Friday, December 28, 2018

MIMPI ATAU KHAYALAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Sunyi menjadi teman..
Sepi tanpa naungan..
Rindu zaman berzaman..
Hilang dari ingatan..

Jelma di sini..
Hati menanti..
Jiwa tak pasti..
Kasih abadi..

Tawar pada rasa..
Manis pada kata..
Indah pada rupa..
Penuh berbeza..

Saat menerima khabar..
Penuh berdebar..
Menanti dengan sabar..
Namun tetap sifar..

Mungkin itu cuma mimpi..
Bahkan khayalan ilusi..
Sekadar mengukir janji..
Yang takkan pernah terpatri.. 


Kenangan atau ketenangan

Bicara dengan hati,  apa yang kau mahu?
Bicara dengan akal,  apa pula pintamu?

Memilih atau dipilih?
Meninggalkan atau ditinggalkan?


Bebas bukan bererti lepas..
Genggam bukan bererti milik..


Menjauh untuk kebaikan..
Melepaskan untuk membuktikan..

Hidup bukan hanya berserah atau menyerah..
Namun hidup untuk mencari arah..
Mana satu pilihan yang dituju? 

Sunday, January 22, 2017

Ibu..

Melihat sinar wajah itu..
Mengingatkanku akan sesuatu..
Kesusahan dan keperitan..
Semua pernah ditanggungnya..
Ku tak ingin dia disakiti..
Ku tak rela dia dikhianati..

Melihat susuk tubuh itu..
Membuatku bahagia..
Tanpanya aku berduka..
Kerananya membawa gembira..

Mendengar suara itu..
Menenangkan jiwa..
Mengubat sengsara.. 
Tawanya membawa ceria..

Tuhanku... 
Lindungilah dia...
Tenangkanlah hatinya..
Bahagiakan lah dirinya...
Rahmatilah kehidupannya..
Limpahkanlah rezeki buatnya..
Permudahkanlah setiap urusannya..
Sembuhkanlah segala derita penyakitnya...
Kurniakan kesihatan yang terbaik untuknya..

Kerana dialah Ibuku..
Yang sentiasa ada disampingku...
Yang sentiasa mendengar ceritaku..
Yang sentiasa memujukku..
Yang sentiasa merawatku..
Yang sentiasa memenuhi kehendakku..
Yang sentiasa bersusah untukku..
Yang sentiasa memberikan yang terbaik untukku..
Yang sentiasa membahagiakan diriku..
Yang sentiasa menjadi pelindung buatku..

Terima Kasih Ya Allah..
Atas kurniaanmu yang terbaik untukku... 
Ibuku...