Sunday, June 19, 2011

~ jangan cakap pasal AMANAH jika diri sendiri TIDAK AMANAH!! ~

 

Assalamualaikum w.b.t..

Malam nie tetiba plak rasa panas.. Tengok tajuk entry saja pon dah terasa bahang ni.. Aku cukup bengang dengan orang yang cakap tak serupa bikin nie.. Orang kedah kata “cakap kemaih” ..  Kemain nak cakap kat orang macam diri sendiri perfect sangat!!

 

situasi 1 :

“saya kalau bagi markah/penilaian saya akan bagi ikut apa yang saya rasa.. kalau saya nampak macam layak, saya tulis layak.. kalau saya rasa tak layak, saya cakap tak layak.. saya nie amanah.. tak makan bodek-bodek nie…”

=> Memang la bagus macam tu.. tak makan rasuah.. tak makan bodek.. terus terang.. tapi agak2 la cik Kak oOiii!!! tak kan la orang dah buat kerja separuh nyawa, tak hargai langsung!!! kalau bab nak bagi kerja, tak bagi sikit2.. kerja yang tak sepatutnya pon kena buat!! nak sembang pasal amanah, tapi kenapa tak amanah dengan garis panduan latihan industri tu?? antaranya, memberi latihan dan mengajar pelajar tentang tugas-tugas.. tapi bukan memberi latihan, menggunakan kami dengan sepenuhnya!! kalau aku buat report kat atasan memang kena dah!! bukan nak mintak lebih pon.. Tolong la belajar menghargai!!!  kalau nak banding la.. kat tempat lain orang duduk rileks goyang kaki je boleh dapat full mark!! Diulangi FULL MARK!! sampaikan kat kolej aku lecturer boleh tanya,

“kenapa markah kamu banyak nie jer?? saya dah cakap kat dia suruh bagi banyak sikit”..

“entah la ustaz..” O_o

 

situasi 2 :

“ akak, saya nak tengok contoh laporan budak-budak semester lepas boleh tak??….. ”

“eh, tak boleh la.. pihak kolej dah pesan dekat akak, jangan bagi korang tengok laporan tu… ”

“ ala.. nak tengok format je la.. bukan nak copy pon apa yang diorang buat…”

“tengok kat sini je!!…”     ok.. fine…..

~ lepas seminggu kitorang punya penyelia datang.. dia siap tinggalkan buku laporan budak seliaan dia semester lepas untuk rujukan kitorang.. then kitorang letak report tu kat atas meja kat office.. lepas je dua, tiga jam……

“aik, mana report tadi… akak, ada nampak report yang saya letak atas meja tu tak??”

“report yang mana?”

“ala.. report macam yang saya tengok aritu.. tapi nie report budak semester lepas.. ustaz yang tinggalkan untuk rujukan kitorang…”

“ooooo… yang ni ke??”

“ha’ah… yang ni la.. macam mana plak boleh ada ngan akak??”

“akak ingat yang company punya”….

LOL!!! apa daaa… orang suruh belajar baca tak nak.. sesuka ati jer amek simpan..huh!!!!

 

situasi 3 :

“kamu tau tak kolej tu banyak amek duit pelajar??”

“tau…..”

“kolej ada antar surat dekat akak, kalau akak rekemen sorang budak masuk kolej tu, akak akan dapat rm1000….kalau ramai, kira la”

“ooo.. ye ker…. abis, berapa orang dah akak bawak masuk???”

“korang penah nampak tak surat yang diorang antar dekat akak?? ada dalam almari tu.. baru je lagi diorang antar..”

“tak penah nampak pon”

“sebenarnya pihak kolej dah pesan, jangan bagi pelajar tengok.. akak tak boleh la nak tunjukkan.. tapi kalo korang sendiri yang jumpa & baca takpe la.. bukan akak yang tunjuk.. tapi ni dah korang tau, jangan pulak g cari & baca..”

0_O ?????

=> tak kasi kitorang baca/tengok.. tapi kalau dah bagitau tu kira amanah jugak ker??? +_+

 

situasi 4 :

“bos, sebelum kitorang balik, nak mintak sesuatu boleh tak???”

“apa dia??”

“kitorang nak claim”

“oooo…boleh.. berapa?? kira, bagi resit sekali…..”

“semua sekali rm96.00”

“ok… nah”

“wah  cheque!!!!  amount = rm96.00…. erkkkk!!!”

=> ya tuhan.. cukup-cukup jer amount dia bagi… ermmm.. nasib la dapat jugak…. tapi sampai sekarang tak dapat nak cash cheque tu.. semua dah balik kolej, cheque tu kena cashkan dekat daerah tu jer… masak!!!!! dah tu kol la….

“bos, tak dapat nak cash cheque tu…”

“oo… ok2… nanti saya bank-in….”

~sampai sekarang tak dapat-dapat lagi.. bukan banyak pon…. sikit jer.. kesian la kat kitorang yang sedang belajar nie.. macam nie ke amanah??? tak kan nak suruh keluarkan hadith dulu baru nak kasi.. dah berkali-kali pesan.. grrr…

(situasi ke-4 berlaku pada kawan aku.. that’s why aku geramm sangat!!!)

 

sekian..

 

p/s : sabo je la =(

4 comments:

apik pehe said...

amanah ni besar tau..

bunga said...

tapi itulah antara ragam2 manusi di dunia ni..cuma kita berharap kita xkan jadi seperti mereka-meraka..sbb bila dah keje lain jadahnya..lebih2 persekitaran kita akan mempengaruhi..:0

jehanfrhin said...

@ apik pehe : 2 la.. rsa takut gak kalau d beri amanah.. takut xdpt nk laksanakn..berat tggungjwbnya..

@ bunga : betul tu.. mudah2an kita dijauhkan dr jd mcm tu..aminn =)

dak eina said...

mcm2 ragam org skrg nie..