Thursday, August 9, 2012

gara-gara kejar lori, kena kejar dengan polis trafik

assalamualaikum...

tadi masa tengah rileks2 di bilik j-qaf sekolah sementara menunggu masa mengajar, tiba-tiba......

prangggg... panggg... pommm...  tanjat boboi terkejut aku.. bunyi tersebut disertai dengan black out...
bila keluar je tengok, kabel yang disambung pada bumbung tercabut... jalan punya jalan... siasat punya siasat, tiang elektrik patah.. pelik juga angin takda, ribut takda, patah...

rupa-rupanya ,  bukan tiang tu je, sampai dua tiga tiang yang terlibat.. wayar kabel dah putus. kabel yang disambung pada kuarters guru pon tanggal sekali...

nak dijadikan cerita, puncanya sebuah lori parking berhampiran satu tiang elektrik, tetiba pemandunya angkat belakang lori tu dengan alasan minyak nak abis... sudah la tak pandang kiri kanan atas bawah, sekali terkena dengan satu kabel, sampai putus kabel tu dan oleh keranan terlalu tegang wayarnya telah menyebabkan tiang yang lain patah dan mengakibatkan gegaran sehingga tercabut kabel.

 agak kurang ajarnya, pemandu tu terus larikan diri.
masa kejadian tu pulak ada dua tiga orang cikgu skola aku ni nampak... apa lagi, terus dua orang cikgu sekolah aku ni start motor, kejar lori tu tanpa sempat memakai topi keledar...

sekali, polis trafik nampak, terus dikejar cikgu sekolah aku tu tanpa mengetahui keadaan darurat.. nasib la.. gara-gara kejar lori, kena kejar pula dengan polis trafik.. hahaha.. apa yang jadi lepas tu aku pon tak tahu... kononnya pemandu lori tu suruh bercakap dengan bos dia...
yang pasti, banyak kerugian melibatkan sekolah kami.. dengan aircond yang terbakar.. haissh~

Wednesday, July 11, 2012

Cerpen



Hari ini genap lima bulan aku tiba di Negeri di Bawah Bayu ini. Teringat kembali saat kali pertama aku menjejakkan kaki di Sabah, pelbagai perasaan pada ketika itu. Gusar, gembira, sedih, takut dan macam-macam lagi. Gusar apabila memikirkan kehidupan yang bakal aku jalani di sini, gembira kerana akhirnya aku menjejakkan kaki di Sabah, sedih kerana  berjauhan dari keluarga dan takut dengan penerimaan masyarakat di sini.
Tambahan pula, ini juga merupakan pengalaman pertama aku menaiki kapal terbang. Sepanjang berada di atas pesawat AirAsia yang aku naiki dari Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, aku hanya melihat Laut Cina Selatan yang terbentang luas. Setibanya di terminal dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, aku beserta beberapa rakan seperjuangan perlu bergegas ke terminal satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk menaiki pesawat kedua yang akan membawa kami ke daerah bertuah, Lahad Datu.
Setelah menunggu di platform, kami agak  gelisah kerana waktu penerbangan ditunda namun begitu apa yang ditunggu tak kunjung tiba apabila kami dikejutkan lagi dengan pengumuman yang mana penerbangan kami terpaksa dibatalkan berikutan beberapa masalah teknikal. Pelbagai spekulasi timbul tatkala memikirkan adanya halangan ketika kali pertama kami perlu ke Lahad Datu. Namun begitu, penerbangan kami diganti pada keesokkan harinya.
Berlainan pula perasaanku ketika dalam perjalanan ke Lahad Datu. Melihat hamparan bukit bukau serta sungai-sungai menambahkan kegelisahan hatiku. Sementelah pula ketika pesawat Maswings hampir mendarat, aku hanya terlihat kehijauan pohon-pohon sahaja.
pemandangan dari atas flight

Lahad Datu

 Terdetik perasaan sebak dihatiku, bagaimana keadaan sekolah yang bakal aku berkhidmat nanti, bagaimana keadaan rumah yang bakal aku huni, namun alhamdulillah.  Aku memanjatkan kesyukuran kerana sekolahku terletak di kawasan pekan setanding namanya iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Lahad Datu.
Hari pertama melapor diri disekolah aku agak terkejut kerana kebanyakan bangunan sekolah diperbuat daripada kayu. Nampak unik kerana berbeza dengan bangunan di semenanjung.  




 Terdapat beberapa buah kelas yang kelengkapan asasnya tidak berfungsi seperti kipas. Sebak bila mengenangkan murid-murid terpaksa belajar dalam keadaan yang kurang selesa, namun apakan dayaku. Aku sangat berharap agar suatu hari nanti prasarana sekolah akan diperbaiki untuk memberi keselesaan pelajar belajar dengan baik dan bersemangat.
            Kini aku dapat menyesuaikan diri dengan baik di sini.  Namun benar kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

p/s : cerpen tentang pengalamanku yang perlu dihantar ke IPG >_<

Tuesday, June 19, 2012

CIKGU

assalamualaikum....

dalam pada aku tengah sibuk mengisi E-LAPORAN untuk dihantar esok, sambil mencuri masa untuk mengisi  markah dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), tiba-tiba muncul persoalan dalam benak fikiran aku nie..

Siapa sebenarnya Cikgu @ Guru nie???

kat sini aku akan senaraikan beberapa tugasan Guru yang korang perlu tau...

1. Guru sebagai pendidik ... -> Seperti yang kita sedia maklum, guru merupakan medium penyampai ilmu. Mengajar, mendidik dan memastikan agar semua anak didik mendapat ilmu yang diberikan. 
 
2. Guru sebagai pemimpin ... -> tugas guru mengurus & memimpin semua anak muridnya agar mengikut alur yang ditetapkan. Guru mengawal anak didik mereka sepertimana seseorang pemimpin mengawal sesebuah negara.

3. Guru sebagai akauntan ... -> membanci dan menguruskan akaun murid yang layak menerima bantuan..
 
4. Guru sebagai doktor ... -> memastikan keadaan dan kesihatan anak didik berada dalam keadaan yang baik.. merawat pelajar jika berlaku sebarang masalah kesihatan atau kecederaan ringan..
 
5. Guru sebagai juruaudit ... -> melengkapkan data pelajar serta menyediakan laporan..
 
6. Guru sebagai juruteknik ... -> menyediakan  kelengkapan  serta memasang sendiri peralatan untuk sebarang majlis di sekolah..
 
7. Guru sebagai kaunselor ... -> memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada murid yang bermasalah dan yang mempunyai masalah..
 
8. Guru sebagai penglipurlara ... -> membuat jenaka & bercerita kepada pelajar ..


okeh.. ini baru beberapa..kalo korang ada lagi untuk penambahan, dialu- alukan.. nanti aku update.. >_~

jadi, ada sesapa lagi yang takpuashati dengan CIKGU nie?? meh sini aku lesinggg sekali... ekekek :P