Monday, August 29, 2011

Sebuah harapan

 Assalamualaikum..

Hari demi hari...
Datang dan pergi..
Silih berganti..
Membawa pergi jiwa ini..
Melenyapkan harapanku ini..
Menimbulkan persoalan..
Adakah kan kutemui lagi?..
Apakah kan menjadi milikku lagi?..
Bagaimanakah harusku hadapi?..
Tanpanya disisi..

Ku kuatkan diri..
Ku cekalkan hati..
Ku tawan emosi..
Namun..
Tak mampuku memegang..
Tidak juga mampu menghalang..
Andainya kau memutuskan..
Tuk melangkah pergi..
Aku pasrah..
Aku redha..
Ku tangisi pemergianmu ini.. 
Hanya doa dapat kuiringi..
Mengharap ditemukan lagi..
Denganmu RAMADHAN kareem..



p/s : Selamat hari raya aidilfitri.. ^_^

Sunday, August 28, 2011

Yeayy!!! Dapat kad raya!!!

Assalamualaikum w.b.t..

Aii dapat kad raya youuu!!!

"Huk alohh.. dapat kad raya pon nak kecoh-kecoh ke derr?? kalo dapat kad raya dari Perdana Menteri kot la nak heboh bagai.. ini tah sape yang ngantor nyer.. " 
 * mesti ada antara korang3  akan bermonolog yang dialognyer seperti yang di atas.. kan3... baikk mengaku cepatt!!!*

huh!! ngomong jangan sembarangan yaa!!! haaa.. kan dah terkeluar bahasa indon yang berterabur tatabahasanya...

ok2.. tukar mood jap..
ehemm.. 

btw, aku baru jer dapat Kad Raya dari blogger jugak.. Dari Incek DAUZ SHANLEY.. Terima kasihhhh Incek!!  Sesape yang tak kenal tu boleh la berkunjung ke blog beliau okeh.. untung2 tahun depan dapat kad raya jugak.. heee~

namun begitu...
kalau ikut perancangan memang aku nak balas kad raya beliau memandangkan stock kad raya aku ada lagi.. tapi untuk pengetahuan Incek Dauz , saya baru jer terima kad raya Incek semalam@ 27/8/11.. so, lusa dah nak raya.. abang posmen cakap dia nak balik kampung raya ni.. takde ke posmen yang baek hati nak tolong sayee... hehehe =P

tapi don't worry Incek... InsyaAllah kalau panjang umur, saya akan balas kad raya Incek untuk aidilfitri tahun depan yer...  ^^

di kesempatan ini, saya menyusun 20 jari (tangan & kaki) untuk memohon kemaafan andai tersalah kata @ terguris perasaan @ ter.. ter.. & ter lagi la kepada semua muslimin & muslimat di seluruh dunia... =)


kad raya!!
~Selamat Hari Raya Aidilfitri~


p/s : kalo tengok kat sampul, tarikhnye 16/08/11.. tapi terima pada 27/08/11.. lame giler kan.. dekat 10 hari.. waaahhh...

Saturday, August 27, 2011

"Jom tambahkan FOLLOWER!"

Assalamualaikum.. 

Salam Ramadhan..

Salam 1 Malaysia...


Di pagi 27 Ramadhan yang tenang ini.. dengan berbesar hati saya ingin men'join'kan diri dalam satu segmen yang dianjurkan oleh  Mr Aril...

sila klik pada banner untuk join okeh..



Salam ukhuwah!! ^_^

Wednesday, August 24, 2011

KOLEKSI LAGU-LAGU RAYA

Assalamualaikum...

Memandangkan seminggu jer lagi kita akan sambut aidilfitri, so kat sini aku senaraikan lebih dari 30 buah lagu raya yang korang boleh download.. tak meriah la raya kalau tak dengar lagu raya kan3..

jadi.. apa tunggu lagi.. jom tengok lagu apa yang ada.. 

korang boleh klik terus pada nama lagu untuk download okeh!!! ^^


  1. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
  2. Aidilfitri - Sanisah Huri 
  3. Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
  4. Suasana Hari Raya - Anuar Zain & Elina
  5. Seloka Hari Raya - Hail Amir & Uji Rashid
  6. Puasa dan Raya - Senario
  7. Lebaran Ini - Raihan,Rem,Ajai,Now See Heart
  8. Selamat Hari Raya - Saloma
  9. Aidilfitri Hari Mulia- Saloma
  10. Suasana Hari Raya - Sharifah Aini
  11. Nostalgia Aidilfitri - Sharifah Aini
  12. Hai Selamat Hari Raya - Sharifah Aini
  13. Miskin Kaya - Firdaus
  14. Lambaian Aidilfitri - Saleem & Jamal Abdillah
  15. Air Mata Syawal - Siti Nurhaliza
  16. Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza
  17. Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza
  18. Suara Takbir - Siti Nurhaliza
  19. Bila Hari Raya Menjelma - Siti Nurhaliza
  20. Salam Hari Raya - Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
  21. Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman
  22. Selamat Hari Raya - Sudirman
  23. Balik Kampung - Sudirman
  24. Musafir di Hari Raya - S. Jibeng
  25. Musafir Di Hari Raya - Jeffry Din
  26. Selamat Hari Raya - Rafeah Buang
  27. Suara Takbir - P. Ramlee
  28. Dendang Perantau - P. Ramlee
  29. Menjelang Hari Raya -DJ Dave
  30. Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat
  31. Suasana Riang Di Hari Raya - Junaidah M. Amin
  32. Satu Hari Di Hari Raya - M. Nasir
  33. Satu Hari Di Hari Raya - Krisya
  34. Senandung Lebaran - Aisyah

Yang paling special....



p/s : Selamat menyambut hari raya aidilfitri.. Maaf zahir & batin *_~

Tuesday, August 23, 2011

Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI

Assalamualaikum..

Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI...


Klik pada banner kalo nak join ^^
p/s : ada ke org nak tukar link ngan aku eh?? err ~

5 tempat yang aku teringin sangat-sangat nak pergi

Assalamualaikum..
selamat pagi malaysia..

apa khabar korang3?? sihat??
alhamdulillah...

okeh.. kat sini aku nak senaraikan tempat.tempat yang menjadi impian dan idaman aku untuk melancong..
aku tak tau tahun bila aku akan dapat pergi semua tempat-tempat ni.. mungkin kalau aku dapat pergi salah satu dari tempat-tempat nie, aku akan buat entry khas kot.. heheh.. so, korang3 doakan la aku murah rezeki.. nanti dapat la aku pergi..

btw kenapa 5 tempat je aku nak pergi??

jawapannya.........

kalau ikutkan banyak sangat tempat yang aku teringin nak pergi.. tapi aku listkan 5 jer sebab yang 5 ni pon belum tentu aku dapat pergi.. hik3..

 jom tengok.. tempat mana yang menjadi sasaran aku!!! 

jeng3...


tempat ke-5


 tempat yg ke-5 jatuh kepada!!! 

PULAU SIPADAN

sapa yang tak tau pulau ni terletak kat mana sila angkat kaki!!

" Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia."

perghh!! dapat snorkelling @ diving kat sini memang terrrrbaikkkkkk ar..


tempat ke-4


yeahh!! mesti semua orang dah tau kan3...
tempat yang seterusnya.. naik satu anak tangga.. 
PARIS

" Paris merupakan ibu negara Perancis. Terletak di sungai Seine, iaitu di utara Perancis,  menjadikan Paris sebuah pusat budaya dan perniagaan yang paling maju. Paris juga merupakan sebuah bandar yang paling popular di kalangan pelancong dan menerima sehingga 30 juta pelancong asing setahun.. "

ni kalo dapat baring kat atas hamparan rumput sambil menghadap Eiffel Tower.. memang kebaboom lar!!


tempat ke-3


tempat yang ke-3 dimiliki oleh.....

TAJ MAHAL

" Taj Mahal yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima. Mula dibina pada 1632 dan siap 1648.

Kadang kala Taj Mahal dipanggil dengan singkatan 'Taj' sahaja, ia adalah contoh terbaik Senibina Mughal yang menggabungkan senibina Parsi, Turki , India dan dan gaya senibina Islam. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu mempunyai bahagian makam, dewan, taman rekreasi , masjid, menara tinjau dan lain-lain. Tahun 1983 UNESCO mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Sedunia yang perlu dilindungi . Bangunan ini dikatakan 'permata senibina Islam'."

aku memang teringin benor nak pergi tengok.. ape la yang ada kat dalam tu.. senibina yang sangat menakjubkan.. memang superbb!! agak-agak future husband aku nanti sanggup tak nak bina sebuah mahligai indah macam ni untuk aku?? keh3..

tempat ke-2


naib juara dimenangi oleh......

MALDIVES

"Maldives, nama rasminya Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia."

tengok air lautnya.. fuhh... sejuk badan rasa... macam nak baring jer dalam laut nih.. boleh pulak layan diving, usha-usha coral.. memang maveles betoii... pulau ni memang sangat3 aku teringin nak pergi okeh!! ada bantahan?? =P

tempat pertama


takhta yang pertama atau juara telah disandang oleh.....

MAKKAH AL MUKARRAMAH

tahniah diucapkan kerana berjaya memenangi hati aku... ^^

"Makkah (ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah) terletak lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t.

Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.

Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya Kaabah."

ni la tempat yang sangat sangat sangat aku nak pergi.. kalau dapat tunaikan umrah @ haji memang beruntung la...  agaknya bila yer aku dapat jejakkan kaki ke Tanah Haram ni?? ada sape2 yang kenal ahli nujum tukang tilik tak?? haha.. jgn.. tahyul tu.. 
---------

sekian sudah 5 tempat yang aku senaraikan.. so, ada sapa-sapa yang rasa gatai tangan nak sponsor aku tak?? sila tempahkan tiket atas nama aku okeh.. ^_~ dengan senang hati aku terima.. muahaha..



*p/s : sampai dua pulau aku teringin pergi kan?? hehe.. sebabnya.. aku suka tengok laut.. dah aku membesar kat pulau langkawi.. so, memang sah la jiwa pulau dah sebati dengan aku nie.. hehe.. korang3 ada tak tempat yang jadi impian?? jom share *_*

Wednesday, August 17, 2011

~ Wordless wednesday | perginya seorang mujahid ~




p/s : Salam Takziah diucapkan kepada keluarga sahabat saya, MD JIHADUL IMAN B. ABD AZIZ yang telah pulang ke rahmatullah kerana kemalangan sekitar jam 1.00 pagi tadi.. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. Al-fatihah.. 



Sesungguhnya daripadanya kita datang, dan padanya juga kita kembali..

Ramadhan | Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan.


Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran?Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT,

Maksudnya: " Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"(al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
 Sumber : JAKIM

Ramadhan | Nuzul Al-Quran


Peristiwa Nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan)". (Al-An’am:38)
Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-‘alaq:1-5)

 Sumber : JAKIM

Monday, August 15, 2011

FIRST GIVEAWAY BY AMALINA ATHMAN


Assalamualaikum...

GA datang  lagi~


kali nie GA dr miss Amalina Athman..


nak join??

klik banner ni okeh!!


Sunday, August 14, 2011

YONEX BWF WORLD CHAMPIONSHIP (UPDATE)



JUARA KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011

LIN DAN (CHINA) 

(20-22)  |  (21-14) |  (23-21)

DATUK LEE CHONG WEI tewas di tangan pemain China dalam 3 set permainan..




p/s : dah takde rezeki Malaysia.. try lagi yer Datuk!!

YONEX BWF WORLD CHAMPIONSHIP

KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011..

SIAPAKAH YANG BAKAL MUNCUL JUARA??



DATUK LEE CHONG WEI (MALAYSIA)

vs

LIN DAN (CHINA)




BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?


Assalamualaikum..

setelah sekian lama jadik silent reader jer kat blog beliau, buat pertama kalinya hari ini dengan penuh semangat merdekanya aku nak join segmen brader Ben Ashaari ni..

nak join skali?? 


klik SINI..


atau..

klik pada header beliau di bawah ni.. okey ^^



~Selamat berpuasa hari ke-14~

GA : Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim

Assalamualaikum... 


Sebenarnya dah lama jayhunt tak dapat kad raya.. tiga tahun jugak la sebab last terima kad raya nie time zaman sekolah dulu-dulu jer.. hihihi.. 

so....

Kali nie nak join GA yang dibuat oleh cik Fairus Ibrahim pulak.. 

sebab... 

dia nak bagi kad raya!! heheh.. bukan kad jer tau.. duit raya sekali youuu!!! 

thanks skali lagi darkrose sebab tag..

so.. sape nak join jom klik banner nie.. ^^

 


okeh.. done..
sekarang nak tag pulak..

-


thanks ^_^

Saturday, August 13, 2011

"1st Giveaway FF : Ramadhan Yang Sangat Bermakna"

Assalamualaikum... 

Masa untuk join G.A!!hehe

Thanks for DarkRose sebab tag sayee!! ^^

okeh.. sape nak join?? sila klik gambar dibawah yee... 




 GA nie dibuat oleh ummi yakni pemilik blog FaishaFatihah sempena meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang penuh berkat nie sekaligus meraikan ulangtahun kelahiran suami beliau.. 



"Happy belated birthday..semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & semoga Ramadhan tahun ini adalah paling bermakna buat kalian"


so...

kat sini nak tag 
-







Tuesday, August 9, 2011

Berapa Suhu Hari ni???

Assalamualaikum...

Korang rasa x apa yang aku rasa ni?? 

Panas betul eh hari nie.. 

Sekarang dah hampir pukul 6.30 petang, tapi still panas lagi.. macam baru pukul 5.00 petang jer.. 

Berapa yer suhu ari ni?? 

jom kita tengok..

yang ni apa yang aku dapat dari toolbar film fanatic.. 

tak tau la betul ke tak~



 ~ ^_^ ~

Ramadhan | Dugaan silih berganti

Assalamualaikum.. 
Salam Ramadhan..
Salam kasih & sayang..

Ramadhan kali ni memang paling bersejarah dalam hidup aku & keluargaku.. Bukan sikit dugaan nih.. Memang tak tercapai dek akal kalo nak fikirkan.. Kadang ade gak terlintas dalam kepala hotak jahat aku nie..~ Dugaankah?? @ Malangkah??

tapi..

bila fikir-fikir balik, anggap je la semua nie sebagai dugaan... Ujian akan diberikan oleh ALLAH S.W.T buat hambanya yang lemah bagi menguji sejauh mana tahap keimanan & kesabaran hamba-hambanya.. Setiap hambanya akan diuji namun bentuk dan tahap ujian tersebut adalah berbeza.. 
Tapi apa yang berlaku pada keluarga aku ni, aku harap akan ada sesuatu yang lebih baik di sebalik ujian-ujianmu ini.. 

05/08/2011 :  Abang aku berhajat untuk balik kampung (rumah aku) untuk berbuka bersama-sama keluarga... namun semasa dalam perjalanan, kereta (Proton Satria) yang dinaiki bersama mak sedara & cousin2 aku rosak kat highway Gurun.. so, kereta terpaksa ditinggalkan kat kawasan tol Gurun tu & mereka dijemput oleh abang aku yang kedua....

06/08/2011 : Abah aku kemalangan dalam perjalanan ke Pulau Pinang di highway Sg Petani... Kereta remuk teruk (Nissan LE), tapi Alhamdulillah, abah aku takde pape cuma terluka di bahagian dahi dan mata ( semakin bengkak )..

07/08/2011 : Abang aku yang kedua nak keluar pergi kerja.. Dah siap pakai elok2, tayar kereta (Honda Accord) dia pulak pancit sedangkan hari ni dia ada urusan penting.. tayar spare pulak takde sebab baru je bulan lepas pecah 2 biji tayar..  tak dapat buat apa2 sampai petang baru beli tayar baru...
Hari yang sama jugak, abang aku yang sulung pergi ke highway Gurun, tempat kereta ditinggalkan bersama mekanik.. tapi bila sampai sesuatu yang tak pernah diduga.. kereta takde kat tempat parkir!! dengan cemas bercampur panik abang, adik aku ngan mekanik tu sekali pergi ke Balai Polis berhampiran nak buat report.. Lepas cerita semua, baru polis tu cakap, kereta tu ade kat Balai.. actually, ada orang tarik, then tinggalkan kat Balai Polis sebab takut tu kereta yang dicuri & ditinggalkan.. Syukur Alhamdulillah.. kitorang yang ada kat umah memang cemas giler sebab kereta tu mak sedara aku pinjam yang kawan dia punya.. takut gak kalo hilang ke, pape ke.. harta orang weiii... sape nak ganti... tapi tak habis kat situ jer.. bila dah check, ternyata pam air kereta tu rosak.. bocor tahap tak hengat dah.. teruk sampai kena tukar yang baru... then, tinggalkan kat mekanik yang jugak kawan abah aku untuk repair... 

08/08/2011 : Kereta yang direpair siap masa dah malam.. sebelum bagi kat abang aku, diorang test dulu.. bawak dalam 3KM je, tayar pulak pecah.. dah la malam, kedai semua tutup (ada ke kedai tayar buka malam?).. tayar spare pulak tahap berkarat & tak tau nak wat camne dah.. last2 pinjam tayar ngan sape tah... tukar.. bila tengok tayar yang pecah tu memang tahap kronik la.. pecah ngan tayar luar sekali.. teruk giler.. tapi Alhamdulillah.. mujur mekanik tu ngan adik aku test dulu sebelum bagi kat abang aku.. buatnye dia bagi terus, abang aku bawak balik, jadi ape2 tak ke haru?? dah la cousin2 aku kecik2 lagi.. ishhh.. nauzubillahimin zalik!!!..

Lepas sahur nanti abang aku akan bertolak balik ke Pulau Pinang.. dah 2 hari dia tak masuk kerja.. takut kalau2 masalah kat tempat kerja pulak.. sepupu2 aku nie dah ponteng sekolah sehari... Aku harap semua ujian ini akan berakhir dan sangat3 berharap dan berdoa agar abang aku dapat pulang dengan selamat.. semoga ALLAH melindungi perjalanan mereka nanti.. "Ya ALLAH, lindungilah seluruh ahli keluargaku dan jauhilah sesuatu musibah dari menimpa keluargaku.. Ku pohon agar di permudahkan segala urusan kami... Hanya engkau yang berhak dalam menentukan segalanya wahai Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
aminnn.. "

p/s : semoga ada rahmat di sebalik semua kejadian ini tambah2 pula sekarang bulan Ramadhan.. Jom amek berkat bulan Ramadhan dengan sama2 berdoa.. ALLAHU AKBAR!! ^_*

Monday, August 8, 2011

jom join GA AIDILFITRI ROROS! ;)

Assalamualaikum... 

kawan kawan kawan kawan sekalian.. 

marilah beramai-ramai memeriahkan sambutan aidilfitri kita nanti dengan menyertai

Berminat nak join?? Klik jer kat memana perkataan GA AIDILFITRI ROROS 
atau 
klik jer kat gambar nie..


apa tunggu lagi??? jom!!!!

Thursday, August 4, 2011

Ramadhan | harga barang meningkat?

Assalamualaikum & Salam Ramadhan..

Diam tak diam dah 4 hari umat islam menjalani ibadah puasa kan..

By da way, pagi tadi aku bawa mak aku pegi pasar untuk beli barang-barang serta lauk untuk dimasak sebagai juadah berbuka dan sahur nanti.. Kalau orang-orang tempatan sini tak panggil pasar sebab kat sini lebih glamour dengan panggilan 'nat'..

So, masa nak beli barang-barang ni, macam biasa la survey dulu apa yang patut beli & apa yang tak patut serta harga-harga barang.. Apa yang aku tengok sebahagian barang-barang masih dijual dengan harga yang sama namun ada juga beberapa barang yang dijual dengan harga yang agak tinggi antaranya ikan.. Ada yang biasanya berharga RM3/4 dah jadi RM7.. ada pulak yang sampai RM10.. 

Kalau harga nie dijual di kawasan bandar, aku tak kisah sangat.. tapi ni kampung yang memang sah2 dekat sangat dengan laut.. kalau kat kampung pon jual dengan harga yang tinggi, susah la.. Bukan semua orang bernasib baik.. last2 apa yang aku dengar, kebanyakan orang yang tinggal di kawasan kampung yang berhampiran sungai mengambil keputusan memancing sendiri jer.. dah nak beli ikan laut mahal, pancing je la ikan sungai... keluarkan duit beli umpan jer.. hurmm... kali nie aku anggap maybe ikan mahal sebab dah mula musim tengkujuh.. susah nelayan nak pegi tangkap ikan.. ye ker??... =P

Lagi satu, dekat simpang masuk kampung aku, ada la dua tiga buah kedai kat situ, tadi aku singgah nak beli minyak masak, tapi tokey kedai tu cakap, minyak habis.. kedai sebelah-sebelah tu pon same gak.. tak pasal-pasal aku kena patah balik lebih kurang 2KM semata-mata nak beli minyak masak.. adehh... kalau memang minyak habis takpe la.. tapi mak aku cakap, memang selalu kalau bulan puasa diorang buat macam nie.. simpan stock minyak masak.. then sampai masa diorang jual dengan harga yang telah dinaikkan.. tambah2 pulak tadi mak aku dengar isteri tokey kedai tu cakap " kalau harga gula boleh naik kenapa minyak tak boleh??" ermm.. apa la nak jadi macam nie.. asal nak puasa, nak raya, harga barang dah dok elok2 dinaikkan.. kalau macam ni la.. orang yang miskin akan lebih miskin dan tokey2 kedai semakin kaya..

apa-apa pon aku nak ucapkan selamat berpuasa ^_~


p/s : kedai-kedai runcit kat kawasan kampung aku dimonopolikan oleh orang-orang cina except satu jer kedai Melayu dekat jalan masuk kampung aku ni.. o_O

Tuesday, August 2, 2011

02 Ramadhan 1432 H

Assalamualaikum & Salam Ramadhan..

Macam mana pengalaman puasa korang2?? okey ??

sedar tak sedar dah 2 hari kita umat islam nie menjalani ibadah puasa kan...

Alhamdulillah... walaupon cuaca agak panas, namun semuanya masih mampu menjalankan ibadah dengan baik... sila tepuk tangan untuk diri sendiri yer..tahniah untuk semua~

so, hari nie aku pegi bazar jer beli juadah untuk berbuka.. memang budget beli ala kadar jer la.. pegi pulak ngan my little brothers (x dapat snap pic bazaar kat sini coz sesak youuu!!!).. tau-tau masa nak berbuka, air 3 jenis.. aku dah beli soya.. beli pulak air tebu.. (air wajib nih).. pstu bancuh pulak air sirap.. hahah.. terkejut abang aku.. bape jenis air daa kita nak minum.. hehe.. tapi aku tak kisah.. aku sukaaa minum air... tak makan pon takper... janji ada air... =P

then kuih muih pulak.. semalam aku buat kuih cara.. mak aku lak goreng cempedak.. tapi ari nie.. dah alang2 ke bazaar.. beli karipap.. seri muka.. murtabak..  sekali... masa balik jer mak aku buat pisang goreng pulak... hamek kauuu... dah macam pesta makanan dah rasa... hahaha....

tapi sepanjang puasa ni.. yang x ley blaa nie adik aku yang bongsu ar.. nak kata kecik lagi... umur dah 15 tahun.. tapi... macam budak umo 5 tahun baru nak belajar puasa... 

semalam dia tanya aku.. " kak yan.. hang tak lapaq ka??"
aku jawab.." tak pon.. tu la.. masa orang ajak puasa sunat, tak nak.. hahaha"...

hari nie lain pulak.. bau petrol jer dia boleh cakap.. "bau petrol nie buat aku lapaq la".. 
hadoiiii.... 
teruk betoii dah... sabaq ja la.. hehe..

adik aku nie bukan apa.. dalam ramai-ramai adik beradik aku.. dia manja dengan aku & adik aku yg 2nd last jer... sebelum nie aku selalu puasa kat kolej.. asrama.. tapi tahun nie dari awal Ramadhan aku puasa kat umah.. sebelum nie takde orang dia nak mengadu.. 
kali nie.. bukan main lagi la nak tunjuk manja dia... hehe


p/s:  hope hari-hari yang akan mendatang nie akan lebih baik.. ^_~

Monday, August 1, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN....

Assalamualaikum....

Dengan ini diumumkan bahawa.....
01 Ogos 2011 bersamaan 01 Ramadhan 1432H

Merupakan hari yang sangat dinantikan bagi seluruh umat Islam di muka bumi Allah ini kerana hanya beberapa jam lagi seluruh umat Islam di dunia ini akan mula berpuasa sebulan di bulan Ramadhan (tak termasuk yg special case eh.. keh3 =P )


Jadi....
di kesempatan ini saya ingin memohon maaf andai pernah melakukan kesilapan serta mengucapkan Ramadhan Kareem kepada seluruh umat Islam di muka bumi ini.. Semoga ramadhan kali ini akan lebih bermakna dan bermanfaat kepada kita... 

Gunakan kesempatan di bulan yang mulia dan penuh berkah ini untuk melakukan sebanyak mungkin amalan.. jauhkan dari melakukan perkara yang sia-sia & paling penting elakkan pembaziran.. =)