Saturday, August 23, 2014

Hati

Kulihat dia..
Kutatap matanya..
Senyumnya membawa bahagia..

Kucari sekuntum kata..
Untuk menyampaikan rasa..
Namun sukar untuk bicara..

Waktu itu berlalu..
Seiring dengan perjalanan..
Insan yang mendambakan..

Kini ku mengerti..
Tiada yang tersakiti..
Andai aku pergi..

Dunia serasa sepi..
Mohon petunjuk illahi..
Membawa jauh diri ini..

Sekali lagi..
Aku berharap..
Dilembutkan hati...



Sunday, August 17, 2014

kehidupan

Assalamualaikum..


Salam hujung minggu kepada semua... Dah lama rasanya tak update blog ni. Terlalu sibuk dengan tuntutan kerja sampaikan kurang masa untuk diri sendiri. Belum terlambat kiranya untukku ucapkan salam aidilfitri kepada semua kerana syawal masih berbaki beberapa hari lagi.

Syukur sebab masih dikurniakan kesihatan yang baik walaupun terpaksa bergantung kepada ubat-ubatan pada ketika ini.. Timbul rasa hairan apabila sakit yang sama berulang dalam masa kurang daripada sebulan. Ujian dari Allah. Siapa kita untuk menidakkannya. Kalau tidak diberi rasa sakit, pastinya kita akan jauh dari Allah. Pada masa inilah perlu banyak lakukan muhasabah diri.

Inilah namanya kehidupan. Bukan selamanya kita akan  rasa sihat.. Bukan selamanya kita akan rasa senang.. Ujian tu pasti ada. Ada ketikanya akan datang rasa sakit, ada ketikanya kita akan rasa susah cuma bezanya ialah tahap dan jenis ujian yang didatangkan itu.

InsyaAllah.. setiap semua yang berlaku ada hikmahnya.

Sedang belajar untuk menerima, menafsir dan menghuraikan apa yang berlaku ketika ini. Mohon petunjuk Illahi...