengan senang hati aku terima.. muahaha..



*p/s : sampai dua pulau aku teringin pergi kan?? hehe.. sebabnya.. aku suka tengok laut.. dah aku membesar kat pulau langkawi.. so, memang sah la jiwa pulau dah sebati dengan aku nie.. hehe.. korang3 ada tak tempat yang jadi impian?? jom share *_*

5 comments:

Rosmarieza said...

perghhhhhhhhhhhhh~ taj mahal tuuuu!;) insyaAllah akan sampai jugak ke sane.......;) amin3..:)

jehanfrhin said...

aminnn..hehe.. agak2 kalo target sebelum umur 30 boleh g salah satu dr temoat2 tu boleh tak eh?? ^_*

Terbelog said...

tempat ke lima tu bukan gambar pulau sipadan..
tu gambar Kapalai resort..
sy dah pg sipadan dan kapalai :)

jehanfrhin said...

owh.. ye ker.. ni amek yg pakcik google pny.. ermm.. nampak sgt sy xpenah pergi..hahaha.. =P

kiEyn kiNah said...

ang boleh g sume tempat tu...janji duit berkepul2 dlm poket...x pun ang kawen ja la ngan tan sri ke dato' ke...jgn ngan anak dia...anak dia x kaye cam bapak dia...hahaha ^^